School Festival - SM

4 0 0
                                    

Seungmin kini sedang sibuk latihan. Kurang dua minggu sahaja lagi sekolah akan mengadakan sebuah festival dan Seungmin akan membuat persembahan nyanyian bersama band sekolahnya; Aethernoon.

Guitarist Aethernoon iaitu Jaehyun memberhentikan petikan gitarnya lalu memandang drummer Aethernoon; Jibeom.

"Jibeom, you're half beat late." kata Jaehyun.

"Sorry. Aku masih belum dapat match dengan beat asal." kata Jibeom.

"Festival tinggal lagi dua minggu masalahnya." kata Jaehyun.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Aku baru je join jadi drummer less than 3 days. Kau nak expect apa?" tanya Jibeom dengan nada yang sedikit meninggi.

Joochan yang merupakan pianist dan leader Aethernoon itu segera menghentikan perbalahan antata Jibeom dan Jaehyun kerana tidak ingin pergaduhan besar berlaku.

"Latihan kita sampai sini sahaja. Jaehyun dan Jibeom, pergi sejukkan diri korang berdua. Esok kita sambung latihan lagi." kata Joochan.

"Aku pergi dulu." kata Seungmin setelah mengemas barangnya. Joochan mengangguk.

**********

Seungmin pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Sebenarnya, boleh sahaja pemandu peribadi keluarganya menyambilnya namun Seungmin menolak dengan alasan ingin berdikari.

Sesampainya Seungmin di rumah, dia terus ke dapur dan mendapati mamanya sedang memasak.

"Ma, ini barang yang mama kirim tu." kata Seungmin sambil meletakkan barang yang sempat dibelinya di kedai kecil berdekatan dengan rumahnya.

"Terima kasih, Seungmin-ah. Mama lupa nak beli tadi sebab tergesa-gesa nak balik sebab ada orang datang rumah tadi." kata mamanya.

"Siapa yang datang?"

"Kawan mama yang duduk dekat London. Dia baru pindah ke sini. Oh, mama dengar yang anaknya satu sekolah dengan kamu."

"Siapa? Setahu Seungmin tak ada berita ada budak baru." kata Seungmin.

"Anak dia memang sekolah dekat sini sebab duduk dengan nenek dia."

"Oh. Mama, Seungmin naik atas dululah. Nak mandi."

"Okey, nanti turun makan ya."

"Okey, mama." kata Seungmin sebelum berlalu ke biliknya yang terletak di tingkat dua rumah itu.

**********

Di biliknya, Seungmin membuat kerja sekolahnya sambil bernyanyi kecil lagu yang akan dia persembahkan nanti di festival sekolah.

"Seungmin-ah, turun makan!"

Mendengar jeritan sang mama, Seungmin terus berjalan turun ke tingkat bawah. Kelihatan mamanya sudah duduk di meja makan.

"Mari makan." ajak sang mama. Seungmin terus duduk dan mengambil lauk sampingan yang ada di atas meja.

"Latihan kamu macam mana tadi? Okey ke?" tanya mama.

Sudah menjadi rutin sang mama untuk menanyakan keadaan seharian anaknya di sekolah. Dia suka mendengar sendiri cerita daripada anaknya itu.

"Latihan hari ini okey sahaja. Cuma ada gaduh sikit."

"Gaduh? Siapa yang bergaduh? Seungmin ke?" tanya sang mama dengan nada yang risau.

"Bukan gaduh. Dia macam perbalahan kecil je. Bukan Seungmin. Tapi, Jibeom dengan Jaehyun. Ceritanya, Jibeom kan baru masuk Aethernoon sebagai drummer dan dia masih belajar lagu yang akan kami nyanyikan. Jadi, tadi waktu latihan Jibeom main satu beat lambat dari beat asal. Jaehyun tak puas hati dan terjadi perbalahan antara mereka." cerita Seungmin. Mamanya mengangguk tanda faham akan cerita anaknya.

[OG] SunshineWhere stories live. Discover now