Bab 3

371 23 2
                                    

Luna menarik tangan Adrian dengan senyuman lebar tidak lekang dibibir gadis itu.

"Adrian awak duduk sini. Biar saya pergi ambilkan pinggan dekat dapur tau. Awak jangan pergi mana-mana." Sempat Luna berpesan sebelum dia berlari kecil ingin mengambil pinggan di dapur.

Puan Ramona dan Encik Yusuf berpandangan antara satu sama lain. Perangai Luna berubah 360° bila dengan Adrian.

Tolong ambilkan pinggan!?

Anaknya itu kalau makan nasi pun pinggan sendiri orang lain yang kena ambilkan.

'Ya Allah, kenapa rasa awkward sangat ni!' Raung Adrian dalam hati.

Walaupun ibu bapa Luna sudah mengenali Adrian sejak Luna pertama kali bercinta dengan lelaki itu lagi namun perasaan janggal dalam diri lelaki itu masih menguasai. Jadi dia hanya beriak biasa di hadapan Puan Ramona dan Encik Yusuf setiap kali Luna bersikap begitu.

"Adrian! Ni pinggan awak dengan saya. Ini untuk mummy dan yang ni untuk daddy." Luna kembali dengan membawa 3 buah pinggan bersamanya. Cukup untuk mummy dan daddynya dan untuk dia dan Adrian dalam satu pinggan.

Sengaja dia mahu berkongsi pinggan dengan lelaki itu.

Perbuatan Luna sekali lagi membuatkan Puan Ramona dan Encik Yusuf membalas pandangan masing-masing.

Amboi-amboi orang yang dah kahwin ni pun makan pinggan suku-suku. Dia gatal nak makan pinggan sekali.

"Satu pinggan untuk kita berdua?" Soal Adrian janggal. Bola matanya beralih memandang Puan Ramona dan Encik Yusuf.

Jelas kelihatan ibu bapa Luna itu tidak selesa dengan sikap Luna.

"Iya. Kita makan sekali. Awak suapkan saya boleh?" Pinta Luna lembut. Kali ini betul-betul mencabar kesabaran Puan Ramona.

"Luna! Makan sendiri! Jangan susahkan Adrian boleh tak?" Puan Ramona bersuara tegas.

Luna yang terasa dengan tengkingan Mummynya itu terus bangun dari kerusi dan berjalan kasar ke arah bilik.

"Luna! Luna!"

"Luna!"

Panggilan Encik Yusuf dan Adrian tidak diendahkan oleh Luna.

"Uncle boleh saya pujuk Luna?" Adrian meminta dengan sopan. Adrian tak senang duduk. Walau macam mana pun dia perlu memujuk gadis itu.

"Adrian. Kamu tak perlu pun manjakan sangat Luna tu. Semakin kamu layan perangai dia makin dia meminta-minta." Nasihat Puan Ramona.

"Betul tu Adrian. Lepas ini kamu tak payahlah belikan apa-apa yang Luna minta. Biar kami saja yang belikan untuk dia. Lagi pula Luna tu tanggungjawab kami bukan kamu." Tambah Encik Yusuf pula.

"Uncle Aunty. Saya tak pernah rasa yang Luna tu menyusahkan hidup saya. Kebahagiaan Luna adalah kebahagian saya. Jadi saya tak pernah kisah berapa hanyak duit saya perlu habiskan untuk dia. Dan saya masih boleh layan perangai manja Luna tu. Uncle dan Aunty sendiri tahu yang Luna bukan manja dengan saya seorang tapi dia manja dengan semua orang yang dia rapat. Jadi saya tak kisah kalau itu yang dia inginkan. Janji saya nak dia bahagia bila dengan saya." Jelas Adrian panjang lebar.

Entah dari mana dia mendapat keberanian untuk bersuara.

"Boleh saya pujuk Luna?" Pinta Adrian lagi.

Puan Ramona dan Encik Yusuf hanya mengangguk kecil.

Perlu dipujuk juga budak itu. Kalau mereka yang pujuk entah bila nak baiknya. Kalau Adrian yang pujuk cepat saja gadis itu tersenyum semula.

"Terima kasih uncle aunty." Ucap Adrian sebelum mencapai pinggan yang sudah berisi sate ayam itu.

DARK MOONWhere stories live. Discover now