''Dia, menyimpan beribu luka di balik kata-kata tiada apa-apa''
SEPTEMBER 2015,
Cuaca redup. Matahari di kaki ufuk langit. Seperti balang enamel yang berisi ais. Angin petang meniup lembut pelepah pokok kelapa yang tegak seperti pengawal. Geseran demi geseran berbunyi daripada daun pokok yang berhampiran dengan sekolah itu.
Liana mula berjalan ke luar dari pagar sekolah sambil menuntun basikal merahnya. Pada masa tu, bunyi loceng sekolah paling dinanti-nantikan semua. Waktu-waktu semua pelajar dapat pulang ke rumah sebelum menghabiskan sisa pembelajaran yang membosankan.
Sejak umur 10 tahun, dia memang sudah terbiasa menunggang basikal ke sekolah. Membesar dalam keluarga yang berbeza, membuatnya tak boleh menyangkal takdir yang tertulis.Sangkaan pada mula tentang kehidupan asalnya gembira. Hidup saling melengkapi. Tinggal sederhana di sebuah rumah kayu baginya sudah cukup selesa. Mempunyai keluarga yang saling menyayang.
Namun siapa sangka kegembiraan dimiliki tak kekal lama.
Pilihan abah mengubah segalanya.Abah berubah setelah mendapat pekerjaan baru. Seminggu hingga sebulan lebih baru pulang ke rumah. Meninggalkan kami sekeluarga bertahan hidup sendirian.
Hingga satu hari kebenaran mula terbongkar. Merungkai segala tanda tanya yang selama ini berada dalam benak hati.Lelaki yang dianggap sebagai superhero dalam hidup Liana rupanya mengkhianati mereka.
Hanya tuhan saja tahu bagaimana rasa hatinya hancur berkeping-keping bila mengetahui Abah ada perempuan lain selain mak.
Dia tak pernah terfikir akan melalui takdir begini.
Biasanya, drama ini hanya dia tengok di dalam televisyen saja."Liana!" laung Sara, rakan baiknya yang sudah jauh di hadapan.
Lamunannya terhenti. Kelihatan rakannya itu mula berhenti mengayuh. Basikal biru itu menjadi peneman Sara ke sekolah.
Sara, rakan pertama yang mula berkawan dengannya. Disebabkan latar belakang Liana yang berbeza, orang lain tak mahu berkawan dengannya.
Gadis kecil itu bermata besar, berdagu runcing, bergigi arnab bahkan berkulit lembut.
Dari kecil lagi Sara dibesarkan oleh kakaknya memandangkan orang tua mereka terlebih dulu pergi menjemput panggilan sang Ilahi.
Mereka berdua bergantung antara satu sama lain melengkapi kekurangan masing-masing.Liana tersenyum hingga menampakkan gigi arnabnya. Kaki mula mengayuh basikal merah mendekati pemilik basikal biru itu.
"Siapa sampai depan dia menang!" kayuhan terus dilajukan meninggalkan Sara yang terkebil-kebil loading mencerna ayat darinya.
"Mana aci!''
Seperti sebuah riwayat hidup yang sentiasa bergerak dalam bulatan kehidupan.
Meniti hari demi hari yang tak pasti bila sampai ke penghujung lukanya.Basikal merah disandar di dinding kayu bawah rumah. Dia baru sampai. Sebuah rumah kayu yang ditambah ruangan di sebelah. Bahkan hanya menggunakan peliut dan juga zink rosak. Tanpa bumbung. Pintu zink yang memagari tepi rumah dibuka dari luar. Tak berkunci. Kening sambil tu berkerut.
Ira yang baru darjah tiga berlari-lari anak ke arah Liana yang tercegat di muka pintu kayu.
"Mak pergi mana?. Motor tak ada pun'' Soalnya tanpa basa-basi pada satu-satu adiknya ini. Badan penat baru balik sekolah. Jadi mood tak ada.
Dua tocang yang diikat di kepala digentel-gentel sambil menjawab gedik "Mak pergi urut..."
Sebelum kaki kecil itu berlari semula memanjat tangga kayu ke atas rumah.Liana sekadar menghantar pemergian adiknya itu. Dia tahu, tapi saja tanya. Teguran untuk kunci pintu pada adiknya pun dah hilang dalam fikiran.
Semenjak abah keluar dari rumah ini, mata pencarian duit diserahkan pada Maknya bulat-bulat. Semata-mata untuk mencari sebutir nasi memberi mereka makan. Hingga sampai ke larut malam baru maknya akan pulang dari mengurut orang. Kebiasaannya kalau pulang sampai larut malam sebab ramai orang menelefon mahu mengurut.
YOU ARE READING
Luka kehidupan
Adventure[BERDASARKAN TRUE STORY] Liana, Gadis mentah yang tumbuh penuh luka. Berasal dari latar belakang keluarga yang bermasalah. Hidup membesar dengan penuh konflik. Keadaan, memaksa gadis mentah ini menjadi dewasa walaupun dirinya tak mahu begitu. Jiwa m...