˖⋆࿐໋₊ 18

380 65 14
                                    

+++

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+++

Cyaewon dan Taehyung masih berdiri di hadapan pintu bilik pesakit yang menempatkan Jungkook di dalam. Teragak-agak Taehyung ingin memulas tombol pintu itu kemudian terjah masuk dan terus mendakap Jungkook. Namun ego yang masih ada, Taehyung kembali statik berdiri. Nafasnya dihela kecil.

"Teruk ke keadaan dia?"

Cyaewon menoleh ke arah Taehyung. "Err awak masuklah tengok sendiri. Saya nampak macam jantung dengan hati dia berlubang tu---"

Mendengar sahaja ayat yang keluar dari bibir Cyaewon, Taehyung langsung merempuh pintu tersebut dengan kuat. Jungkook yang ingin melelapkan mata tersentak dengan kehadiran Taehyung yang sudah memandangnya dengan risau.

Belum sempat berkata apa-apa, bahagian tubuh Jungkook diraba-raba oleh Taehyung. Terkebil-kebil mata Jungkook melihat tindakan kawan baiknya ini.

"Taehyung... Kenapa?"

"Kau cedera kat mana? Jantung kau elok tak? Hati kau tak hancur kan seperti mana kau hancurkan hati aku? Hah Jungkook? Jawab aku!" Gelisah Taehyung dibuatnya.

"Taehyung aku okey, serius aku okey. Apa kau merepek ni? Aku terlantar kat sini sebab pengsan. Tu pun nasib Yoongi hyung bawa aku." Terang Jungkook ringkas. Sempat matanya menangkap kelibat Cyaewon yang mengintai di sebalik pintu.

"Tapi Cyaewon cakap...." Taehyung diam sekejap. Urat di tangannya timbul sambil mengetap giginya geram. Bongok lah pompuan tu!

Jungkook berdehem. "Jadi Cyaewon bagitahu kau pasal aku?"

"Tak." Taehyung duduk di atas kerusi bersebelahan katil. "Kitaorang terserempak kat bawah tadi."

Jungkook mengangguk faham. Kedua tangan disilang ke dada. Suasana sepi seketika. Dua-dua buntu tidak tahu memulakan perbualan. Seorang ego seorang lagi kekok.

"Taehyung."

"Jungkook."

"Kau dulu." Arah Taehyung.

"Kau dah bebas dan aku bersyukur sangat." Jungkook tersenyum.

"Terima kasih." ucap Taehyung. Jungkook menjungkit sebelah keningnya.

"Kau banyak tolong aku selama ni, Jungkook. Terima kasih." Kini senyuman kecil Taehyung terlihat. Sampai bila dia mahu beriak beku depan Jungkook? Bagilah muka manis sikit mana tahu cair.

"Aku nak mulakan hidup baru lepas ni." tutur Taehyung tanpa memandang Jungkook yang sudah beriak risau itu. Mulakan hidup baru? Maksud?

"Taehyung... Aku tak nak." geleng Jungkook sambil mengemam bibirnya.

Taehyung mengangkat kepala dengan kerutan halus di dahi. "Apa?"

GayGolo •KTH•Where stories live. Discover now