Seohyun hilang? | 10

2K 136 7
                                    

"Aku dah kata Brazil menang kau tak nak percaya" terlihat reaksi muka jungkook yang bangga itu.

"Halah baru 2-1 je nasib nyemar bertuah je tuh kalau tak dah lama Arsenal menang"  suga menjelingkan mata ke atas. Jungkook senyum sinis.

"Dah lah baik fikir seohyun masak apa malam ni " senyum taehyung teruja. Tak sabar rasanya nak balik jumpa seohyun.  Jimin menekan butang lif setelah mereka memasuki lif.

"Kan aku pun tak sabar nak jumpa dia" senyum Jimin gatal.  Jungkook menyiku lengan Jimin.

"Kau jangan nak mengada ngada sangat kang aku.."Jungkook menunjukkan penumbuk nya yang besar itu di hadapan Jimin. Jimin tersengih kambing.

"Hahaha relax lah jungkook aku tak lebih pun " Jimin mengundur diri ke belakang Suga.  Tau takut dengan abang Jungkook.

Ting!

Mereka berjalan keluar dari lif lalu menuju ke arah rumah mereka duduki.  Mereka jalan sambil berbual- bual  seperti biasa dan tiada apa pun yang menarik dalam perbualan mereka. Aceceh!

Sedang berbual Taehyung terlihat pintu rumah mereka terbuka luas. Dengan jarak antara membernya dengan pintu rumah adalah 60m Taehyung berlari dengan pantas ingin melihat apa terjadi di dalam rumahnya.  Ya Taehyung memiliki mata yang tajam, sedangkan dia boleh melihat semut yang berjalan di atas lantai dengan hanya berdiri sahaja.  Power tak power?

"Weyh korang cepatlah!!" jerit Taehyung dari pintu rumahnya setelah tiba. Dia memasuki rumahnya

"Seohyun " nama itu yang selalu disebut dan diulangi namun tiada kelibatnya.  Taehyung berlari anak ke pintu depan dan terlihat muka rakan rakannya dengan muka 'kenapa?  Asal?  Ada apa apa ke?

Taehyung menarik nafas

"Seohyun hilang!"

* * *

Seohyun pov

Aku membuka mata ku secara perlahan lahan. Terlihat aku di dalam bilik yang usang, tiada katil, almari, hiasan ,dinding yang suram dan pecah, pintu yang tak lama lagi nak diarwahkan dan lipas yang sedang menuju ke aku.

Aku segera bangunkan diri untuk melarikan diri dari lipas tersebut.  Tangan dan kaki aku masih terikat macam mana aku nak bangun ni.  Aku sedaya upaya untuk membangunkan diri aku untuk duduk.  Tulah seohyun orang kata jangan makan banyak degil juga tengok lemak dah banyak dalam perut sampai nak bangun pun susah. Boleh pula melawak.

Lipas itu semakin hampir dengan aku, sempat juga aku mencarut kepadanya dan aku berjaya mengendalikan diri dalam posisi duduk setelah kali ke - sepuluh cubaan. Aku ingat lipas tu pergi arah lain tapi dia still bergerak menuju ke aku.  Haish degil betul!

Aku kebelakangkan diri dengan seretan kaki aku dan tidak ku sangka ada satu objek yang besar di belakang ku.  Aku terkejut sedikit, reaksi wajah ku mula pucat dan bulu roma ku sudah naik mendadak.

Apa pula kalini?

Aku menoleh ke belakang dan terlihat susuk tubuh yang hitam juga seperti manusia.  Takkan hantu pula. Eh, baju ni macam aku kenal takkan lah

"Oppa?" soalku dengan suara yang lemah. Tubuh itu bergerak lalu terlihat lah wajah Sehun yang kelihatan kusam.

"Oppa! Oppa tak apa apa?" setelah meyakinkan tubuh itu abangnya lalu mendekatkandiri lagi.

"Op-oppa tak ap-apa apa " sungguh lemah sekali suara Sehun. Air mataku mula berginang, tak sanggup nak melihat keadaan oppa sebegini.

"Kenapa seohyun menangis?" Sehun berada di posisi duduk seperti seohyun sekarang ni .

PSYCHO OR OBSESSED? | BTS Where stories live. Discover now