"Hi guys, welcome back to my channel-- eh ni live bukan vlog." Beomgyu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersenyum janggal di hadapan telefonnya lalu melambaikan tangannya. Ya, dia sedang membuat live di aplikasi Instagramnya. Choi Beomgyu, lelaki yang boleh tahan terkenal di bandar Daegu. So, so.Dia terkenal dengan bakatnya yang pandai bermain gitar dan terkenal di kalangan gadis-gadis di sekolahnya. Bukan selebriti, tetapi dia digelar Instafamous di sekolahnya.
i.can.bark_ : comel sialll
sookai4lyfers : single or singlet?
odi.88tae : pergi ke kedai membeli roti, hai
gyufanseumeow : BEOMGYUUUUU
dan.choiniel : can you play paper heart song plsss
loserloversoty : eng plzzz
ikanhihi : HANDSOME GILAAAAAA
gyubearawrrr : AHWHDHHDHWHDHSHWH
Beomgyu membaca comment satu-persatu sambil tersengih. Dia lalu mengambil gitarnya kemudian duduk di kerusi belajar. Dia mula memetik gitarnya memainkan lagu. Dia berdehem sebelum membuka mulutnya untuk menyanyi.
Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh oleh lelaki tua dalam lingkungan 70-an. Wajahnya tampak bengis memandang Beomgyu. Beomgyu mengeluh, apa pula kesalahan dia kali ini.
Dia mula berdiri, ingin membuka mulut. Tetapi sebelum dia ingin berbicara, pipinya ditampar kuat membuatkan kepalanya terteleng ke kanan. Perlahan-lahan pipinya terasa pedih akibat tamparan ayahnya.
"Kau pergi mana semalam?" Lelaki tua itu menarik kolar baju Beomgyu. Dia menolak lidahnya ke pipi sambil memandang wajah orang tuanya. Dia sudah penat, penat mahu melawan. Apa yang mahu terjadi, biarkan terjadi. Dia sudah letih.
Live Instagram langsung diabaikan. Dia hanya peduli dengan apa yang akan berlaku kepada dirinya selepas ini.
Mata orang tua itu mula mengerling ke telefon milik anaknya lalu dia berdesis. "Kau buat benda bodoh lagi..." Kemudian dia melepaskan kolar baju anaknya.
"Kalini aku lepaskan kau." Bisiknya perlahan di telinga Beomgyu sebelum beredar dari biliknya. Dia melepaskan keluhan berat. Lantas dia mencapai telefonnya dan terus menamatkan livenya. Tidak dia peduli dengan berapa penonton yang telah menonton 'drama'nya tadi.
Dia duduk di atas katilnya sambil memeluk lutut.
"Sial."
━━
New short story??? Happy ending??? Sad ending???
???
Senpai minta tag : KYEOMKISS