TEASER 2

9 1 0
                                    

DR. ISMA yang sedang tekun menulis sesuatu pada papan putih memberikannya ruang untuk bersembang dengan Nafeesa.

‘‘Feesa,’’ panggil Aliya perlahan namun bebola matanya masih setia memandang ke hadapan.

‘‘Apa?’’ balas Nafeesa pendek. Aliya ni macam dah tiada masa lain hendak menganggunya.

Sekeping kertas sticky note diletakkan di atas buku nota Nafeesa.

Kau dah ada tajuk FYP (Final Year Project)? – Aliya cute kebaboom

Nafeesa memandang Aliya yang sedang berpura-pura memberikan perhatian. Pen yang berada di tangan beralih pada sticky note itu pula.

Belum. Nantilah kita cari. – Nafeesa comey nak matey

Kertas kecil itu bertukar tempat. Buat sementara waktu, Aliya berhenti menganggunya. Namun, tidak lama selepas itu, lengannya disiku Aliya. Disebabkan Aliya duduk di sebelah kanannya, habis buruk tulisannya. Dia mempamerkan wajah tidak puas hati.

‘‘Tengok belakang. Tempat duduk paling hujung belah kanan,’’ bisik Aliya sambil menunding jari ke arah yang dimaksudkan.

Nafeesa memandangnya pelik. ‘‘Kenapa?’’

‘‘Tengok je lah.’’

Serentak itu kepala Nafeesa berpusing ke belakang. Disebabkan kuliah mereka pada hari ini diadakan di dalam dewan kuliah besar, dia dapat melihat dengan jelas kelakuan rakan sekelasnya yang lain. Ada yang sedang tidur, ada yang bermain telefon dan ada juga yang sedang bersembang. Susunan kerusi di dalam bilik itu seperti berada di dalam panggung wayang memudahkan matanya untuk menangkap kelakuan mereka.

Akhir sekali, dia menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang ralit memandang ke arahnya. Keningnya bertaut sesama sendiri. Lelaki itu pada awalnya terkejut kerana perilakunya sudah ketahuan oleh gadis itu. Namun, tidak lama selepas itu, ekspresi wajahnya berubah.

Alang-alang tembelangnya pecah, satu senyuman nipis digariskan buat gadis itu.

Nafeesa memandang Aariz dengan pandangan tidak percaya. Dia yang perasan atau lelaki itu memang sedang tersenyum ke arahnya. Lama mereka saling bertatapan antara satu sama lain sehinggalah Aariz menghadiahkan satu kenyitan mata buat Nafeesa.

Namun, balasan sebaliknya pula yang Aariz dapat.

‘‘Gila!’’ Nafeesa menggerakkan bibir sambil menghadiahkan satu jelingan tajam. Tidak cukup dengan itu, jari terlunjuk digerakkan secara membulat di tepi telinga sebagai isyarat wayar terputus. Kemudian, dia memalingkan badannya ke hadapan semula.

‘‘Lama kau pandang dia,’’ tegur Aliya si sebelah.

‘‘Macam mana kau tahu dia pandang aku?’’ soal Nafeesa tidak berpuas hati.

‘‘Sebelum Dr. Isma masuk lagi. Dia nampak macam tengah angaukan kau pun ada,’’ tebak Aliya lagi sebelum mengulum senyuman penuh makna.

‘‘Dah jangan layan dia. Fokus depan,’’ pesan Nafeeesa sambil memandang semula ke hadapan.

Slide pensyarahnya juga nampaknya sudah bertukar. Ini semua salah Aariz! Kalaulah dia tidak memandang ke belakang tadi, mesti fokusnya tidak akan terganggu.

MENGEJAR CINTA DIA (EBOOK VERSION) Where stories live. Discover now