"Seohyun tadi sehun call eomma dia kata lusa dia balik sini, dia dah tau kamu kat sini" kata-kata eomma membuat kan aku tersedak. Damn 4 ekor jantan ni aku nak campak mana? Mati wehhh kalau dia tau semua housemate balik rumah aku."Eh Seohyun okay tak ni?" tanya appa menepuk-nepuk belakang badan aku takut aku tercekik ke apa
"Uhuk! Uhuk! Seohyun okay je" cepat2 aku ambil segelas air di hadapan aku dan minum.
Selepas makan aku terus masuk ke dalam bilik aku. Macam mana ni aduuu. Apa aku nak jawab kat oppa? Mesti dia curious kenapa housemate aku kat sini juga. Matilah aku aduu...
"Seohyun~ eomma nak kuar kejap dengan ajuhma jiran kita ni eomma balik malam sikit. Nanti appa balik kerja panaskan lauk kat dapur makan sama2 dengan kawan2 lain tau" laung eomma dari luar bilik .
"Ye eomma" balas aku. haih macam mana ni? ke aku patut inform oppa dulu tell the truth yang dorang ada kat sini? hmmm
Aku mengambil phone aku dan call sehun oppa harap2 line kat sana okay lahh..
"Hello oppa?"
"Hello adik comel oppa. Adik sihat?"
"Sihat. Oppa sihat?"
"Oppa sihat je. Ni mesti adik dah tau oppa nak balik ni kan? Eomma bagitau lah tu"
"Hehehe aah baru je eomma bagitau tadi"
"Dah agak dah baru je nak surprise kat adik hmm"
Surprise? Lagi teruk nasib lah eomma bagitau awal.
"Oppa nak tau tak kawan2 housemate seohyun semua ada kat sini dorang balik cuti jugak" erkk balik cuti konon padahal lari 💀
"Ouhh dorang pun ada kat sana wahh mesti meriahkan rumah kita?"
"Eomma kasi tumpang tido. Tau lah eomma tu kan baik sangat" kata aku sambil menjelingkan biji mata.
"Hahahhaha okay lah kita jumpa lusa. Nanti adik tunggu oppa kat airport ke?"
"Of course lah dengan eomma appa"
"Alright bye bye"
"Bye"
Aku meletakkan phone di atas meja belajar aku dan baring di atas katil yang empuk itu.
"Nasib lah oppa okay. Tapi kan dia betul2 okay ke? Ke dia sengaja buat2 okay?"
"Aaaaa, yang penting oppa tak marah sudah tu je" bebel aku sendirian.
2 hari kemudian...
"Seohyun cepat lah nanti lambat pulak nak ambik abang kamu ni"
"Tulah siapa suruh tido lewat lagi tengok dah lambat dah ingat timing sana sama ke dengan timing sini" bebel eomma.
Aduu eomma ni pagi2 dah bising. Yelah salah aku juga gi marathon anime sampai 4am tak sedar diri betul.
"Yelah ha dah siap jom eomma jangan bising dah tengok appa relax je dalam kereta" bebel aku pula kat eomma.
Appa hanya senyum sahaja melihat dua beranak bergaduh mulut di pagi hari. Kami memasuki kereta dan terus bergerak ke Incheon International Airport.
Oh ya budak 4 orang tu masih selamat di dalam rumah. Takde sorang pun sedar kepergian kami kalau tak selalunya tak jungkook or jimin terpacak depan tv awal pagi tengok 'Tanyalah Ustaz' dengan 'Malaysia Hari Ini'.
Alhamdillah takde sorang pun okay semak je kalau ikut boleh spend time dengan family kejap takde orang kuar nak kacau.
Setelah kami sampai kami menunggu diruangan tempat menunggu yang dikhaskan di dalam airport tersebut. Apabila kelibat oppa sudah keluar dari pintu pelepasan aku terus melompat dan melambai2 seolah olah jumpa bias kau kat airport gitulah tapi tulah padahal abang je over lah kau ni seohyun. Takpe yang penting boleh pow oppa lepas ni 💀
"HII OPPA~" terus aku peluk oppa sambil nangis. Ntah lah emo kejap yelah dah lama tak jumpa abang sendiri even selalu gaduh.
