Chapter 3

118 10 4
                                    

Jimin POV

Aku menyandarkan tubuh di tembok sambil menikmati pemandangan waktu malam disini yang tidak pernah menghampakanku. Walaupun jam sudah menunjukkan tepat pukul 2 pagi tetapi aku masih cergas bernyawa. Anginnya yang sempoi- sempoi bahasa cukup
menyamankan dan aku tidak mampu memikirkan destinasi yang lebih tenang berbanding Busan untuk aku melepaskan diri daripada kesibukan kota.

Puntung rokok yang terselit di celahan bibirku tiba-tiba ditarik keluar dan sengaja dibiarkan jatuh sebelum dipijak supaya api kecil yang membakar gulungan dedaun berkimia itu terpadam tanpa kesal.

Kerana semua orang trauma pada
api kecuali aku.

"Aku tak faham kenapa seorang doktor di hadapanku merokok walaupun dia sendiri tahu keburukannya?"

Aku mendengus kerana aku paling
pantang karierku dikaitkan dengan
perbuatanku.

"Diamlah." balasku sedikit kasar.

"Okay tapi Jimin, apa kau buat
memalam sorang-sorang ni?"

Aku menjeling lelaki di sebelahku. Entah bila dia muncul, aku tidak pasti tetapi kehadirannya cukup membuatkanku hilang 'mood'.

Dia tersenyum lebar, memandang padang yang memisahkan kami dengan asrama
puteri lama. Seperti menyedari dirinya diperhatikan, dia berpaling bertentang mata denganku. Senyumannya tidak pudar malah dia sempat ketawa kecil seolah-olah aku sedang berlawak dengannya. Aku memandangnya dengan penuh kehairanan dan mungkin, sedikit
kegerunan. Lebih-lebih lagi, lolongan anjing yang daripada tadi kedengaran sayup-sayup menjadi kuat dengan bantuan gelombang bunyi. Aku mengesat peluh sejuk di dahi dan bersuara.

"Kau nak apa, Jungkook?"

Dia hanya mendiamkan diri tetapi senyumannya masih melekat pada wajah pucatnya. Aku mengeluh disaat aku mula teringat tabiat bekas kawan sebilikku ini. Aku mengangkat kedua belah tangan di
paras bahu sambil berpusing ke belakang menghadap asrama putera yang tersergam indah.

"Yelah, aku masuk asrama
sekarang"

Langkah kakiku bermula perlahan
seperti terasa beban terikat di pergelangan kaki dan seperti diseka oleh entiti yang bukan manusia.

"Jungkook, jangan main-mainlah.
Jom masuk,"

Masih tiada jawapan. Bekas rakanku masih membisu. Anak tekakku terasa ditarik lembut lalu aku menelan air liur supaya membasahi tekak yang mungkin
kekeringan itu.

Aku cuba melangkah setapak tetapi masih terasa berat malah dapat ku rasa pergelangan kakiku seakan diikat kuat.

"Wei, Jungkook!" Aku berpusing serta-merta untuk memarahinya dan suaraku bergema di seluruk pelosok perkarangan sekolah berprestij itu tanpa diikuti kata-
kata makian kerana aku terduduk melihat sekujur mayat sedang bergulingan di hadapanku sebelum ia hilang ke arah asrama puteri.

Bulu roma menegak serta-merta, jantungku bagai nak gugur melihat entiti itu sempat memalingkan wajahnya, memandangku sekilas sebelum tersenyum kecil.

"Jimin!"

Suara Taehyung mengembalikanku ke alam nyata. Bahuku disentuh perlahan dan badanku dipusing menghadap ke belakang. Wajah- wajah yang kerisauan memenuhi ruang penglihatanku. Aku
membuka mulut, mahu bertanya tetapi kerongkongku terasa perit. Aku mencuba sehabis mungkin bertanyakan kenapa tapi yang keluar hanyalah,..

"Kenghape?"

Mereka mula menunjukkan reaksi risau. Hoseok menghulurkan sebotol air mineral kepadaku dan aku segera meneguk, membasahi tekak.

"Jimin, dah lama ke kau kat luar?" soal Jackson menyuluh mukaku dengan lampu suluh. Dengan pantas, aku menolak tangannya kerana mataku silau diterangi
cahaya sinaran tinggi itu. Hoseok dan Yoongi membantuku berdiri tegak sambil aku berdehem, cuba memanaskan tekakku semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sial (BTS Malay FF)Where stories live. Discover now