prolog

53 6 1
                                    

         "Ketahuilah, aku masih 
     menyayangi mu. Walau aku
   hanya orang asing di mata mu"





Titik demi titik membasahi jalan semen dan jalan tar, laluan yang di buat khas untuk pejalan kaki kini di hiasi tompok - tompokan kecil yang perlahan membesar kerana berhubung dengan tompokan yang lain

Dan Setiap titisan air hujan yang menghentam bumi tak luput dari renungan si gadis yang sedang menunggu bus, kakinya yang kelihatan mungil ia ayunkan kedepan dan kebelakang untuk menghilangkan bosan yang melanda hati.

Lampu jalan bersinar terang  di panjang jalan yang tidak akan pernah sunyi ini, lampu kereta yang malaju di atas jalan sesekali menyinari dirinya tapi itu tidak mampu menyentak si gadia dari lamunanya

Dia terkenang beberapa potong ingatan yang selalu membuat hati nya berbunga namun dalam masa yang sama terluka kerana rindu, rasa itu sedikit aneh tapi itulah kenyataanya

Dia menghela nafas lelah dan mengubah gaya duduknya menjadi bersandar ke belakang seraya meletakan tangan ke atas ribanya

Pandangan mata juga ia alihkan ke atas sana

Kearah langit hitam dan sangat kelam , ibarat hatinya yang selalu dalam keadaan kelam dan di siksa oleh rantai kerinduan.

Mungkin orang yang pernah merasakan hal yang sama akan faham situasi si gadis saat ini, merindui namun membenci dalam waktu bersamaan, menyayangi namun takut mengakui, mencintai namun takut menghampiri.

Hatinya terasa sesak oleh beban rindu dan kepedihan, tubuh badanya penat dan lenguh, dia ingin rehat secukupnya namun.. Masih ada beberapa perkara yang selalu menjadi penyebab ia bertahan di dunia yang kejam

Hidup di tanah korea ini tidaklah semudah hidup di negara lain, dia harus kerja keras untuk memenuhi segala keperluan hidupnya. Kerana mata wang yang tinggi ia harus berkerja lebih gigih agar segala keperluan dapat ia penuhi, dan satu faktor yang membuat ia susah mencari rezeki adalah kerana dia berjantina perempuan.

Dia ingin pulang ke rumah, rumah orang tuanya namun dia cukup sedar diri dia hanyalah orang asing untuk mereka  ..

'Rindu nya..' bisik hati si gadis saat bayangan rumahnya terlintas di fikiran dan mata

Dia tersenyum kelat dan memejamkan mata, hakikat penamparnya kuat

Rumah itu bukan lagi tempat untuknya pulang, rumah itu ibarat di huni oleh orang asing.. Atau lebih tepatnya dialah yang asing

Dia mengelengkan kepalanya menghapus segala fikiran yang akan membuat dirinya tertekan

Dia harus kuat!

Dia mengangkat tangan kirinya di mana sebuah jam tangan tersemat indah menghiasi pergelangan tangan putih itu

9:45 pm

STRANGER (lee haechan)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang