hold on

1.5K 60 32
                                    











Muhammad Ayden.




Tubuh kecil yang lahir ke dunia itu ibarat kekuatan yang tak berpenghujung. Kehadiran yang buat Zahra tabah.

Ubun - ubun si kecil dikucup penuh kasih. Hari itu, genap sebulan sudah anak lelakinya. Genap sebulan juga dia menjaga Ayden seorang diri.

Tubir mata mula bergenang. Tubuh kecil yang sedang lena dipeluk rapat. Lama dia mengucup dahi Ayden sehingga air mata jatuh menitis di atas anak kecil itu.

"Ayden, ibu rindu ayah..." Sakitnya tak terperi. Buat Zahra rasa hidup macam dah sampai ke penghujung. Namun Ayden lah yang jadi asbab supaya dia kuatkan hati.

Seperti tahu si ibu memanggil, anak kecil itu merengek. Wajah didekatkan dengan si ibu. Mencari susu. Seketika, Zahra tergelak kecil melihat anaknya. "Sayang anak ibu."













•••















"Ibu!"

Lutut kanak - kanak itu lemah. Menggigil tubuh tangan melihat si ibu yang dah terlentang di lantai bilik air.

Dia berlari anak ke luar, mencari telefon ibunya. Nombor ayah saudaranya, Zaid didail segera. "Tolong..."

"Kenapa Ayden?"

"Ibu d-darah... Ibu tak bangun...."

Dia merenung lama kesan kelar di pergelangan tangan ibunya. Darah keluar mengalir dari situ. Hati kecilnya bertanya, 'kenapa ibu lukakan tangan sendiri?'










•••





"Isteri Encik menghidap barah otak sejak lima tahun yang lalu. Saya sebagai doktor, dah cuba memujuk dia tapi... arwah berkeras tak mahu."

Terduduk. Ayden lihat insan yang digelar ayah itu jatuh melorot di atas lantai hospital. Kedua belah tangan menekup wajahnya. "Kenapa!!!"

Hati kecil Ayden bertanya, Tuhan kenapa kejam? Tarik ibu saat dia dah jumpa ayah dia?



•••







"Ayden nak mama Husna!" Kaki membentak geram. Ayden mahukan wanita yang pernah digelar mama itu. Tapi si ayah tak pernah faham.

Runsing, Adrian mengetap bibir. Telefon pintar si anak dilempar ke luar tingkap kereta. "Ayah kata apa?! Jangan contact mama Husna dah kan? Degil sangat kenapa?!"

Mata Ayden memerhatikan ayahnya. Bawah bibir digigit geram. "Ayah ni jahat! Ayden harap ayah mati macam ibu!"

"Ayden!"








•••





"Ayden, ayah awak..."

Matanya merenung kosong guru yang memegang telefon itu. Ayden mengerut dahi. "Ayden nak ambik result SPM, kenapa ayah tak datang?"

Bahu si guru jatuh. Dirinya sendiri tak sanggup nak mengujar perkara itu. "Kereta... yang ayah awak pandu ke sini, kemalangan."

Strike two.





•••





"Kenapa nenek pun nak tinggal Ayden?!"

Strike three.

"Atuk pun sama?!"

Strike four.

"Kenapa?!!!!!"








•••






"Leave Islam. Ever since my son accept Islam, macam - macam jadi. Pesawat terhempas, hilang ingatan lepas tu lari... kemudian bila dah jaga Ayden, ayah mati sebab kemalangan! Anak saya tak bahagia sejak menganut agama tu!"

Ayden, yang baru berusia tujuh belas tahun itu memandang kosong atuknya. Ayah angkat bapa kandungnya. Hujung bibir ternaik. "Salah agama?"

Dengan angkuh dan amarah, menganggukkan kepala. "Ya! Mulai hari ni, kamu kena tinggalkan agama pembawa malang ni. Kalau kamu tak nak, tinggalkan rumah grandpa!"

"Fine. I will leave."










•••








some days i wanna live






"Ibu, Ayden penat... kenapa ibu lahirkan Ayden dalam dunia ni? Ayden tak nak lahir..."








and others i wanna die










Mata dipejam.

Kedua belah tangan didepa. Bersedia untuk jatuhkan diri ke bawah. Mati, pilihan terbaik.

"Jangan!"













Buka mata.

Kuatkan hati.









Ayden Adrian, never ending life.










"God, help me!"


















Tuhan.







"Pasti ada sesuatu yang Tuhan mahu tunjuk. Allah tunjuk kasih - sayangnya dengan cara ini."










Ayden Adrian X Nabila Hannan.











ready?
go






book 3 from Kita Berdua, 

let them know
his scar and untold stories. 










love,
eyein 

Hold On✔️Where stories live. Discover now