SATU

117 7 0
                                    

RASUL: HEART WANTS WHAT IT WANTS.

Langit yang biru itu ditenung lama oleh dia. Rasa tenang seakan menyerap masuk ke seluruh rohani menyahkan segala rasa yang mencengkam di jiwa. Sekeliling taman itu dipandang sebelum tiba tiba matanya seakan terpaku pada satu figura lelaki yang sedang khusyuk melukis tanpa mempedulikan suasana sekeliling. Langsung tidak terkesan dek kebisingan kanak-kanak di taman tersebut.

Ralit Khadijah memerhati.Bagai ada satu rasa yang datang menjengah apabila figura lelaki tersebut berpaling sekilas ke belakang,barangkali untuk mengambil berus lukisan yang elok terletak di bangku belakangnya.Matanya terasa sedikit bergetar apabila pandangan mereka bertembung tanpa sengaja. Pantas diturunkan pandangannya ke bawah,dada yang tiba tiba berdegup laju itu diusap perlahan. Tanpa sedar mulutnya beristighfar perlahan.

Sentuhan tangan dari belakang mengejutkan Khadijah yang masih sedang mencuba meredakan degupan jantungnya itu. Laju kepalanya berpaling mencari gerangan yang suka-suka hati je tepuk bahu orang.

Abang Adam yang sedang sengih tanpa rasa bersalah itu dijeling geram mengundang ketawa besar dari si abang.

''Khusyuk betul pandang depan sampai abang datang pun tak perasaan.''Kata Abang Adam perlahan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan adiknya itu.

''Saja ja nak tenangkan fikiran,positifkan diri. Abang jugak yang suruh Ija buat macam tu.''Khadijah membalas. ''Dari tadi Ija tunggu sekarang baru sampai.''Sambung Khadijah lagi sambal menjeling si abang sekali lagi.

''Ala macam la Ija tak tau abang macam mana.'' Abang Adam buat suara manja. Saja la tu, takut dia report pada Abang Long dia nan sorang tu. Tahu dek Abang long yang dia datang ambil Khadijah ni lambat, mahu panjang kena bebel balik nanti.

''Ya, Abang tertidur kan lepas balik kerja. Tahu abang tak sengaja, abangkan sayang Ija.''Kerek je Khadijah membalas. Memang ayat tu ja yang Adam guna setiap kali giliran dia untuk datang ambil adik diorang nan sorang ni pun.

Adam sengeh lagi. 

''Wah, pandainya adik abang ni.''Kepala Khadijah diusap sedikit kasar. Khadijah laju menepis tangan abangnya itu. ''Hish,rosak tudung orang.'' Katanya dengan nada agak marah.

''Ya lah adik abang yang cantik, mari balik ya. Kang tak pasal-pasal abang tidur kat beranda malam ni sebab tak bawak awak balik.''Kata Adam sambil dia bangun dari bangku yang didudukinya tadi dan bergerak ke arah kerusi roda yang diduduki oleh adiknya itu.

Khadijah memandang kea rah abang nya sekilas, kemudian pandangannya di alihkan pada figura lelaki yang menarik perhatiannya sebentar tadi. Sudah tiada hatta segala barang lukisan yang tadi memenuhi di kawasan itu turut kosong. Seakan tidak pernah disinggahi orang.

'Ah, mungkin hanya khayalan kosong aku sahaja kut.' Getus Fatimah dalam hati. Kemudian memandang pada Adam yang dah mula menolak kerusi roda yang telah menjadi sebahagian dari dirinya sejak setahun yang lepas.

Hari berganti dengan pantas. Tanpa sedar sudah lebih setengah tahun Khadijah bekerja di kedai buku yang dimiliki abangnya itu. Dia suka buku. Bau buku seakan terapi minda baginya. Sangat mengasyikkan dan menenangkan.

Seperti biasa kerusi roda yang didudukinya itu ditolak perlahan kea rah rak dengan tangan. Buku-buku yang berada di tepi itu disusun teratur sebelum dengan tak sengaja tangannya terlanggar dengan hadapan rak sehingga buku-buku yang elok berada di tangannya itu terjatuh ke lantai.

Khadijah memandang tumpukkan buku tersebut seketika dengan muka terkejut sebelum keluhan dilepaskan perlahan. Badan kemudiannya cuba dibongkokkan untuk cuba mengambil buku-buku yang terjatuh itu. Apabila tangannya cuba untuk menggapai buku yang agak jauh dari tempatnya, Khadijah terasa badannya seakan hilang keseimbangan sebelum dia terjatuh ke lantai.

BILA HATI MEMILIH (LENGKAP)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang