Hanuel POV
Aku memandang kosong siling berhabuk itu sambil mengurut badanku yang kelesuan kerana letih melayan karenah setiap orang yang menemuiku tadi. Masing-masing melahirkan rasa teruja mereka dengan profesionku sebagai pereka fesyen terkemuka. Malah, Minah menyatakan hasratnya memintaku mereka gaun perkahwinannya nanti. Padahal, dialah orang yang selalu merendah-rendahku ketika zaman sekolah. Aku tersenyum pahit mengingatkan kisah lama itu.
Biarlah yang lepas, tinggal kenangan.Aku meregangkan otot-ototku sebelum bangkit, menyandarkan diri di kepala katil. Dalam benak hatiku, terasa debaran kecil yang membuatkanku sedikit resah.
Mataku melilau memandang sekeliling bilik ini. Aku tidak menyangka akan menduduki bilik ini semula selepas bertahun-tahun aku melarikan diri. Tempat yang sentiasa berbekas dalam ingatanku."Hei Hanuel, bila kau nak balik bilik kau? Kau dah tumpang bilik kitaorang dah nak dekat sebulan. Apa yang kau takut sangat dekat bilik tu?"
"Entah, bukannya ada roh si---"
"Diamlah."
Namjoon sememangnya komited dalam persiapan ini dan wajar diberi ucapan tahniah kerana mampu mendapatkan keizinan daripada pihak berkuasa untuk
menyewa 'SBP Busan' ini.Walaupun hanya dibenarkan untuk berada disini selama dua hari tapi itu sudah cukup bererti bagi kami semua yang merindukan zaman persekolahan yang gembira. Kami semua kecuali aku kerana dalam ingatanku hanya dipenuhi memori
pahit yang sepatutnya sudah lama kulupa. Aku sendiri tak tahu mengapa aku bersetuju menghadiri reunion di sini, sedar-sedar saja aku sudah di dalam kereta memandu ke arah timur Korea dan kembali hidup sebagai Hanuel bukan Aahley. Hanuel yang penuh dengan ketakutan.Tapi aku rasa kehadiranku mungkin disebabkan Taehyung. Telefonku mula berdering kuat menyebabkan aku terkejut sesaat.
"Hello."
"Ashley, kau kat mana ni?"
"Dekat reunion. You know my old high scho--"
"Are you kidding me?! Didn't you remember what it had done to you?!"
"Hayeon, trust me. Aku boleh jaga diri dan takkan biarkan perkara yang sama berulang."
"You're my sister for godsake! Tapi kau gila! Selama ni kau dah puas lari, kenapa kembali semul--"
"Hayeon, I got that you're worried tapi aku kena uruskan semua ni. I need to fix all my mistakes so I can finally rest in peace. Tolonglah faham."
Aku mendengar keluhan keluar dari mulut kakakku.
"Fine tapi Hanuel, jangan cederakan diri kau sendiri. Kau tahu kan anak kau takkan suka bila dia dapat tahu kau balik semula tempat tu. Budak tu dah besar, dah boleh faham."
"Jangan risau. Aku bukan Hanuel yang dulu dan tolong jagakan dia buat sementara waktu ni."
"Tapi sampai bila kau nak simpan rahsia ni?"
"Sampai aku selesaikan masalah ni dulu. Baru aku terus terang dengan dia."
"Erm, Hanuel...aku rasa aku dengar sesuatu dekat dengan kau. Macam suara--"
Bip bip bip.
Aku segera melihat ke skrin dan terkesima tatkala panggilan kami terputus talian. Lidahku kelu, mendengar kata-kata terakhir Hayeon. Apa yang dia dengar? Aku memeriksa kiri dan kananku dan
hanya perabot bilik itu menghiasi
pemandanganku. Kemudian, hembusan angin membuatkanku terpaku. Siapa yang buka tingkap aku? Bukan ke tadi tak boleh buka?Tiba-tiba, terasa tekak mengalami kehausan teramat lalu aku bingkas berdiri untuk mencari seseteguk air minuman.
Tetapi hajatku tergendala disaat aku terdengar bunyi ketukan pada pintu. Selimut yang sudah hampir jatuh ke lantai ku tarik dengan segera dan pura-pura terlena. Angin malam yang kian sejuk kebelakangan ini semakin menghembus kuat. Bunyi ketukan mula berganti dengan bunyi orang sedang membuka pintu. Aku memejam mata rapat-rapat sambil mendengar derapan tapak kaki itu menghampiri bucu katil. Kakiku terasa diusap perlahan sebelum ia mendaki ke tubuhku. Lenganku diusap dengan penuh kelembutan dan daripada gerak tangan, aku pasti pemiliknya ialah perempuan. Aku boleh meneka siapa tetapi aku enggan mengakuinya. Biarlah kehadirannya menjadi misteri. Hembusan nafas hangat menerpa ke dahiku sebelum ia bertandang di cuping telingaku.
YOU ARE READING
Sial (BTS Malay FF)
SpiritualDasawarsa ini, ku tak bisa menutup mata tanpa diselubungi sesalanku kepadanya, tanpa dibayangi imej senyuman pahitnya, tanpa kedengaran jeritan tangisannya, tanpa dia menarikku ke lembah hina, tanpa ku dicabut nyawa dan tanpa ku dicampak ke dalam ne...