𝐬𝐞𝐯𝐞𝐧

3.5K 271 18
                                    

- aadheen and nazneen -


NAZNEEN memandang wajah lelaki di depannya tidak puas hati. Suka hati dia je tarik dirinya ke sini, ke taman lavender. Nasib cantik!

Dah lah suruh Nazneen bangun pagi-pagi, cuba memahami bakal isteri dia ni sikit. Orang penat, dah lah bukan selalu dapat cuti! Bila cuti suruh bangun awal pula.

"Tak payah nak muncung sangat lah bibir tu, bukannya cantik pun." selamba Aadheen berkata. Kinder beuno dihulur.

Laju coklat itu dirampas Nazneen, takde mood ni!

"Macam budak-budak." gumam Aadheen perlahan, bola matanya dipusing sebelum kaki melangkah meninggalkan gadis itu dibelakang.

"Woi jangan tinggal lah!" jerit Nazneen kuat sebelum berlari anak ke arah Aadheen. Nasib sahaja dia tidak memakai kasut tumit tinggi, kalau tidak percuma je tempah katil hospital.

"Tak tinggal pun lah! Cepat sikit jalan!" jerit Aadheen pula. "You tinggal kan? Jalan perlahan lah, tadi sibuk suruh orang ikut lepastu tinggalkan!" lantang suara Nazneen berkata. Tak puas hati betul aku dengan pakcik tua ni.

"Bising lah Nazneen Alara. Tak tahu malu ke? Cepat sikit jalan, lembab betul!" ujar Aadheen sebelum berjalan lebih laju, sengaja ingin mengusik gadis itu.

"Woi!" kakinya mula berlari ke arah Aadheen yang mula memasuki lorong-lorong taman lavender itu. Dan bermula lah aktiviti kejar-mengejar Aadheen Arian dan Nazneen Alara yang macam budak-budak tu.

Tak sedar diri umur dah tiga puluh tiga, dah lah kahwin lambat. Perangai macam kanak-kanak ribena, macam mana lah kalau ada anak. Anak pun nanti tak mengaku mak bapak!

Selepas sejam berjalan dekat taman lavender itu mereka bercadang untuk pulang, bukan balik hotel. Balik KL, kau fikir diorang ni rajin duduk situ lama-lama? Dua mangkuk workaholic ni mana boleh tinggal kerja lama-lama.

"Kita race siapa sampai restaurant tu dulu, dia menang tapi siapa sampai lambat kena belanja dinner. Deal?" sinis Nazneen menyoal, sebelah keningnya diangkat. Nescafé tin diletakkan dalam kereta Aadheen melalui tingkap.

Aadheen memandang wajah gadis itu lama, "Deal!" coklat kinder beuno pula di campak pada gadis itu. Setelah Nazneen memboloskan badannya ke dalam perut kereta, satu pesanan mesej terbit dari telefon bimbitnya.

Aadheen
- drive safe jangan nak bawak laju sangat, focus bawak kereta. kalau penat berhenti tepi jalan and tell me. Bye.

You
- hm thank you, you too bawak kereta elok-elok. Bye.

Pesanannya hanya di bluetick Aadheen, tapi apa dia kesah. Biar je lah, stereng kereta nya dipusing lalu kereta mewah beroda empat itu mula membelahi jalan raya yang kurang sesak itu.

Sekarang ni, Nazneen Alara nak menang! Belanja makan itu tak kesah, tapi dia yang ajak race. Itu yang dia kesah!

































































AADHEEN memandang wajah gadis didepannya itu tidak puas hati. "Cepat lah order." arahnya pada Nazneen yang tersenyum bangga. Mentang-mentang lah dia menang!

MR AND MRS RICH Where stories live. Discover now