10 | 𝕭𝖊𝖆𝖚𝖙𝖎𝖋𝖚𝖑 𝕽𝖔𝖘𝖊

79 11 43
                                    

Rose tenang memandu keretanya. Walaupun dia sedang memandu, fikirannya melayang teringat akan Kai. Dia pasti Kai sudah sampai di Jerman. Adakah semalam merupakan hari terakhir dia bersua muka dengan Kai? Dia berharap semalam bukan kali terakhir. Baru beberapa jam lelaki itu pergi. Dia sudah mula rindu. Adakah ini yang dinamakan cinta? Sewaktu dia bersama Erfan dahulu, dia tidak pernah rasa seperti ini.

Rasa rindu yang membuak-buak. Haih.

🎶 Oeroumi gadeukhi pieoineun I garden.... 🎵

Rose mengerling sekilas ke arah telefonnya yang berbunyi itu. Nama 'Brynlee' tertera pada skrin.

Mahu apa pula Brynlee ni?

Rose mencapai airpods miliknya lalu disumbatkan ke dalam telinganya lalu mengangkat panggilan itu.

" Roseeeeeeeee!!! "

Berkerut dahi Rose mendengar jeritan Brynlee itu.

" Bitch. "

Rose buat muka mendengar Brynlee ketawa.

" Kau kat mana dah? Lambat lagi ke nak sampai? "

" Lagi 10 minit. "

" Haa bagus bagus! "

" Apa function kau call aku ni? " bengang Rose.

Brynlee ketawa mengekek.

" Saja nak kacau kau! Dah lah bye! "

Rose sedikit sahaja lagi mahu mencarut apabila Brynlee main letak sahaja panggilan. Haishh.

Apa masalah perempuan ni?

Sebaik sahaja matanya ternampak rumah agam milik Brynlee, dia terus berhenti di hadapan pagar rumah Brynlee. Tangannya sempat menekan button untuk membuka cermin keretanya.

Cermin keretanya terus terbuka dengan luas.

Ada pengawal keselamatan yang jaga.

" Assalamualaikum, Pak Mat. " tegur Rose.

Pak Mat merupakan satu-satunya pengawal yang sangat dia kenali. Pak Mat sudah lama bekerja di sini. Memandangkan dia sepupu kepada Brynlee, jadi dia selalu juga dipaksa untuk datang ke sini. Huh Brynlee memang suka memaksa. Dia juga sudah menganggap Pak Mat seperti ayahnya.

" Waalaikumussalam, Rose. Rose sihat? Dah lama Rose tak datang ke sini. Risau Pak Mat. " tanya Pak Mat sambil tersenyum lembut memandang Rose.

Rose tersenyum kecil.

" Rose minta maaf sebab buat Pak Mat risau. Rose cuma sibuk dengan assignment. Tak ada masa nak datang sini. Ni pun datang sebab dipaksa. "

Pak Mat tersenyum.

" Tak apa, Rose. Pak Mat faham. Rose masuklah dulu. Brynlee dah tunggu kamu kat dalam. " 

Rose mengangguk kecil. Dia sambung memandu keretanya masuk ke dalam garaj kereta rumah Brynlee yang luas itu. Tangannya menekan button untuk menutup cermin keretanya. Kemudian, dia mematikan enjin keretanya. Sebelum keluar dari kereta, dia sempat mencapai beg tangannya. Entah apa yang Brynlee mahukan sekarang.

Brynlee kata mahu beritahu sesuatu padanya.

Gosip laa tu. Huh.

Sebenarnya dia terlalu penat hari ini. Terlalu banyak kerja yang diberikan oleh pensyarahnya pagi tadi. Dia kalau boleh mahu tidur sekarang. Tapi disebabkan Brynlee memaksanya untuk datang ke sini dan dia rasa yang dia sudah lama tidak melepak bersama Brynlee, dia terpaksa datang juga. Walaupun dia sibuk sekarang.

𝕭𝖊𝖆𝖚𝖙𝖎𝖋𝖚𝖑 𝕽𝖔𝖘𝖊  ( Slow Update )Where stories live. Discover now