Penyamaran sebagai seorang unknown di sebuah apps chatting oleh Aniq secara tidak langsung mempertemukan dirinya dengan seseorang iaitu Rizan. Rizan merupakan seorang suami yang baru mempunyai seorang anak yang berusia setahun. Perkenalan mereka awalnya hanyalah sebagai chat hambar yang selalu di hantar oleh Aniq. Sangatlah jarang sekali untuk Rizan membalasnya. Apatah lagi dengan kesibikan kerjanya sebagai engineer mesin disebuah port di selatan tanah air.Dikurniakan seorang anak perempuan yang comel sudah pasti akan membuat rumahtangga sesiapa sahaja akan berasa sangat bahagia. Begitu juga yang dirasakan oleh Rizan dan isterinya. Isteri Rizan bekerja sebagai seorang ahli farmasi disebuah klinik swasta.
Rizan yang hanya menggunakan gambar baby manakala Aniq pula menyamar sebagai seorang lelaki yang berbadan chubby. Berkali-kali Aniq cuba menghantar chat kepada Rizan namun hanyalah hambar tiada balasan darinya. Tetapi tidak sekali dia menyerah untuk menghantar chat kepada Rizan.
Cubaan untuk mengirim pesan akhirnya dibalas juga oleh Rizan. Disitulah bermula chat antara Rizan dan juga Aniq.
"..aku tengah kerjaa.. knpe ?.."balas rizan
"taak adaa apaa., cuma tanyaa jaa.." jawab aniq
Sewaktu itu Rizan sedang bekerja shift malam yang biasanya sedikit ada masa untuk berehat berbanding jika dia bekerja di siang hari yang sangat sibuk. Sikapnyaa yang acuh tak acuh memang selalu akan dibiarkan shj chat yang dia rasa tidak penting untuk dibalasnya. Tetapi melihat chat yang selalu masuk setiap hari membuatkan dia tergerak untuk membalas walapun lambat.
Memang agak sukar untuk membuat seorang straight membalas chat apabila lelaki yang mengirimkan pesanan.
"kerjaa shift malam ke ..?.."tanya Aniq.
".. haah harini shift malam..."jawabnya.
"..kau ada apa tiap hari chat aku ni..?.."tanya Rizan lagi.."..tak boleh chat ke..?" aniq bertanya kembali
". ..bukan xboleh., kalau bini aku baca nanti diaa fikir bukan2 pulakk..."jelaa Rizan
". ,sorry kalau macamtu..."balas aniq.
Hubungan Aniq dan juga Rizan mulai okay selepas beberapa kali aniq cuba mengirim pesanan. Kadang kala lama baru Rizan membalasnyaa disebab dia jarang memegang hp dan juga sibuk dengan kerjayanya. Tetapi tidak sekali dia memarahi Aniq kerana selalu mengirimkan pesanan kepada dirinya.
2 minggu mendatang telah dijadualkan untuk Rizan akan bekerja di shift malam iaitu shift yang paling diaa sukaa kerana kurang sedikit sibuk jika nak dibandingkan dengan kerja di siang hari. Tetapi sedikit bosan kerana apabilaa dia beekerja di shift malam, tidak ramai petugas yang ada. Benda yang paling dia rindui ialah waktu bersama dengan isterinyaa. Ini kerana isterinya akan pulang sekitar pukul 6 petang manakala Rizan pula akan masuk kerja pada pukul 7malam. Waktu mereka bersama seakan tidak ada untuk 2 minggu ke hadapan.
"aabang rizan apa khbar .." aniq memulakan chat..
lama dia menunggu dan sekitar jam 12.30am barulah dibalas oleh Rizan..
"aku baik je.." singkat jawabnya.
"...lewatnyaa tdo ! dah pkul berapa ni.."kata aniq
"..aku kerja laah .."jawab rizan.
Beberapa malam saling berbalas chat membuatkan rizan sedikit mempunyai teman untuk berborak. Hanya kadang kala sahaja dia dan isterinya akan berhubung memalui chat dan selalunyaa isterinya akan tidur awal kerana akan bertugas di pagi hari esoknya. Jadi malam hari sudah psti akan sunyi di suasana port tempatnya bekerja. Hanya saja ditemani muzik untuk menghibur dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
C•E•R•P•E•N
FantasySemua koleksi cerita didalam ini sengaja ditulis di dalam bentuk cerpen(cerita pendek) bagi menambah variasi penulis di dalam penceritaan. Setiap persamaan watak, nama dan juga gambar di dalam setiap kisah/cerita hanyalah untuk menambah 'rasa' dalam...