"Adik oppa sihat?" alah soalan macam bapak2 tapi takpe lah janji oppa ada.
"Sihat oppa sihat? Oppa lapar tak? Jom kita pergi makan" Ye memang aku lapar tak breakfast lagi.
"Eomma orang rasa nak breakfast ala2 British lah kat sini ada Croissant tak eomma?" Yang pelik2 jugak aku minta.
"Apa benda kamu ni dah lah bangun lambat nasib awal sikit sampai. Yelah jom kita gi breakfast" aku hanya tersengih.
Kami memasuki cafe Starbucks dan berkumpul di kaunter untuk order. Ramai mata memandang aku dan oppa, taktau lah dorang nak apa rasa nak sepak pun ada (acah bad mood). Maybe dorang ingat kitorang ni couple sebab beza tinggi dengan oppa memang lah ketara dia 180+ aku lak 150+ boleh dikatakan beza 30cm memang orang akan ingat couple sebab selalu couple camni sweet kata orang lah kita hanya mendengar dan melihat aje.
"Eomma take away apa banyak sangat ni?" Bebel aku setelah lama menunggu eomma yang dari tadi eomma order macam2.
"Untuk 4 orang lagi anak eomma kat rumah tu. Aip macam mana kamu boleh lupa kawan kamu tu? Habis dorang nak makan apa nanti? Kebulur macam tu?" hamek kau eomma bebel lagi advance dari aku triple kill terus.
"Hehehe" sengih aku. Untung lah woi eomma belanja breakfast Starbucks bukan biasa biasa tau aku Starbucks pun mampu 3 bulan sekali je. Dengan Eomma je berani order banyak2 kalau tak air je mampu.
"Eomma esok sehun nak kuar dengan kawan2 boleh?" tanya oppa di dalam kereta.
"Amboi baru balik dah nak jumpa kawan terus. Dengan eomma taknak pulak ajak kuar berdua" biasalah eomma.
"Eh berdua je? Habis seohyun?" ye adik mana tau nak mengalah takleh tengok orang lebih dari dia ceh.
"Eh sebok je eomma nak dating dengan oppa kau bagi eomma chance nak kuar dengan anak sulung eomma" aku hanya menjeling kan mata.
"Yelah yelah pergi jelah orang kuar date dengan appa kan appa?" see taknak mengalah.
"Appa kerja sayang nanti waktu cuti musim panas kita pergi picnic sama2 ye?" jawab appa. Aku mula membuat muka monyok aku tanda protes dan tidak berpuas hati.
"HAHAHAAHA takpe lah kita gi kuar next time berdua ye seohyun" pujuk oppa. Ye memang dia abang dia boyf dia segala nya ni aku suka about oppa.
"Yelah...."
Di rumah
"Pergi mana tadi?" soal jimin. Kelihatan kami baru pulang. Dia agak terkejut melihat susuk tubuh sehun iaitu oppa aku.
"Jimin jungkook ni anak sulung eomma Oh Sehun" kenalkan eomma kepada jimin. Mereka berjabat tangan dan senyum. Aku sudah menelan air liur. Habis lah
"Eomma seohyun masuk bilik dulu ye" minta izin aku beredar dari ruang tamu rumah. Lalu aku baring di atas katil uang empuk lagi kan syurga buat aku. Eomma dah beli breakfast untuk dorang so boleh lah aku tido kejap ganti saki baki berapa jam aku tak cukup tido semalam.
Hi yalls happy new year for new chapter 🥳 ye author dah lama ghosting and sidai readers lama sangat padahal story ni bukan best mana tapi insya Allah author akan usaha lebih lagi🤧 btw azam baru author this year for 2023 nak habiskan story ni cepat2 and blah cehh takde lah. Kalau author cukup idea nak buat story lain author akan inform🤭 thank you yang sudi support and tunggu new chap dari author thank you sm jasa yalls memang author takkan lupa (dramatic sungguh) okay bye ❤️
YOU ARE READING
PSYCHO OR OBSESSED? | BTS
Подростковая литератураApekah akan terjadi kalau diculik oleh empat orang psycho? Dikurung tiap² hari? Adekah Seohyun akan dapat melarikan diri dari mereka berempat? #543 - teen fiction