DARI tempat duduk belakang aku memerhati Hazel yang terlena di mejanya.Mata aku kalihkan pada Afiq yang duduk disebelah Hazel, isyarat aku berikan pada Afiq agar dia beralih.Dia okay jelah memandangkan member dia duduk belakang aku dan kami bertukar tempat duduk.Kepala aku labuhkan diatas meja afiq lalu memandang hazel yang sedang lena.
Apa yang mampu aku katakan, cantik.Dia sangat cantik dalam apapun keadaan.Untuk katakan apa yang tersirat dalam hati aku pada minah ni ? Ya aku suka dia sejak kali pertama aku jumpa dengan dia.Dan perasaan tu bertambah dengan sikap dia yang sering bantu aku.
Selalunya aku tak tahukerja rumah mana yang nak salin dan malas nak bertanya.Dan dialah yang selalunya datang pada aku dan bagitahu mana yang kena salin.Sikap dia kasar tapi dalam pada masa yang sama baik tulah kot boleh buat orang tertarik.
Ktak !
"Anak dara orang uh Fad"Aku tersentak apabila Aisah mengetuk mejaku kuat.Dia memandangku tajam.Aku membalasnya dengan menghadiahkan jelingan tajam.
"Kau suka hazel ker ?"Soal Aisah.Aku diam lalu memandang kearah Hazel yang masih lena walaupun suasana kelas agak bising.
"Rasanya kau pun boleh tafsir"Soalan Aisah tadi aku balas.Sepanjang aku hidup ni , aku tak pernah terfikir nak suka sesiapa sebab aku jenis yang tak bergaul.Aku tak ambil peduli kalau dorang nak kawan aku atau tak.Tapi Hazel pula perlahan lahan cuba untuk masuk dalam hidup aku and she did dan sekarang dia buat aku ada lebih ramai kawan.
"Aku bukan nak patahkan semangat kau Fad.But for sure, better kau move on.Hazel tu milik orang"
"Milik orang ?"Aku memandang Aisah tajam.Apa maksud dia dengan perkataan milik orang ? Dia taken ker ? Tapi bukankah hazel ni dah berhenti couple couple ni ? Itupun aku tahu dari Ashraf.
"Tak ada apalah.Tapi aku sarankan kau move on, bro"Ujar Aisah lalu dia mengejutkan hazel.
"Ya aku tahu esok hujan.Tak yah kejut"Ujar Hazel dalam mamai.
"Woii !! bangun ngekkk ! kita kena g bengkel"Aisah menepuk nepuk pipi hazel.Aku tersengih tanpa sedar lalu berdiri dan menendang kerusi hazel.Buku rbt dalam beg aku ambil.
"Abahhh! "Hazel terjaga.
"Jom pergi bengkel haze.Kau nak Cikgu Aslinda membebel sebab lambat ker ?"Soalku pada hazel.Dia nampak blur sebelum mengangguk angguk kepalanya.Buku rbt dia ambil dari bawah meja.
"Aisah ! Kau nak ke mana?"Soal hazel pada Aisah yang berura ura untuk pergi.
"Aku ada cakap kan yang aku masuk pertandingan catur.Asal nak join?"Soal Aisah pada hazel.
"No thanks"Jawab Hazel.Aku melihat sahaja lalu berura ura melangkah pergi sebelum hazel menghalang langkahku dengan kakinya.
"Tunggu ah.Inilah member"Dia memukul bahuku dengan buku teks perlahan sebelum kami berdua sama sama menuju ke bengkel dan kebetulan terserempak dengan Taufiq dan Fizy.
"Ehh apa ni jalan ngan awek aku"Taufiq menegur.Aku pandangnya sekilas pandang.Pft, awek ?
"Siapa awek kau ? Duh"Hazel buat roll eyes.
"Kau lah"Ujar Taufiq.Hazel menunjukkan buku limanya lalu melangkah pergi dari situ bersamaku.Nak je bersuara tapi malas lagipun hazel bukan suka sangat dekat taufiq.Nak dibandingkan aku dengan taufiq, rasanya aku lebih kacak.Ya, tak dinafikan.
"Damn aku lupa bawa buku nota"Hazel menepuk dahi apabila tiba di bengkel.
"Haze ! duduk sini"Ally iaitu salah seorang murid yang agak femes dekat kelas sebab dia atlet yang berjaya memanggil hazel namun hazel memalau Ally sebaliknya mengambil tempat dibahagian belakang sekali.Aku turut mengikutinya, duduk ditempat belakang.
"Pergilah duduk dengan Ashraf.Jangan terlibat dengan kelab lonely k ? RAF ! kau tak kesian dekat Fadrel ker ? Kesian dia sesorang"Ujar hazel.Haih dia ni.
