Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku coba selalu mengalah
Ku lakukan demi cintaBibir anggerik perlahan-lahan bergerak, menyanyikan lagu yang popular satu ketika dahulu. Yakin cintamu ku dapat nyanyian kangen band.
Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapatDia yakin, lelaki itu sayangkan dia tetapi kerana cemburu butanya membuatkan lelaki itu memekakkan telinga, membutakan matanya dan membisukan bibirnya.
Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan matiAnggerik memejamkan matanya. Dia menghayati setiap bait-bait lirik lagu itu. Air mata mula membanjiri wajahnya. Pada saat ini hanya satu wajah sahaja yang bermain di fikirannya. Gabriel Martin!
Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapatBodoh? Ya itu perkataan yang sesuai untuknya. Walaupun jiwa dan raganya disakiti berkali-kali, perasaan cinta tidak pernah pudar malahan semakin bercambah dari hari ke hari.
Salahkah dia untuk merasa bahagia seperti insan lain? Kenapa ada sahaja halangan untuk dia bahagia? Dunia ini bukan tempatnya. Ya, mungkin di alam sana merupakan destinasinya.
Anggerik membuka matanya lalu merenung ke arah tangannya yang di penuhi dengan pelnagai jenis ubat-ubatan. Dia tersenyum bersama linangan air mata.
"Anggerik!!!"
YOU ARE READING
Gabriel's Obsession
RomanceDARK OBSESSION Gabriel Martin. Dia merupakan jejaka tampan yang mempunyai segala-galanya. Apa yang dia mahu pasti akan tertunai, termasuklah seorang gadis yang berjaya menambat hatinya sejak kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu setelah kemati...