BLURB

54 3 0
                                    

Aariz Qayeed, lelaki yang suka betul mencari pasal dengan Nafeesa. Pantang berjumpa mereka pasti bergaduh mulut. Seorang kaki mengusik, seorang lagi kaki melawan. Elok sangat!

‘‘Apa masalah kau ni hah! Aku tak kacau hidup kau tapi kenapa kau tak habis-habis nak kacau hidup aku?’’ – NAFEESA

‘‘Masalah aku? Banyak sangat masalah aku sampai tak cukup ruang nak simpan. Kau nak sikit?’’ - AARIZ

Satu kejadian telah berlaku menyebabkan nama baik Nafeesa hampir tercalar. Aariz bertindak sebagai penyelamat dan menyebabkan dia terhutang budi dengan lelaki itu. Namun, siapa sangka itu adalah pertemuan terakhir mereka.

5 tahun kemudian, mereka dipertemukan di dalam satu kejadian. Aariz menggunakan peluang yang ada untuk mendekati Nafeesa semula sehingga akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengahwini gadis itu.

Dia berusaha meyakinan ibu Nafeesa untuk menerima dirinya. Satu rahsia yang disimpan kemas oleh Ihsan menyebabkan Aariz hampir sahaja memutuskan ikatan pertunangan yang dibina.

‘‘Kita batalkan majlis perkahwinan esok.’’- AARIZ

Nafeesa mula hilang arah sehingga termeterai satu perjanjian yang dicipta untuk menyelamatkan majlis perkahwinan mereka. 3 bulan masa yang diperlukan untuk mencari tahu rahsia yang disimpan Aariz. Kemuculan Lina mula mencetuskan rasa curiga.

‘‘Kau tahu tak kenapa dia tiba-tiba nak cancelkan perkahwinan korang?’’ - LINA

Saat rahsia mula terbongkar, mampukah mereka meneruskan perkahwinan yang dibina? Apa pula kaitan Ihsan, papa Aariz dengan hubungan mereka? Berjayakah Nafeesa merungkai isi hati Aariz yang sebenar?

🍁‘‘Dulu, kau yang mengejar. Sekarang, kau yang dikejar.’’

MENGEJAR CINTA DIA (EBOOK VERSION) Where stories live. Discover now