07

499 36 0
                                    

Seorang lelaki yang berbadan sasa serta membawa tote bag berwarna merah jambu mendekati Tine sewaktu dia sedang berselera makan makanan yang dibeli tadi. Lelaki itu terus menepuk lembut bahu Tine dan terus duduk di sebelah Tine.

"TINEEEEEEEEEEEEEE!!!" Lelaki sasa itu menjerit perlahan di telinga Tine. Tine mendecit lalu menghentakkan pinggannya ke meja cafe.

"Ye aku dengarr la green mak kau hijau.." Tine terus beredar untuk letak pinggan yang telah digunakan. Green terus mengekori Tine sehingga ke kelas.

Tine memandang green yang sudah duduk di kerusi sebelahnya yang kosong.  Tine membuka telefon bimbitnya membuka instagram miliknya.

Pensyarah pun masuk dan semua memberi salam hormat kemudian duduk semula. Tine memandang green lama kemudian green pandang Tine kembali dengan senyuman manis di bibirnya.

"Eh kau ni sejak bila belajar sini pulak? Bukan kau dekat songhkla ke? sibuk je datang bangkok ni dah kenapa?" Tine memberi eyes roll kepada Green yang tersengih dari tadi.

"Aku rindu kau.. kau tak rindu aku ke?" Green bermain dengan dua jari telunjuknya. Tine hanya fokus dengan pensyarahnya yang berada di hadapan kelas.

Green hanya gigit bibir geram kerana Tine seperti tidak menghargai kehadirannya di Universiti tersebut.

"Tunggu aku yakin kau akan suka aku jugak nanti.." Green bermonolog di dalam hati. Dia terus fokus dan menyalin sedikit nota di buku notanya.

Selepas habis kelas mereka, Tine terus beredar dari kelas dan tidak menunggu kawan-kawannya seperti biasa. Phuak hanya memandang serong kepada green yang hanya menyendeng di sebelah Tine sejak dari tadi.

Fong pula berbisik ke arah Tine.

"Weh siapa jantan lembut ni ? kau kenal dia ke?" Fong hanya menjeling sekilas green yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Dia ni jiran aku dekat songhkla sana tu ha. tapi taktau kenapa dia boleh sambung belajar dekat sini pula. hm." Tine terus sambung membuat tesis yang tergendala sebentar tadi.

"Tineeee. aku bosan la hm jom lepas habis kelas yang last nanti kita pergi jalan-jalan boleh tak?" Green memandang Tine dengan puppy eyes yang tak berapa nak hanjing tu😵‍💫

"Haih dia ni aku malas betul nak berjalan dengan jantan sotong ni!" Tine bisik di dalam hati. Tine hanya membiarkan soalan Green tadi berlalu begitu sahaja. Green memeluk lengan Tine secara tiba-tiba dan melentokkan kepalanya di bahu Tine.

Tine yang tak selesa dengan perlakuan Green terus menarik lengan dan sambung bermain game di telefonnya.

"Tinee aku nak lentok kejap je dekat bahu kau. kedekut la kau ni." Green mencebikkan mulutnya lalu memandang ke tempat lain.

"Bahu aku ni hanya orang istimewa je yang boleh letakkan kepala dia." Tine menjeling ke arah Green. Kemudian dia mengajak kawan-kawannya yang lain terus beredar ke kelas mereka yang terakhir untuk hari itu.

Green memandang Tine dengan penuh rasa amarah yang meluap. Dia terus menelefon seseorang di telefonnya.

🌸🌸🌸

Sarawat yang baru lepas mandi melilitkan tualanya di pinggang sementara dia menuju ke dapur dan mengambil dua keping roti untuk dibakar.

Dia menunggu roti bakar sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan kain kecil di bahunya. Tiba-tiba dia terdengar ada orang yang membuka pintu utama di luar dan dia lihat ada seorang perempuan membuka pintu rumahnya.

Ahh shit here we go again! Noomnim a.k.a sepupu Sarawat. Dari kecil Noomnim cuba memikat hati sarawat tapi tahu je la hati sarawat kan sedingin ais dekat kutub utara!

The Vampire Is Mine [OG+HIATUS]Where stories live. Discover now