11 | 𝕭𝖊𝖆𝖚𝖙𝖎𝖋𝖚𝖑 𝕽𝖔𝖘𝖊

72 10 6
                                    

⊱ ────── {⋆⌘⋆} ────── ⊰
Warning ⚠️
↝ Mature Language
↝ Long Chapter
⊱ ────── {⋆⌘⋆} ────── ⊰

Rose termenung jauh memandang ke hadapan. Dia penat sebenarnya. Penat teman Brynlee shopping. Dan sekarang dia berada di luar kedai. Sedang menunggu Brynlee yang tidak pernah kenal erti penat. Haih. Dia rasa mahu pulang sahaja sekarang. Kalau tidak disebabkan dia sudah lama tidak menemani Brynlee shopping, sudah lama dia angkat kaki sekarang. Berapa lama lagi ni? Haih.

Dari tadi dia asyik teringat satu perkara. Satu rahsia yang tiada siapa pun tahu selain dia dan pelaku. Pada usia 11 tahun, dia memang tidak tahu apa-apa tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana dia rasa yang dia masih kecil pada waktu itu. Masih lagi kanak-kanak.

Di sekolahnya, dia ada kenal seorang lelaki. Dia tidak mahu sebut nama lelaki itu. Lelaki itu sangat baik pada permulaannya. Selalu menemaninya ke mana-mana sahaja, selalu rehat bersamanya, selalu mengulangkaji bersamanya. Dia sangat selesa dengan lelaki itu. Tetapi yang dia masih ingat ialah lelaki itu tua setahun daripadanya.

12 tahun? Yeah.

Dia boleh dikatakan agak rapat dengan lelaki itu sehinggakan keluarga lelaki itu sangat mengenalinya. Arwah ibu bapanya juga mengenali lelaki itu. Namun ada suatu hari tu, lelaki itu mula cuba untuk menyentuh tangannya, pinggangnya, pipinya. Dia fikir itu tindakan refleks ataupun itu perkara biasa-biasa sahaja. Disebabkan dia tidak tahu apa-apa lagi tentang perkara itu kerana dia masih belum cukup matang untuk tahu, dia makin selesa apabila disentuh oleh lelaki itu. Bodoh kan?

Ya, dia tahu. Dia memang bodoh.

Tiada siapa pun tahu bahawa lelaki itu kerap menyentuhnya kerana lelaki itu sangat licik. Lelaki itu hanya menyentuhnya sewaktu dia dan lelaki itu berduaan sahaja. Wah, apabila diingat semula, dia rasa mahu bunuh lelaki itu kerana mengambil kesempatan dalam kesempitan terhadap budak perempuan yang baru berusia 11 tahun. Makin lama makin ekstrem sentuhan lelaki itu terhadap tubuh badannya. Yang paling bodoh dia relakan sahaja sebab dia tidak tahu apa-apa tentang sexual harassment or apa-apa yang berkaitan dengan sentuhan fizikal. Dia terlalu bodoh tika itu.

Sampai satu tahap, dia relakan sahaja apabila tangan lelaki itu berada dalam seluarnya. Dia rasa suka dan selesa. Terserlah kebodohannya ketika itu. Namun sejak dia meningkat dewasa, dia makin faham apa yang berlaku suatu ketika dahulu. Dia makin faham apa yang lelaki itu sudah lakukan padanya dahulu. Pada waktu itu, dia rasa marah yang teramat. Dia rasa dirinya jijik dan kotor.

Sejak dari itu dia mula menjauhkan diri daripada lelaki itu walaupun lelaki itu kerap bertanya dia mengapa dia seolah-olah mahu jauhkan diri daripada lelaki itu. Dia juga kerap bersendirian di dalam bilik. Di hadapan keluarganya, dia seorang yang ceria dan periang. Tetapi di belakang keluarganya, dia seorang gadis yang pendiam dan kotor.

Kebenciannya pada lelaki itu makin bertambah apabila dia mula ketagih dengan benda bodoh itu. Dalam kepalanya penuh dengan nafsu. Dia sendiri tidak dapat mengawal nafsunya. Namun dia tetap rasa bersyukur kerana daranya masih terjaga. Tapi dia rasa macam dia pula yang manusia bertopengkan syaitan kerana di hadapan keluarganya, dia seorang gadis yang sangat baik. Mereka tidak tahu bahawa anak gadis mereka itu sudah mula berjinak dalam dunia 18.

Walaupun dia ketagih dengan semua benda bodoh itu, dia masih ada rasa mahu bertaubat. Hampir setiap hari dia berdoa pada Tuhan supaya Tuhan dapat selamatkannya daripada bisikan syaitan. Namun dia tahu doanya tidak akan dimakbulkan kerana dia tidak pernah menunaikan solat dan berterusan melakukan maksiat. Mungkin sebab itu doanya tidak dimakbulkan. Dia setiap hari berharap yang ada orang dapat selamatkannya. Namun tiada. Tiada siapa pun tahu.

𝕭𝖊𝖆𝖚𝖙𝖎𝖋𝖚𝖑 𝕽𝖔𝖘𝖊  ( Slow Update )Where stories live. Discover now