03

72 11 25
                                    



"Grandma! Tengok Yujin dapat tempat kedua dalam kelas!" Ujar Yujin teruja sambil menunjukkan keputusan kepada neneknya. Wanita di dalam lingkungan 50-an itu membaca keputusan Yujin.

Yujin pula tidak berhenti menunjukkan senyumannya. Dia berasa gembira dan puas hati dengan dirinya setelah penat lelah yang dia hadapi. Usahanya tidak sia-sia, dia bangga.

"Mana A kau? Kenapa satu je A, semua B?" Yujin mengangkat keningnya. Bingung dengan soalan yang neneknya beri.

"Huh?"

"Tak adalah hebat mana. Setakat top two dalam kelas apalah sangat." Kata nenek Yujin sambil memulangkan buku rekod kepada Yujin. Perlahan-lahan senyuman dia memudar.

"Tapi grandma, Yujin dah buat sehabis baik. Grandma tak suka ke Yujin dapat tempat kedua dalam kelas?" Gadis itu hanya tersenyum pahit. Cuba untuk tidak menunjukkan riak wajah yang kecewa kepada neneknya.

"Tak boleh ke kau jadi macam Nahee? Selalu top three dalam keseluruhan. Keputusan dia semua straight A, lagi bagus dari kau tahu?"

"Kau ni belajar ke tidak dekat sekolah? Kau buat apa je dekat sekolah? Belajar ke tak sampai dapat keputusan macam ni. Cuba contohi sikit sepupu kau tu." Gadis itu terdiam. Dia mengetap bibirnya sambil memandang lantai.

Teruk sangat ke keputusannya?

Fikirannya merosot. Fikir neneknya akan bangga dengan keputusannya. Tapi tidak sangka pula neneknya akan berkata begitu. Sungguh menusuk ke hati.

"Dengan keputusan kau macam ni, macam mana masa depan kau nak cerah? Apa nak jadi?" Neneknya melepaskan keluhan.

"Lepas ni kalau kau dapat keputusan macam ni lagi, jangan tunjuk dekat aku." Katanya lalu bangun beredar masuk ke biliknya membiarkan Yujin.


Klak


Bunyi pintu utama dibuka, terpapar wajah ibu Yujin yang baru sahaja pulang. Terhuyung-hayang wanita itu berjalan masuk ke rumah.

"Yujin sayang, omma dah balik." Dengan pantas dia mengelap air matanya apabila mendengar nada suara ibunya. Tidak lama kemudian, Yujin terhidu sesuatu yang kuat. Pantas dia menutup hidungnya.

"Sayang omma, macam mana sekolah harini?" Yujin menjauhkan dirinya dari si ibu. Dia tidak suka. Tidak suka dengan sikap ibunya begini. Terus dia keluar dari rumah tanpa berkata apa kepada ibunya.

Ke mana dia mahu pergi?

Hanya satu tempat sahaja yang ada dalam fikirannya di saat itu.

𝐀 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 : 𝗖𝗕𝗚Where stories live. Discover now