" Dream Cafe is opened for business! "
"Ugh, bosannya..." Rungut Haechan sebaik jam telah menunjukkan pukul 1 petang. Hari cerah lagi panas itu telah menjadi hari kerja mereka di kafe seperti biasa.
Haechan yang bertugas di mesin kopi bersama dengan Chenle, Jaemin sebagai juruwang, Renjun ditugas untuk sapu lantai, Jisung dan Jeno di bahagian makanan dan Mark di bahagian SocMed itu berperasaan sama seperti Haechan.
"Another day, another boring day.." Mark berkata sambil naik turunkan website kafe mereka di komputer riba itu.
"Mana pelanggan...selalunya dah masuk dah sekarang.." Renjun bertanya sambil melihat imaginasi jam tangan dia.
"Mana ada, pelanggan kita masuk pukul 2. Sekarang baru 1." Jeno jawabkan soalan Renjun.
"Tapi nak tunggu tu lama gila, satu jam..." Haechan rungut lagi dan yang lain turut juga setuju dengan dia. Satu jam sebelum pelanggan mereka mula masuk itu sudahpun buat mereka tiada tenaga dan penat.
Kemudian, pintu kafe mereka terbuka dan datang seorang wanita yang anggun masuk ke kafe mereka. Renjun yang berdiri dengan kayu penyapu menyokong dia berdiri itu terjatuh apabila nampak kecantikkan wanita itu.
Jisung dan Jeno ternganga melihat kejelitaan wanita itu. Seperti mereka terjumpa bidadari di depan mereka. Jaemin juga menjadi segar semula apabila pelanggan mereka masuk.
Haechan terkejut terjumpa wanita cantik telah masuk ke kedai mereka hingga penampar Chenle yang sedang bermain dengan telefonnya di bahu kerana terlalu teruja.
"Selamat datang ke Dream Cafe. Boleh saya ambil order cik?" Jaemin soal dengan penuh menawan. Wanita jelita itu mengambil masanya untuk memilih pesanan dia. Mereka menjadi teruja kerana wanita itu sangat cantik dan telah masuk ke kafe mereka.
"Satu Namericano, satu Lele-ade dan dua random cookie. Baiklah, pesanan cik akan siap sebentar lagi. Sila tunggu sebentar yea." Wanita itu mengangguk kepada pernyataan Jaemin dan tersenyum pada Jaemin.
Semua orang memulakan tugasan mereka dengan menyiapkan pesanan wanita itu.
"Weh, perempuan tu lawa dorh." Haechan komen sambil membuat kerja dia. Mereka di bahagian makanan dan minuman setuju dengan komen Haechan.
"Rasanya kenapa eh dia datang sini? Ada Starbucks dorh depan kita, kenapa sini juga dia datang..." Chenle tertanya.
"Bertuahlah dia datang sini dari Starbucks. Serius cantiknya dia." Jeno berkata sambil menyiapkan biskut untuk wanita itu.
"Tapi mesti dia datang untuk jumpa someone kan? Dengan pakaian macam tu, lepas tu beli dua minuman lak." Jisung komen lagi.
"Ey yang belakang tu, more working less talking." Jaemin yang berdiri di depan mesin duit itu tegur mereka yang sedang siapkan makanan itu dan mereka segera melakukan kerja mereka.