MATA dicelik perlahan -lahan .
Sekeliling dipandang .Ini ..bukannya ..
Rumah Jihyo? ..
Taehyung bangun dari baringnya , Jihyo yang tertidur berlapikkan tangan diatas meja diterpa kim taehyung .
Tanpa sebarang amaran , perlahan-lahan
Dia mengangkat Jihyo secara bridal style , Jihyo yang tidur mati itu langsung tak terkesan dengan gerakan kim taehyung .Bilik Jihyo ditujunya ,
Dia meletakkan tubuh kecil itu berhati-hati diatas katil .
Sebelum keluar sempat dicium dahi licin Jihyo seperti selalu ." Eh taehyung , mari sarapan "
Tegur puan song dari dapur .
Terhinjut sedikit bahu taehyung dibuatnya terkejut dengan kehadiran puan song .
Sejak bila ada dia pun tak perasan .Taehyung tersengih kerang busuk .
Alang alang dia pun lapar , ada orang pelawa makan takkan nak tolak kan ? Rezeki .Puan song menyediakan air susu dan juga roti yang disalut nuttela , lalu dihidang dihadapan kim taehyung .
Tersenyum manis puan song seperti selalu , dia sudah menganggap kim taehyung seperti anaknya sendiri . memandangkan Jihyo dan kim taehyung berkawan rapat sejak kecil ."Kamsahamnida omma "
ujar kim taehyung sebelum mengunyah perlahan -lahan roti .
Dia Makan dengan berselera .Taehyung mengumam kecil .
Roti tadi sudahpun habis ditelannya .
Lama dia berdiam diri sebelum memulakan perbicaraan , rasanya dia perlu beritahu pasal penyakit Jihyo pada puan song .
Demi kebaikan Jihyo ,
dia perlu bagitau puan song terlebih dahulu .
Entah kenapa dia tak kuat nak bagitau Jihyo .mungkin dia terlalu sayang dan risaukan tentang gadis itu ?Kalau dia bagitau puan song ,
Sekurang-kurangnya puan song akan lebih beri perhatian pada Jihyo selepas ini .
Bukankah itu yang Jihyo mahukan ?" Omma .."
Serentak itu puan song yang sibuk membersihkan ruang meja terhenti .Taehyung dipandang dengan senyuman .
" Ye kenapa? Kamu nak apa - apa ke ? "Taehyung mengeleng kepala laju .
" Ani.. sebenarnya Tae nak bagitau something "Puan song mencuci tangannya sebelum ikut duduk dimeja makan .
Kembali focus pada kim taehyung yang kelihatan serius ." Sebenarnya ...Jihyo ada penyakit cardiomyopathy "
Puan song mengekek ketawa .
" Merepek lah kamu ni , anak omma sihat je omma tengok "Ujar puan song tidak percaya .
Riak wajah taehyung berubah tegang .
Puan song menelan air liur kasar ." Kamu tak main -main kan ? "
Soal puan song ingin kepastian .
Taehyung mengeleng kepala .
Puan song menekup mulutnya terkejut .
Matanya bergetar -getar menahan air mata dari tumpah .