DUA

69 8 0
                                        

Khadijah menolak kerusi roda dengan menggunakan tangannya sekuat hati.Air mata terasa mahu merembes laju. Hati bagai dicengkam kuat. Sakit.

Ingatannya membawa semula ke peristiwa yang berlaku sekejap tadi. Dia dah berjanji untuk berjumpa Ahmad Rasul di taman tadi. Namun bila dia sampai,matanya melihat sesuatu yang sekarang ini terasa sungguh menyakitkan hatinya.

Ahmad Rasul sedang berdua dengan seorang perempuan di tengah-tengah taman. Kot ya pun pasangan kekasih,takkan nak tayang satu dunia kot.

Yang lagi menyakitkan hatinya,perempuan tersebut dengan selambanya memegang lengan baju Ahmad Rasul dan tidak sedikit pun kelihatan riak tidak senang di wajah lelaki tersebut. Bahkan tersenyum kecil lagi.

Sudahlah perempuan tersebut dia kenal. Indah. Salah seorang pekerja di kedai buku tempatnya juga. Patutlah Ahmad Rasul asyik datang saja ke kedai tersebut, mungkin ilham yag dia kata tersebut adalah Indah!

Allahu,sakit sungguh rasa hatinya saat ini. Sugguh-sungguh dia rasa dia syok sendiri. Ahmad Rasul itu tak pandang pun dia. Tak inginkan dia pun agaknya.

Siapa yang nak kan perempuan cacat ni untuk buat isteri?Lelaki sesempurna Ahmad Rasul itu pula. Ah,sungguh-sungguh dia tak sedar diri.

Tanpa sedar Khadijah terlanggar seorang lelaki yang agak berumur. Dengan pantas Khadijah memohon maaf .Namun lelaki tersebut mengambil peluang menghinanya pula.

''Dasar cacat. Dah la cacat, menyusahkan orang pula tu. Dah tahu tak boleh berjalan, duduklah rumah.''Khadijah memejamkan mata menerima hinaan tersebut. Semakin dia rasa rendah diri. Orang ramai di sekeliling hanya diam memerhati. Malas mahu masuk campur.

Ahmad Rasul yang baru tiba di tempat itu setelah mengejar Khadijah tadi terdiam. Lelaki itu yang masih lagi melemparkan kata-kata yang tidak sedap didengar kearah Khadijah itu direnung tajam. Tangan dikepalkan erat sehingga muncul urat-urat hijau di lengannya.

Dia geram.

Sungguh dia geram.

Langkah laju di atur kea rah Khadijah yang masih diam di hadapan lelaki kurang ajar tersebut.

''Assalamualaikum brother,apa hal ni bising-bising?''Tegur Ahmad Rasul.Sedaya upaya ditahan tangannya dari menumbuk lelaki di hadapannya itu.

Khadijah buka mata apabila terdengar suara seperti Ahmad Rasul. Ah,memang dia!

''Ni hah perempuan ni,dah tahu cacat masih lagi nak keluar rumah. Menyusahkan orang saja.''Sembur lelaki itu lagi tanpa perasaan perubahan di wajah Ahmad Rasul yang sudah merah sengan mata yang mulai menggelap.

Khadijah memandang sekilas wajah Ahmad Rasul. Tegang dan merah. Dia sendiri yang melihat agak gerun. Mata lelaki tersebut bagai memancar api kemarahan.

''Brother cakap elok sikit.Yang brother tengah kutuk ni tunang saya.''Ahmad Rasul meninggikan suara. Hampir terbuntang mata Khadijah mendengar pernyataan yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Ewah, tadi kau kemain dengan perempuan lain,datang sini nak acah jadi hero pulak?Khadijah rasa mukanya pula yang dah merah menahan marah.

Marah dengan Ahmad Rasul!

''Hah, nak pulak kau kat perempuan cacat ya?''Sinis soalan dari lelaki tadi mengundang amarah dari seorang Ahmad Rasul.

''Baik abang pergi dari sini sebelum saya buat apa-apa kat abang. Sekarang saya masih hormat, jangan sampai abang balik tak cukup gigi.''Terketap-ketap gigi Ahmad Rasul memberi amaran.

Lelaki tersebut merengus kuat sebelum berpaling meninggalkan mereka. Jika dia melawan,dia takut memang betul-betul dia balik tanpa gigi nanti. Tengok sahajalah figura lelaki muda tersebut. Tegap. Memang kalah dia yang kurus kering ni. Dengan perempuan tadi bolehlah dia mengutuk,dengan yang ni baik dia undur diri sebelum jadi apa-apa.

BILA HATI MEMILIH (LENGKAP)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang