Pemindahan Dunkirk 1940: Keajaiban dan Harapan

10 1 0
                                    

Penulis: Augustinetkd

Pencerobohan Jerman melalui Belgium dan negara pamah yang lain seperti Lexumberg dan Belanda untuk memasuki Perancis pada 10 Mei 1940 memang merupakan dugaan kuat bagi pasukan bersekutu iaitu Perancis dan British. Dengan teknik Blizkrietg (serangan kilat) yang terkordinat, penguasaan keatas ruang udara ditambah pasukan dan kenderaan darat yang termobilisasi menyebabkan pasukan bersekutu tidak terdaya dan harus sentiasa berundur.


Sehingga apabila mereka meninggalkan hutan Ardense di Belgium, pasukan Jerman mengambil alih kawasan tersebut dan mula mengelilingi dan memutuskan komunikasi tentera bersekutu yang semakin terdesak dan menghampiri selat Britain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sehingga apabila mereka meninggalkan hutan Ardense di Belgium, pasukan Jerman mengambil alih kawasan tersebut dan mula mengelilingi dan memutuskan komunikasi tentera bersekutu yang semakin terdesak dan menghampiri selat Britain. Keadaan semakin mendesak apabila Jerman berjaya menewaskan pasukan terbaik Perancis dan menyerahnya Belgium yang dipimpin oleh raja Leopard III pada 28 Mei 1940.


Beberapa anggota dewan parlimen British awalnya menentang upaya pemindahan ini kerana beranggapan upaya ini hampir mustahil dan berisiko ditambah tentera Perancis yang masih hendak bertahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Beberapa anggota dewan parlimen British awalnya menentang upaya pemindahan ini kerana beranggapan upaya ini hampir mustahil dan berisiko ditambah tentera Perancis yang masih hendak bertahan. Namun Winston Churchill yang baru sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri ketika untuk mengatakan pemindahan satu-satunya jalan untuk menyelamatkan tentera bersekutu yang tersepit di Pelabuhan Dunkirk. Pada awalnya, Churchill dan anggota komando Britain yang lain menjangkakan bahawa pemindahan dari Dunkirk dapat menyelamatkan hanya sekitar 45.000 orang. Tetapi kejayaan Operasi Dinamo melebihi semua jangkaan.


Dalam merancang operasi berisiko ini, pasukan bersekutu mendapat bantuan yang mengejutkan daripada Hitler sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dalam merancang operasi berisiko ini, pasukan bersekutu mendapat bantuan yang mengejutkan daripada Hitler sendiri.  Hitler memberikan perintah pada 24 Mei agar unit darat Jerman khususnya Panzer Jerman untuk menghentikan kemaraan yang dapat menundukan Dunkirk. Keputusan mengejutkan ini berkait rapat dengan kebimbangan Jeneral tertinggi Hitler yang beranggapan bahawa tentera  Bersekutu mampu melakukan serangan balas. Ditambah Jeneral Luftwaffe Herman Goering yang menyatakan Lufwaffe mampu menghalang upaya pemindahan. Namun keputusan ini pun terbukti dianggap sebagai “Miracle” yang berkontribusi kepada kejayaan besar operasi Pemindahan ini.

 Namun keputusan ini pun terbukti dianggap sebagai “Miracle” yang berkontribusi kepada kejayaan besar operasi Pemindahan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Petang 26 Mei 1940. Operasi pemindahan tentera Bersekutu bermula dengan kod Operasi Dinamo yang diketuai oleh Naib Laksamana Bertram Ramsay. Luftwaffe dengan penuh keyakinan mula mengebom pelabuhan dan Pantai Dunkirk untuk melambatkan proses pemindahan. Meskipun tentera udara diraja (RAF) cuba untuk menghalang upaya Lufwaffe dan mendapatkan keunggulan udara untuk melancarkan operasi tersebut, RAF harus kehilangan banyak pesawat dalam misi ini. Keadaan pantai Dunkirk yang cetek membuatkan kapal laut diraja sukar untuk mencapai pantai dan bot-bot dan sampan yang lebih kecil dikerahkan unntuk membantu operasi yang kebanyakanya terdiri daripada bot nelayan. Sebanyak 800 hingga 1200 kapal terlibat dalam misi besar ini.


Pada 27 Mei, sebanyak 7,500 tentera yang berjaya keluar diikuti dengan 10,000 orang pada hari berikutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pada 27 Mei, sebanyak 7,500 tentera yang berjaya keluar diikuti dengan 10,000 orang pada hari berikutnya. Pada 29 Mei, dibantu dengan bot-bot kecil yang dikenali sebagai Little Ship, lebih dari 47,000 tentera British berjaya diselamatkan dan lebih daripada 53,000,  tentera Perancis berjaya keluar pada 30 Mei. Pada saat pemindahan berakhir pada 4 Jun, sekitar 198.000 tentera British dan 140.000 tentera Perancis akan berhasil keluar dari pantai di Dunkirk menjadikan Jumlah tentera yang berjaya keluar dalam operasi ini sebanyak  338.000 orang. Sangat jauh dari perkiraan Churchill dan pegawai tentera tinggi Britian yang lain. Namun 90,000 pasukan bersekutu ditinggalkan di Dunkirk, bersama dengan sejumlah besar senjata dan kereta kebal BEF. Perlawanan berakhir pada pagi 4 Jun dan tentera Jerman menduduki Dunkirk dan menyerahnya tentera bersekutu.


Tamatnya perlawanan di Dunkirk menyebabkan kekuatan utama Perancis tewas dan menyerah sehingga penaklukan Perancis berjalan lancar dan Perancis menyerah pada 22 Jun 1940

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tamatnya perlawanan di Dunkirk menyebabkan kekuatan utama Perancis tewas dan menyerah sehingga penaklukan Perancis berjalan lancar dan Perancis menyerah pada 22 Jun 1940.  Namun Pemindahan Dunkirk merupakan faktor penting bagi moral kerajaan dan tentera British. Pulangnya tentera yang terlatih dalam jumlah yang banyak kelak akan berkontribusi melalui serangan balas Britain bersama Kanada dan Amerika Syarikat di pendaratan Normandy. Ia juga berkontribusi kepada semangat Churchill untuk terus berjuang dan tidak menyatakan menyerah atau berunding untuk damai dengan rejim Jerman Nazi.

 Ia juga berkontribusi kepada semangat Churchill untuk terus berjuang dan tidak menyatakan menyerah atau berunding untuk damai dengan rejim Jerman Nazi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Sumber: History.com
Terakhir kali dikemas kini: 14 Ogos 2021

Pemindahan Dunkirk 1940: Keajaiban dan HarapanWhere stories live. Discover now