My Love - DY

118 9 86
                                    

Daeyeol berjalan memasuki ruang kerjanya. Pada tengahari itu, dia berasa amat penat kerana dia terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat yang diadakan pada hari tersebut.

Daeyeol membuka kot yang dipakainya dan disangkut ke rak yang terdapat dalam ruang kerjanya. Dia menghempaskan diri ke atas sofa yang berdekatan. Daeyeol menutup matanya sambil tangan kanannya diletakkan di atas dahi. Dia menghela nafas untuk menghilangkan penat yang menyerbu dirinya.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu pejabatnya diketuk kedengaran. Daeyeol menoleh dan kelihatan seorang anak kecil memandangnya dengan bersemangat.

"Papa!" seru anak kecil itu.

Daeyeol mengalihkan tangannya dan membetulkan duduknya. Daeyeol merentangkan tangannya membuatkan anak kecil itu berlari masuk ke dalam dakapan Daeyeol.

"Aera datang dengan siapa, hm?" tanya Daeyeol sambil mencium ubun-ubun anaknya.

"Aera datang dengan mama dan adik," kata Aera. Daeyeol memandang ke arah pintu dan kelihatan isterinya, Chaeyeon berdiri di sana.

Daeyeol bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah isterinya itu. Dia menarik isterinya ke dalam dakapan dan menuntun isterinya ke arah sofa dengan perlahan.

"Kenapa datang sini? Kesian awak penat," kata Daeyeol sambil mendudukkan Chaeyeon bersebelahan anaknya, Aera yang sedang bermain dengan anak patung arnab kesayangannya.

Chaeyeon tersenyum ke arah Daeyeol sambil mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

"Tak boleh ke saya datang sini? Adik rindu awak," kata Chaeyeon sambil mengusap perutnya yang kelihatan besar disebalik baju yang dikenakannya. Daeyeol mengalihkan pandangannya ke arah perut isterinya.

"Aegi rindu papa? Papa pun rindu aegi," kata Daeyeol sambil mengusap perut isterinya.

Tiba-tiba, terasa tendangan dua kali dari dalam perut isterinya membuatkan Chaeyeon meringis perlahan manakala Daeyeol kelihatan bersemangat.

"Mama kenapa? Sakit ke?" tanya Aera yang melihat muka mamanya menahan kesakitan.

Chaeyeon menggelengkan kepalanya seraya mengusap kepala anak kecil berusia lima tahun itu.

"Mama okay, sayang. Aera nak rasa adik?" tanya Chaeyeon mendapat anggukan yang laju daripada Aera. Chaeyeon tertawa lalu mengambil tangan mungil anaknya dan diletakkan di atas perutnya. Tendangan daripada dalam dapat dirasakan oleh Aera saat telapak tangannya diletakkan di atas perut mamanya.

"Mama! Adik tendang!" seru Aera sambil memandang muka mamanya dengan bersemangat. Chaeyeon tersenyum kepada Aera.

"Adik jangan buat mama sakit tau. Kesian mama," kata Aera lalu mengucup perut Chaeyeon yang dilapisi baju itu. Hati Daeyeol dan Chaeyeon menghangat melihat tingkah laku Aera.

"Papa, tadi mama dengan Aera ada buatkan makanan untuk papa. Papa makanlah," kata Aera kepada Daeyeol.

Aera turun dari kerusi dan membawa bekas makanan yang terletak di atas meja itu mendekati papanya.

"Aera dengan mama masak apa?" tanya Daeyeol mendekati anaknya itu.

"Mama masak bibimbap dengan... apa mama?" Aera menoleh ke arah mamanya.

"Japchae sayang," jawab Chaeyeon.

"Ha.. Japchae. Lepastu, Aera tolong mama buat cheese stick juga tau papa," kata Aera.

Daeyeol membulatkan mata melihat makanan yang banyak di atas meja itu.

"Awak buat semua ni?" tanya Daeyeol sambil memandang Chaeyeon dengan pandangan tidak percaya. Chaeyeon senyum ke arah Daeyeol sambil menganggukkan kepalanya.

[OG] SunshineWhere stories live. Discover now