TEASER 1

30 1 0
                                    

NAFEESA mengatur langkah untuk ke kelas. Hari ini, dia keluar lebih awal dari biasa kerana hendak bersarapan di kafe memandangkan kelas pertama akan bermula jam 10.00 pagi. Aliya tidak dapat menemaninya kerana sakit perut gara-gara makan maggie pada tengah malam.

Bayangkan pukul 1.00 pagi, temannya itu merungut kelaparan kerana melihat adegan makan dari cerita korea yang ditonton. Dia laju menolak kerana sudah mengantuk. Aliya tetap meneruskan ideanya itu dan padahnya hari ini, dia cirit birit.

Sambil berjalan, Nafeesa menghayati pemandangan di sekitar asrama. Pokok-pokok hiasan yang ditanam oleh pekebun di kiri dan kanan jalan menarik perhatiannya. Apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, bunga-bunga itu berguguran jatuh ke bawah. Kelopak bunga yang bewarna putih dan ungu cerah menghiasi jalan. Terasa seperti berada di Jepun pula.

‘‘Hoi!’’ sergah seseorang dari arah kanan.

Terhinjut bahunya kerana tindakan lelaki itu. Langkahnya terhenti seketika namun tidak lama selepas itu, dia terus berjalan. Tidak mahu merosakkan mood positif pada hari yang ceria ini.

Terdengar derapan tapak kaki lelaki itu mengejar langkahnya.

‘‘Rindunya aku nak jumpa kau. Nak usik kau. Kau rindu aku tak?’’ usik Aariz, mengeyitkan mata.

Nafeesa melajukan langkahnya dua kali ganda. Kain yang dikenakan diangkat sedikit. Entah apa salahnya pada jejaka itu dia pun tidak tahu.

Semenjak mereka memasuki semester enam, lelaki itu makin kerap menggangu hidupnya sedangkan sebelum ini mereka ibarat orang asing walaupun belajar di dalam satu kelas. Hairan betul!

‘‘Lek ahh. Kau laju-laju nak ke mana?’ Lelaki itu tetap setia mengejar langkahnya.

Disebabkan gadis itu tidak memberikan balasan, dia berlari anak menyaingi Nafeesa. Apabila berjaya memintas langkah rakan sekelasnya itu, dia mendepakan tangan di hadapan Nafeesa.

Langkah Nafeesa terpasak pada lantai. Mujurlah dia sempat berhenti mengejut. Selangkah sahaja lagi pasti dia akan terjatuh ke dalam pelukan Aariz. Mukanya lantas ditoleh ke kiri dan kanan. Risau jika ada sesiapa yang menyaksikan drama swasta mereka.

‘‘Apa masalah kau ni hah! Aku tak kacau hidup kau tapi kenapa kau tak habis-habis nak kacau hidup aku?’’ sembur Nafeesa geram. Pagi-pagi lagi lelaki itu sudah berjaya membuatkan dia menyingga.

Terasa nafasnya turun naik tidak teratur. Wajah memerah menahan marah. Beg galas tepi yang tergantung pada bahu dibetulkan kasar.

‘‘Masalah aku? Masalah aku sampai tak cukup ruang nak simpan. Kau nak sikit?’’ guraunya sambil menaikkan sebelah kening.

‘‘Gila!’’ maki Nafeesa sambil memandang ke tampat lain.

‘‘Awalnya kau gerak dari asrama. Mesti kau nak sarapan dulu kan? Jom aku teman.’’ Topik dialih. Ayat pedas gadis itu langsung tidak berbekas di hatinya.

‘‘Tak kuasa aku nak makan dengan kau. Pergilah makan sorang-sorang. Sibuk je hal orang!’’ marah Nafeesa lalu meninggalkan Aariz di situ. Bayangan gadis itu mula mengecil.

‘Melawan? Bagus. Lagi kau lawan, lagi aku suka usik,’ getus hatinya tersenyum senang.

Nafeesa.

Pemilik sebaris nama yang telah berjaya mengukir senyuman pada wajahnya. Setiap kali berjumpa, mesti mereka akan bergaduh mulut. Boleh dikatakan hampir kesemua punca disebabkan oleh sikap Aariz yang suka mencari pasal.

Tidak hairanlah jika ada beberapa orang pelajar dan pensyarah yang membuat andaian bahawa mereka pasangan kekasih. Seorang kaki mengusik dan seorang lagi kaki melawan. Aariz meneruskan langkah dengan senang hati sambil bersiul girang. Sehari tidak mengacau gadis itu boleh menyebabkan hidupnya tidak aman.

MENGEJAR CINTA DIA (EBOOK VERSION) Where stories live. Discover now