"Ehh fad sinilah"Panggil Ashraf.
"Tak apa.Aku nak duduk sini"Ujarku.Alah lagipun ada bangku jadi penghalang antara aku dan Hazel.
"Eh ?"Hazel memandang aku dengan seribu tanda tanya sebelum dia senyapkan diri.Buku lakaranku dia ambil lalu diteliti satu persatu.Lakaran aku dia betulkan.Itulah dia buat selalunya sebab dia takut aku kena marah dengan cikgu.Aku tak tahulah asal dia baik sangat padahal dengan dorang Ashraf semua mana ada dia baik.
"Kau suka aku eh haze ?"Soalku.
"Tak.Aku memang dah agak yang kau akan fikir macam tu.Kau nampak cam goodboy, that's why aku jadikan kau member"Balasnya namun matanya fokus membetulkan lakaranku.
"Kau buat lakaran tu janganlah tekan.Baik takyah lakar kalau kau tekan, dah tak nampak cantik"Bebelnya.
"Bahagian ni, tengok aku buat"Dia membuat segi empat bentuk kotak dengan menghasil garisan.Cara dia melakar betul betul nampak seperti seorang pelukis professional.
"Dah, kau buat pula"Dia menyerahkan buku dan pensel padaku lalu aku mengulangi caranya tadi.
"Perhatian pada kelas 4-6.Pada hari ni kelas 4-1 akan gunakan bengkel juga.Oleh itu janganlah start perangai beruk masing masing"Ujar Cikgu Aslinda lalu menjemput kelas 4-1 untuk masuk.Aku memandang hazel yang nampak gembira mendengar itu.Matanya pula tidak lepas daripada memandang pada satu arah.
fadrel end
Hazel melakarkan senyuman panjang lalu memandang kearah Kay yang sedang melangkah masuk kedalam bengkel bersama Nazim dan Ed namun pandangannya terganggu apabila Fadrel menampilkan lakarannya tepat dihadapan wajahnya.
"Okay tak ?"Soal Fadrel sengaja buat demikian.Sebab dia tahu, Hazel jenis yang teliti dengan lukisan jadi kalau lukisan tu tak mengikut cita rasanya dia pasti akan terganggu.
"Uhhh bukan macam ni lah.Ni bukan kotak dah namanya"Fokus hazel teralih pada lukisan sehingga tidak sedar bahawa Kay sudah mengambil tempat dikerusi bahagian tengah diantara hazel dan fadrel manakala nazim sebelah fadrel dan Ed sebelah nazim.
Fadrel yang melihat Kay selamba ambil tempat bahagian tengah nampak tak puas.Hazel pula masih tak perasan dan sibuk membetulkan lukisan yang memang dah tak ada harapan itu.
"Nah ! Aku dah lukis tutorial satu persat-"Ujaran hazel terhenti apabila matanya bertembung dengan Kay.
"Kay !"Hazel melakar senyuman panjang.Aww crush duduk kat sebelah.Nak jerit banyak banyak urhhh.
"Hi Kay"Syaza menegur Kay.Hazel lantas memandang syaza tajam.Dari segi gaya dan cara yang Hazel kenal sejak berapa tahun jadi classmate syaza ni,dia dah tahu yang Syaza nak ngorat Kay padahal dah adaa pakwe.Ceit.Jangan harap !
"Oh haah"Balas Kay dingin lalu melabuhkan kepala diatas meja berlapikkan buku teks hazel.Melihat riak wajah Syaza membuatkan hazel ingin melempiaskan ketawa.Hello ni Kay okay.Mana layan perempuan.
"Kay.Bukan ker kelas atas tak ambil subjek rbt ?"Hazel menyoal.Form 4 memang tak ada subjek rbt.Ada tu ada itupun terbuka pada murid kelas bawah.Itupun tak ramai yang ambil subjek ni selain kelas 4-6.
"Haah.Kitorang datang makmal sebab Cikgu Aslinda relief"Hazel meng'oh'kan sahaja.
"Hazel~"Ashraf mendekati hazel berserta dengan buku lakaran ditangannya.
"Tolong weii"Pinta Ashraf.
"Ada tangan kan ?"Hazel memaparkan riak wajah poker face.
"Alah kau tolong Fad boleh pula"Ujar Ashraf.Hazel merampas buku Ashraf.Tidak sempat dia ingin melabuhkan lukisan Kay bersuara.
"Are you slave ?"Soal Kay.
"Noo.Hazel memang suka lukis lakaran lakaran macam ni"Ujar Hazel.Kay diam dan hanya memerhati hazel yang fokus pada lakaran itu.
selain sibuk tengok kdrama, tak sangka hazel ada talent.

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