20

435 42 21
                                    



Muhammad Ayden; the untold stories



"Tak nak masuk ke?" Bella mengusik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Tak nak masuk ke?" Bella mengusik.

Dahi Ayden berkerut. "Kau gila? Kena tangkap basah nanti naya je." Sial punya soalan. Kalau tanya salah orang, memang laju je akan terima pelawaan Bella tu.

Tawa Bella terhambur. Dia pun tak cukup gila nak betul - betul pelawa anak teruna orang masuk rumah. "Gurau je lah. Thank you hantar saya balik."

"Hmm welcome." Ayden membalas senada. Cepat lah anak dara orang ni masuk dalam rumah dan tutup pintu. Ayden nak balik dan berehat.

Tengok Ayden yang masih berdiri depan pintu walaupun Bella dah cakap terima kasih tadi membuatkan Bella kerut dahi. "Excuse me? Bila awak nak balik rumah?"

Mata Ayden memandang wajah bingung Bella. Rasa malu pula nak jawab soalan mudah Bella. "Aku balik lepas kau masuk dan tutup pintu."

Sebelah kening Bella angkat. Dalam hati Tuhan je tahu rasa terharu yang buat dia rasa nak melompat depan Ayden sekarang. "Lah, ingatkan nak masuk sekali tadi."

"Perangai jangan tak reti malu sangat eh? Kalau lelaki lain dah lama terima tawaran kau lepas tu masuk je. Kau nak buat apa nanti?" Wajah berubah tegang.

Bila fikir balik, Bella ni selamba sangat. Percaya je Ayden ni lelaki baik yang sanggup berdiri depan pintu rumah yang terbuka luas tu.

Kalau diajaknya lelaki yang kurang berakal, mahu laju kaki melangkah ke dalam. Dalam dunia tak semua orang baik. Hidup kena berjaga - jaga juga.

Namun wajah tegang Ayden sikit pun tak buat Bella gerun. Malah dia mengukir senyuman sambil menyendeng di tepi pintu. "Awak risaukan saya ke?"

Sedar yang Bella seolah - olah sengaja menjerat dia, Ayden memutar bebola mata ke atas. "Mampus kau lah. Malas aku nak layan."

Tubuh berpaling ke belakang. Sia - sia je jadi prihatin kalau akhirnya dia juga yang kena sakat dengan Bella. Huh, perempuan tu memang tak reti malu.

Tanpa sedar, pipi Ayden dah merah. Kulit putih dia buat kesan merah tu mudah terlihat. Bella yang di depan pintu tersenyum senget. Bukan dia tak nampak pipi lelaki tu membahang merah. Tak boleh nak usik sikit dah malu.

Baru beberapa langkah Ayden berjalan, Bella melaung nama lelaki itu balik. "Ayden! Come here!"

Ayden tayang muka nak bunuh orang. Muka teruja Bella dipandang geram. "Kau nak apa perempuan?"

Ya Tuhan, minah ni sumpah menguji kesabaran Ayden.

Bella menyengih. "Awak nak... jadi suami saya tak?" Tanpa bernoktah dan gementar, soalan itu dituju buat Ayden.

Kalau tadi Ayden rasa menyampah, kini dia terkedu. Mata terkelip - kelip memandang Bella yang berdiri di tepi pintu. "Kau-"

"Kalau tak nak, tak apa. Saya cuba je." Cuba menguji sama ada dia cukup kuat ke tak nak ujarkan soalan yang tempah maut tu.

Hold On✔️Where stories live. Discover now