PART 2

114 11 0
                                    

Hayoung berjalan memasuki sebuah kedai yang agak lama.Dia melihat sekeliling.Setelah berasa puas hati dengan keadaan kedai yang masih utuh dan baru,dia terus membayar duit pendahuluan kepada Puan Yatsuba,wanita separuh Jepun dan Korea itu.Hayoung tersenyum kecil.Dia mengeluarkan telefon bimbit dan terus mendail nombor telefon abangnya,Oh Sehun.

"Yobosaeyo oppa.Hayoung dah dapat tempat untuk buka kafe Hayoung." Beritahu Hayoung selepas mendengar suara abangnya dari talian sebelah menjawab.

"Jeongmal?! Chukahae Hayoungnie.Oppa kagum dengan kamu." Sehun berkata dengan suara teruja.Dia turut gembira dengan apa yang adiknya sampaikan.Hayoung ketawa kecil bila mendengar suara abangnya.

"Gomawo oppa.Emm,nanti oppa lawatlah kafe Hayoung.Hayoung akan belanja oppa." Katanya dengan manja.Sehun hanya mampu ketawa kecil.Dia dan Hayoung hanya dua beradik sahaja.Dialah tempat Hayoung bermanja dan dia jugalah tempat Hayoung meluahkan dan menyimpan rahsia.

"Ok..Oppa akan datang minggu depan untuk tolong kamu."

"Jinjjayo?! Kasahamnida oppa.Sayang gila kat oppa." Hayoung menjerit kegembiraan apabila mendapat tahu yang abang kesayangannya akan datang ke kedainya untuk membantunya.

"Yela..Oklah,oppa ada meeting dengan klien kejap lagi.Oppa kena pergi dulu.Bye.Jaga diri baik-baik.Makan jangan lupa.Jangan keluar waktu malam.Bla..Bla..bla.." Berbakul-bakul pesanan yang diberikan oleh Sehun kepada adiknya.Naik pening Hayoung mendengar.

"Okay..Okay..Hayoung faham.Terima kasih atas pesanan dan sikap ambil berat oppa.Sayang oppa sesangat.Bye" Belum sempat Sehun menjawab,Hayoung cepat-cepat mematikan panggilan.Tak sanggup lagi dia mendengar bebelan abangnya.Dia tahu yang abangnya memang amat menyayangi dirinya.Pernah sekali,seorang budak perempuan membulinya dan Sehun terus mencari budak perempuan itu sebelum memarahinya.Bukan itu sahaja,semasa berada di darjah 5,seorang budak lelaki menciumnya di pipi.Hayoung menceritakan kepada abangnya dan keesokkan harinya,Sehun terus mencari budak lelaki itu.Sehun yang waktu itu sudah masuk ke sekolah menengah yang berdekatan dengan sekolahnya,datang dan terus menumbuk pipi budak lelaki yang menciumnya.Akibat kejadian tersebut,Sehun digantung sekolah selama 2 minggu.Namun abangnya itu langsung tidak berasa bersalah namun berpuas hati.

Lamuanan Hayoung mati apabila dia merasakan seperti angin sejuk menerjah kulit putih miliknya.Hayoung tersentap.Dia mencari dari mana datangnya angin tersebut.Perasaan aku agaknya,bisik Hayoung perlahan.

"Kau buat apa kat tempat aku?" Tanya suatu suara lelaki.Hayoung terkejut.Mana datangnya suara lelaki.Kalau tak silap,dia seorang sahaja berada di sini.Hayoung melilau mencari suara lelaki yang menegurnya.Sekali lagi,dia merasakan ada angin sejuk yang sama tapi kali ini bukan di kulitnya namun tepat di pipi.Hayoung terketar-ketar.Dalam otaknya sudah terbayang pelbagai bentuk 'benda' yang amat ditakutinya.

"Aw..Awak siapa? Baik..Baik keluar sekarang!" Katanya dengan suara terketar-ketar.Bunyi suara lelaki bergema di kedai tersebut.Gadis bermata kelabu itu sudah terketar-ketar akibat ketakutan yang melampau.Hayoung rasa seperti mahu pitam apabila melihat bayangan seorang lelaki tersenyum kearahnya.

"Hai.Kau pemilik baru rumah aku ni ke?" Soal lelaki tersebut.Dia berjalan mendekati Hayoung.Sebenarnya bukan berjalan pun,ia lebih kepada terapung.Hayoung berundur ke belakang apabila melihat lelaki itu mendekatinya.Lelaki itu semakin dekat sebelum lesap begitu sahaja.Hayoung sudah tercengang-cengang seperti orang bodoh.

"Aku kat belakang kau la." Tegurnya di telinga gadis itu.Terbuntang mata gadis itu apabila melihat hantu tersebut berada tepat di belakangnya.Hayoung berlari kearah pintu kedai namun hampa.Lelaki itu berdiri dan menghalang laluannya.

"Takkan nak pergi dah kot? Kita belum kenal lagi.Nama kau siapa?" Hayoung menarik nafas perlahan-lahan.Dia cuba menengkan hatinya.Mata ditutup perlahan-lahan sebelum dibuka semula.Wajah lelaki itu masih tersenyum kepadanya.

"Nama saya Oh Hayoung.Saya pemilik baru kedai ni." Beritahu Hayoung dengan tenang.Entah kenapa dia dapat merasakan yang hantu ini tidaklah menakutkan sangat.

"Nama aku Jongdae.Kim Jongdae.Selamat berkenalan Hayoung." Lelaki itu tersenyum lebar.Hayoung mengangguk.Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan mereka berdua.Hayoung mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan terus menjawab.

"Yobosaeyo.Owhh,Kei ah.Nae,aku ada kunci.Kau pergi jela dating dengan tunang kau tu.Jangan risau.Nae,anneyong" Hayoung menyimpan kembali telefonnya dan terus memandang kearah Jongdae.Pehal mamat ni pandang aku macam tak pernah nampak orang? Buang tabiat ke? Tapi hantu ada yang gila ke?. Pelbagai persoalan mengarut bermain di otaknya.

"Macam mana kau boleh cakap dengan orang dalam benda kecik tu? Ilmu hitam apa yang kau guna? Kau ni ahli sihir ke?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Jongdae.Hayoung tergelak apabila mendengar soalan yang diutarkan oleh jejaka hantu itu.

"Awak maksudkan telefon? Zaman sekarang,manusia berhubung menggunakan telefon.Ada yang kecik dan besar.Ada yang mahal dan murah.Faham?" Terngaga mulut jejaka hantu tersebut apabila mendengar penerangan Hayoung.

"Okalah,saya nak balik dulu.Dah petang ni.Esok saya datang lagi.Jaljayo." Hayoung melambai-lambai kearah Jongdae yang masih lagi berdiri seperti patung cendana.Dia membuka pintu kedai tersebut dan terus melangkah keluar dari situ.Dia ketawa kecil apabila teringat pertanyaan Jongdae.Tak sangka,hantu yang ni ketinggalan zaman.

SnOw LoVe ScEnT (CHEN [EXO] IMAGINE )Where stories live. Discover now