PART 1

211 9 0
                                    

Anneyonghasaeyo readers..Ini cerita kedua saya selepas My Future(Luhan Imagine)..Saya harap semua happy dan senang hari untuk baca cerita ni..Jangan lupa vote sekali ye ^O^.. Enjoy!!
♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠

"Kau biar betul?! Kau nak buka kafe?" Ujar kawan baiknya,Kei.Makanan yang sedang dikunyah oleh Hayoung hampir sahaja tersembur akibat jeritan Kei yang agak kuat.Dia cepat-cepat mencapai air suam yang terletak di sebelahnya dan terus meneguk dengan tergesa-gesa.Kei hanya memandang Hayoung tanpa mahu menolong.

"Kau ni nak bunuh aku ke apa?!" Jerkah Hayoung dengan perasaan marah.Kei tersenggih-senggih sambil menunjukkan tanda 'piece' menggunakan dua jarinya.Hayoung sudah mula menunjukkan muka masam.Bukan nak menolong waktu aku tersedak tapi dia boleh lagi tayang muka selamba.Tak guna 1 sen punya kawan!

"Janganlah marah,Hayoung.Tapi betul ke? Mana kau nak cari tempat untuk buka kafe kau nanti?" Soalan Kei tidak dijawab malahan Hayoung hanya meneruskan aktiviti melantaknya.

"Wei,aku cakap dengan kau ni! Kau dengar tak?!" Marah Kei.Dia menyilangkan tangan di dada tanda tidak puas hati.Hayoung memandang wajah kawannya sebelum meletakkan kembali garfu dan sudu di sisi pinggannya.

"Kau tak nampak tadi aku tengah mengunyah makanan? Karang kalau aku jawab soalan kau dengan mulut penuh makanan,tak ke tersembur kena muka cantik kau tu?" Perli Hayoung dengan senyuman mekar di bibir.Kei mula mengigit bibir.Minah ni kalau tak kenakan aku memang tak sah!

"Okay,aku tahu aku salah.Dah,cepat cerita.Kau dah habis makan kan?" Hayoung mengeluh kecil.Ni yang susah kalau ada kawan yang mulut becok macam si Kei ni.Tapi dia tak pernah ada perasaan menyesal sikit pun sebab kawan dengan gadis berambut lurus itu.

"Macam ni,aku nak buat impian aku menjadi kenyataan.Dari dulu lagi aku nak buka kafe.Aku simpan duit dan selalu berjimat cermat pun sebab nak beli kedai untuk buka kafe aku la.Faham?" Kei mengangguk dengan muka faham.Bunyi telefon bimbit berdering mengejutkan mereka berdua.Haish,telefon ni kalau aku baling masuk jamban,senyap sikit kot.Buat terkejut orang je,gumam Hayoung perlahan.Dia menjeling kearah telefon milik Kei untuk melihat siapa yang menelefon kawannya itu.

"Jawablah.Encik Perfect kau telefon tu." Ujar Hayoung sambil menghirup sedikit sup yang masih bersisa dalam mangkuknya.Kei tersenyum lebar sebelum mengangguk dan menjawab panggilan telefon tersebut.Dia bangun dan menuju berjalan ke ruang tamu agar perbualannya tidak didengari oleh Hayoung.

Hayoung bangun dari kerusi dan menuju ke dapur untuk membersihkan mangkuknya serta Kei.Hari ni merupakan tugasnya untuk mencuci pinggan mangkuk.Kalau diikutkan hati,memang dia paling malas hendak membasuh tapi takkan nak biarkan mangkuk tak berbasuh kat situ.Selepas membersihkan mangkuknya,dia berjalan menuju ke biliknya.Bunyi suara Kei yang masih bersembang dengan tunangnya kedengaran agak kuat.Hayoung tersenyum kecil sebelum memasuki biliknya.

Dia merebahkan badannya di atas katil sebelum mula bermain dengan anak patung beruang berwarna biru yang dihadiahkan oleh abangnya.Bunyi lagu 'Luv' dari APink mematikan pergerakannya.Dia mencapai telefon bimbit berwarna merah jambu yang terletak disebelahnya dan terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat pemanggilnya.

"Yobosaeyo.Nugusaeyo?" Tanya Hayoung dengan suara lemah.Dia memeluk beruang miliknya.

"Ini Puan Yotsuba Kim.Boleh saya cakap dengan Cik Oh Hayoung?" Pinta wanita yang berada di talian sebelah dengan suara sedikit garau.Hayoung terus menukar posisinya dari baring ke duduk apabial mendapat tahu si pemanggil merupakan pemilik kedai yang mahu dibelinya.

"Ini Oh Hayoung bercakap.Maafkan saya,puan.Saya betul-betul tak cam suara puan." Beritahu Hayoung dengan suara sedikit gementar.Dari corong telefon,dia terdengar ketawa kecil dari wanita berusia 50 an itu.

"Gwenchanayo.Saya nak beritahu yang cik Hayoung boleh datang kedai saya esok untuk pembayaran." Ujar Puan Yatsuba dengan tenang.Hayoung mengucapkan terima kasih sebelum mematikan talian.Dia tersenyum seorang diri sambil berangan-angan tentang kafenya.

SnOw LoVe ScEnT (CHEN [EXO] IMAGINE )Where stories live. Discover now