˖⋆࿐໋₊ 0 6

939 154 114
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»




"Uhuk uhuk!" Cyaewon terbatuk-batuk setelah mendengar kata-kata Jungkook tadi. Lantas hujung bibirnya dilap dengan tisu sebelum pandangannya kembali tertumpu pada Jungkook yang berada di hadapan.

"Awak cuba ulang lagi sekali." pinta Cyaewon.

Jungkook meraup rambutnya kebelakang sebelum mengeluh kecil. "Kenapa? Kau masih ingat yang aku ni ada perasaan yang sama dengan Taehyung? Oh please.... Tak." Katanya dengan yakin.

"Habis tu? Kenapa awak tumbuk dia semalam? Bukan ke awak cemburu bila tengok dia dengan perempuan lain?" Soal Cyaewon dengan wajah polos.

Jungkook terlopong. "Kau ni biul lah. Buat apa aku nak cemburu? Aku tumbuk dia bersebab. Dia dah janji takkan sesekali sentuh sebarang perempuan semasa dia ada kat sana. Tapi bila aku tengok kejadian tu, srs aku kecewa." Terangnya lagi.

Cyaewon semakin blur. Otaknya cuba memproses dengan apa yang berlaku. Tetapi masih tidak dapat, sekali lagi dia menyoal.

"Maksudnya? Jap kalau dia dah janji macam tu kenapa dia masih duduk sana? Kenapa awak tak keluarkan je dia dari situ? Apa guna dia jadi gaygolo --- maksud saya, err tapi dia dah sentuh pun kan perempuan lain? Tak suci lagilah----eh." Tersekat-sekat percakapan Cyaewon dibuatnya.

Jungkook tergelak kecil melihat tingkah laku Cyaewon yang tidak tentu arah itu. "Apa? Gaygolo? Lawaklah kau ni hahahah!"

Cyaewon tersengih kecil. "Awak jangan terasa pula. Tu nickname dia je." ujarnya perlahan.

"Ya aku faham maksud kau. Lagipun kau belum tahu cerita yang sebenar, kan? Meh aku cerita." Jungkook menyedut air minumannya sebelum membuka kisah Taehyung kepada Cyaewon.

"Dulu,zaman masa aku dan Taehyung tengah belajar kat sekolah, kitaorang memang rapat macam isi dengan kuku. Kalau ada masalah, masing-masing luahkan sesama sendiri. Susah senang aku dengan dia je. Sampailah satu hari, dia tetiba luahkan perasaan cinta kat aku. Masa tu aku ingat dia joke joke je tak sangka pula dia serius."

"Start sana, hubungan aku dengan dia renggang sikit. Bukan apa, aku rasa tak selesa bila berduaan dengan dia dan aku masih terkejut dengan luahan hati dia tu. Pelik, Taehyung ramai peminat perempuan tapi aku juga yang dia pilih. Mungkin aku lagi cantik dari diaorang."

Cyaewon membuat muka -_-|| . Jungkook ni sempat lagi puji diri sendiri.

"Habis je kitaorang belajar, aku dikejutkan dengan berita yang omma dia mati disebabkan kemalangan jalan raya. Aku tahu Taehyung memang perlukan seseorang untuk kuatkan semangat dia dan aku buat keputusan untuk rapat balik dengan dia. Even aku tak selesa, aku tetap juga stay dengan dia. Hari demi hari, aku dah biasa. Dia layan aku cam kekasih dia tapi aku buat tak tahu je."

GayGolo •KTH•Where stories live. Discover now