Bab 35

653 61 9
                                    

   Pintu bilik kurungan yang menempatkan Aniesha itu dibuka dengan kasar dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Pintu bilik kurungan yang menempatkan Aniesha itu dibuka dengan kasar dari luar . Aniesha yang lena di atas kerusi itu membuka matanya perlahan - lahan .

Sesekali dia mengerang kesakitan akibat ikatan yang agak ketat pada tubuhnya . Wajahnya agak pucat akibat kehilangan darah dan tidak diberi makan dalam masa tiga hari .

Bibirnya merekah akibat kering . Kepalanya terasa berpinar - pinar apabila bilik yang gelap sebentar tadi bertukar menjadi terang benderang .

Matanya ditutup perlahan sebelum nafas ditarik lalu perlahan - lahan dibuka kembali . Dia memandang wajah Khuraizi yang berdiri dihadapannya bersama senyuman jahat .

"To...long le..paskan aku ."wajah pucatnya hanya dipandang sekilas oleh Khuraizi .

Tangannya bergerak mengarahkan anak buahnya supaya membuka ikatan pada tangan dan kaki Aniesha . Aniesha yang sudah diseksa selama tiga hari serta tidak menerima sebarang makanan dan minuman jatuh ke lantai tanpa sebarang penahan .

Perlahan - lahan Khuraizi duduk mencangkung dihadapan Aniesha . Rambut Aniesha dicengkamnya dengan kasar supaya memandang kearahnya .

"Aku tak nak cakap banyak . Aku akan bebaskan kau dengan satu syarat ."senyuman jahat langsung tidak terpadam dari bibirnya .

Mata Aniesha memandang wajah Khuraizi penuh pengharapan . Khuraizi tergelak sinis saat melihat sinar harapan di dalam mata Aniesha itu .

"Kau kena tunjukkan aku dekat mana villa Tengku Rayyan ."keningnya dijongketkan kearah Aniesha bersama senyuman sinis .

"Aku tak tahu ."dengan bersusah payah Aniesha menuturkan ayat itu .

Tekaknya terasa perit akibat sudah tiga hari dia tidak dapat meneguk air . Genggaman Khuraizi pada rambut Aniesha diperkemaskan .

"Don't worry . Aku akan bawa kau ke tempat yang abang aku jumpa kau . Kita akan slow - slow redah hutan tu ."rambut Aniesha dicengkam sambil dia bergerak bangun dari duduknya .

Aniesha terpaksa mengikut pergerakan Khuraizi akibat cengkaman tangan lelaki itu . Dia hampir sahaja tersungkur ke lantai akibat tubuhnya yang lemah itu .

Khuraizi mulai melangkah keluar dari bilik itu bersama Aniesha yang sesekali merengis kesakitan akibat tarikan pada rambutnya . Khuraizi langsung tidak menghiraukan Aniesha yang kesakitan itu .

Mereka berdua terus melangkah keluar dari rumah agam itu . Langkah kaki mereka terhenti dihadapan sebuah kereta audi .

Mata Aniesha menangkap kelibat Khai yang duduk dibahagian pemandu itu . Khai hanya memandang Aniesha secara sekilas sebelum mengalihkan pandangnya kearah lain .

Bonet / but kereta dibuka oleh salah seorang anak buah Khuraizi itu . Wajah Aniesha semakin pucat saat Khuraizi mengheretnya kearah bonet / but kereta itu .

Knightz Vs DarkroseWhere stories live. Discover now