Chapter 1

373 16 3
                                    

Taehyung POV

Aku tersenyum memerhatikan hiasan bintang itu seakan- akan menari pada siling bilikku.Biarpun, badan dan kepala terasa sangat penat selepas belajar berjam - jam untuk peperiksaan yang akan dijalankan lewat malam ini namun kepenatan itu tidak membantuku memejamkan mata sebaliknya membuatkan aku berasa gelisah tidak tentu arah. Aku mengeluh sebelum bangun dari baringan dan bersandar di kepala katil.

Kalau dah tak boleh tidur, takkan nak dipaksa? Lebih bermanfaat kalau aku menyambung ulang kaji. Mana tahu, giliran aku pula dapat Top 5. Aku menolak selimut daripada badanku. Malam ini sedikit panas daripada
malam sebelumnya. Mungkin bayu laut rasanya.

Tanganku kemudian mencapai timbunan buku di meja sebelah kanan lalu diletakkan di atas ribaku. Buku tebal berwarna kelabu kupilih sebagai bahan menelaah pertama. Tiba-tiba, sekeping gambar jatuh ke riba lalu aku angkat dan melihat gambar tersebut. Senyuman mekar di wajahnya membuatkan aku lebih makan hati.

Kenapa dia perlu sempurna?

Kim Songjia, sahabat baikku yang tidak perlu melakukan apa- apa tapi boleh mendapat tempat dalam Top 10 pelajar terbaik setiap masa. Dia tidak perlu bertungkus-lumus sepertiku walaupun dia hanyalah anak kepada seorang pegawai polis berpangkat rendah.

Dengan latar belakang keluarga berada yang mahukan kejayaan untuk dibangga, aku didesak untuk berusaha lebih keras. Kononnya, pencapaian aku boleh membuatkan aku lebih disegani dan dipuji. Siapa yang mengatakan orang kaya tak perlu belajar, tolong kaji semula
sebelum mengeluarkan fakta.

Semua orang sama sahaja, sepatutnya tiada perbezaan taraf diperlukan dalam dunia ini. Kalau kau mati sekarang, kubur kau tanah juga. Yang dikira hanya amalan kau saja.

Andailah ayahku sebulat suara denganku pasti kami takkan menjadi seteru. Aku masih ingat lagi pada kata-katanya suatu ketika dahulu apabila aku dimasukkan wad akibat stress berpanjangan selepas ditemui pengsan dalam bilik belajar 4 tahun lalu.

"Takkan matilah kalau belajar 24/7! Dorang tu bodoh sebab tu banyak alasan!" herdiknya menunjal-nunjal kepalaku.

Ironinya, ayahku meninggal akibat stress apabila syarikatnya diumumkan muflis 2 tahun lepas dan kami kehilangan semua yang pernah kami miliki.

Aku memejamkan mata sebentar membuang jauh ingatan dan amarahku kepada yang sudah mati itu. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi pintu almari dibuka perlahan-lahan.

Krek...

Dengan sepantas kilat, aku memandang almari kayu di hujung bilik betul-betul berhadapan katilku.

Pintu itu sememangnya seperti sedang dibuka DARI DALAM. "Taehyung..." sebuah suara nyaring kedengaran memanggil namaku.Lidahku kelu tak mampu menjerit, mataku memerhati gerak- geri makhluk itu disaat ia keluar dari almari itu, MERANGKAK perlahan-lahan. Rambut panjang menutupi wajahnya, bajunya yang dibasahi darah mengingatkanku pada sebuah cerita momok yang pernah heboh di kawasan ini.

"Taehyung..." panggil makhluk itu lagi, dia mula mengangkat mukanya dan
terpamerlah wajah yang mengerikan.

Aku menampar mukaku, cuba untuk bangun daripada mimpi ngeri ini namun aku masih di sini, memandang makhluk itu yang mula menyeringai menunjukkan barisan gigi kotornya. Mataku sudah mula
berkaca, mulutku dibuka berulang kali untuk bersuara namun sayang, tidak terungkap apa-apa.

Makhluk itu kemudian menyusup masuk ke dalam selimut, perlahan-lahan dia merangkak di atas kakiku, menuju ke hujung selimut.

Aku mengigil melihat makhluk itu bergerak di dalam selimut putihku, menyentuh kaki, paha dan akhirnya tangan separuh hancur itu muncul di penglihatanku.

Sial (BTS Malay FF)Where stories live. Discover now