06

496 42 3
                                    

"Haih mana Tine ni? kita tunggu dia lama ni." Fong sudah merungut kerana kelaparan. Mereka sekarang bersama-sama kawan Sarawat. Man dan Boss hanya mendiamkan diri bermain dengan telefon bimbit masing-masing.

" Tine.. Bangun dah dekat pukul 9 malam dah ni ha kau tidur." Sarawat bisik ke telinga tine yang sedang tidur selepas mereka melakukan aksi terlarang (?) sebentar tadi.

Tine yang terbaring lemah di sisi sarawat hanya menggeliat kecil lalu bangun dan termenung sebentar sebelum dia kembali dari sedarnya.

Dia dan sarawat segera memakai baju dan seluar yang tadinya berselerak di atas lantai. lalu mereka terus ke tempat makan dimana rakan-rakan mereka sudah lama menunggu.

"Haih lambat sampai?" man hanya menjeling sekilas sarawat yang duduk di sebelah boss. manakala tine duduk di sebelah fong.

"Eh tine kau ni randuk hutan mana? sampai leher merah-merah?" Fong menilik sekilas leher tine yang berbekas merah akibat mulut sarawat yang nakal meninggalkan bekas di leher jinjangnya itu.

" er..err tadi aku makan keropok udang. aku kan alergik dengan udang. kau lupa?" Tine membela dirinya dengan alasan dia makan keropok udang.

"Tapi aku rasa tadi kita makan keropok perisa ayam.. mana datang perisa udang? kau ni agak -agak la bohong pun." Fong sudah mula menunjukkan muka tidak percaya akan kawan baiknya.

Boss berjalan perlahan ke arah Sarawat
dan berbisik perlahan ke telinga kawan baiknya.

"Weh tadi kau pergi mana dengan Tine? kau ragut kesucian TINE ke ha??" Boss menepuk kuat bahu Sarawat.

"Gelabah macam kau pulak yang aku ragut kesucian!" Sarawat selamba berkata dan ambil sebelah tempat duduk Tine. Tine terkejut lalu menolak Sarawat hingga jatuh ke pasir.

"Eh kau pergi la cari tempat lain! Tak ada tempat lain dah kau nak duduk?" Tine hanya menjeling Sarawat kemudian kembali memakan makanan laut yang digemarinya.

"Aik garang sangat tadi atas katil bukan main kau merengek ke–" Tine terus menumbuk muka Sarawat tanpa sengaja. Manakala kawan Sarawat dan Tine hanya saling memandang sesama sendiri.

"Apa hal dua orang tu? Dah macam laki bini aku tengok dorang ni?" Boss ajukan soalan kepada Phuak.

"Lah kau tanya aku? Aku lagi la taktau apa apa!" Phuak berkata sambil memandang Fong.

                         🌸🌸🌸

Selepas kejadian di percutian mereka itu, Sarawat dan Tine kembali dingin seperti sedia kala. Kadang-Kadang Sarawat akan lalu di hadapan kelas Tine supaya dia dapat melihat orang yang telah curi hatinya.

Manakala Tine pula masih lagi teringat saat mereka "bersama" di percutian pada hari itu. Dia pun tak pasti apa yang merasuknya pada malam itu sehingga dia dengan Sarawat boleh sejauh itu.

"Woi Tine kau ni dari balik bercuti hari tu kau macam tak senang duduk. Dah macam orang mati bini dah aku tengok muka kau." Fong menghirup iced matcha yang berada di hadapannya. Tine hanya mendiamkan diri apabila kawan-kawan bertanyakan soalan itu kepada dirinya.

"Tak ada apa la.." Tine menyuapkan telur gulung yang terakhir dalam pinggannya kemudian dia bangun mengangkat cawan dan pinggan untuk diletakkan di tempat yang disediakan di cafe.

Sedang dia letakkan pinggan, tiba-tiba ada tangan sasa yang pucat terus menarik nya pergi dari situ.

Tine yang masih keliru terus mengikut langkah orang tadi. Sedar dia sudah berada ada di bahagian bangunan belakang kolej mereka. Tine yang tersedar terus mengerutkan dahinya. SARAWAT!?!

"EH KAU TARIK AKU SAMPAI KE SINI KENAPA??" Tine sudah mula bingung kenapa dia boleh ada disitu dan macam mana dia boleh ada dengan lelaki sengal weng weng ni.

"Tolong a–aku. Aku lemah ni.." Sarawat yang bermuka pucat terus longlai di dalam dakapan Tine.

"Sarawat.. Sarawatt bangunn! Sejuknya kau ni.." Tine menepuk pipi Sarawat perlahan. Kemudian dia sedar Sarawat pengsan terus dia memapah Sarawat balik ke biliknya.

Sampai di bilik Tine, Tine terus membuka baju dan selimutkan Sarawat hingga paras bahu.

Tine perhatikan badan Sarawat yang sejuk menggigil terketar-ketar. Kemudian Tine mendapat idea. Dia pergi ke bahagian dapur di dalam biliknya kemudian dia ambik pisau dan hiris tangannya sehingga berdarah.

Tine ambil cawan kemudian dia menitikkan darah ke dalam cawan sehingga dia rasa sesuai dengan sukatan untuk Sarawat.

Dia kembali ke katil dan dia ambil sudu untuk ambil darah di dalam cawan. Dia suakan sudu itu ke mulut Sarawat. Dengan rakus Sarawat menghirup darah tersebut sehingga habis darah yang berada di dalam cawan tadi.

Tine ambil plaster kemudian dia tampal di tapak tangannya. kemudian dia mengambil tuala kecil dan besen berisi air untuk tuam kepala sarawat. Dia perah kain yang lembap itu kemudian dia letak di atas kepala Sarawat.

Sarawat sedikit menggeliat kemudian dia tidur kembali. Tine meneruskan kembali menuam kepala Sarawat sehingga suhu badan sarawat menjadi suam seperti sedia kala.

Mata Tine semakin memberat dan dia terus meletakkan kepalanya di kepala katil berhampiran Sarawat.

🌸🌸🌸

Sarawat yang baru sahaja baru bangun tidur terus memisatkan matanya. Dia memandang sekeliling dan dia tersedar dia bukan berada di biliknya. Sedang dia bangun , dia tersedar ada satu tangan kecil yang memegang tangannya.

"Ahh Tine.. aku yang tarik dia siang tadi.." Sarawat memandang Tine lama kemudian dia bangun dan angkat badan Tine letakkan di atas katil. Dia dan Tine masuk ke dalam selimut menghangatkan badan mereka. Dia memeluk erat Tine di dalam pelukkannya.

Sepanjang malam mereka tidur berpelukkan menghangatkan diri mereka pada malam yang sunyi dan sejuk.

Tine rasa ada sinaran matahari yang masuk ke dalam biliknya dan dia membuka perlahan matanya. Ahh dah siang! Dia terus beralih dan melihat tangan sasa sarawat melingkari pinggangnya.

Dia terkejut. Semalam dia berada di tepi katil bangun pagi dah ada dekat sebelah sarawat. Dia hanya memandang sarawat yang pulas tidur di sebelahnya. Dia memandang lama muka sarawat yang putih tanpa cela atau jerawat di muka itu.

Sarawat yang bangun tidur membuka mata memandang Tine yang sedang tekun memandang mukanya. Sarawat tersenyum lalu dia mencium lembut dahi Tine.

Tine terkaku lalu terkentut dengan perlakuan Sarawat sebentar tadi. Dia terus membenamkan mukanya ke bantal miliknya. Sarawat mendapat idea nakal di otaknya. Dia menarik perlahan bantal yang Tine tekup mukanya kemudian Sarawat terus mencium seluruh muka Tine tanpa henti.

"WEHH SUDAH AKU GELIII!! " Tine terus berlari dari katil menuju ke bilik air. Sarawat duduk kembali di katil sambil tersenyum senget.

Tine yang sudah siap mandi beredar keluar dari bilik air. Dia melihat bayang sarawat sudah tiada dalam biliknya. Dia bergerak ke arah lokernya untuk mengambil seragamnya.

Dia ternampak satu nota kecil berwarna kuning. Ada tulisan yang agak unik di atasnya.

Thank you semalam jaga waktu aku demam. ily❤️ -your vampire-

-To Be Continue-

The Vampire Is Mine [OG+HIATUS]Where stories live. Discover now