Chapter 4

2.3K 165 4
                                    

Pagi itu, Seulmi bangun lebih awal daripada biasa. Dia turun ke bawah dan nampak pembantu-pembantu rumahnya sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan untuk dihidangkan kepada tetamu yang akan datang ke Garden Tea Partynya yang akan berlangsung pada petang ini sempena hari lahirnya. Dia menyinsing lengan untuk membantu tetapi Puan Lee menghalangnya.

"Saengil chukkae, my pretty daughter. Hari ni tak payah buat apa-apa sangat, omma dah aturkan kesemuanya, sayang. Nanti pukul 9 baru Leemi periksa semuanya, sama ada sesuai dengan citarasa Leemi ke tak." ujar Puan Lee.

Seulmi mengukir senyuman dan menganggukkan kepalanya.

"Arasseo, omma. Oppa mana?"

"Oppa dekat sini."

Seulmi menoleh. Dia berkerut dahi apabila melihat Jong Suk menghampirinya dengan beg kertas di tangannya.

"Saengil chukkae, nae dongsaeng~ Nah, pakaian Leemi untuk majlis petang nanti. Don't worry, it's not so revealing." kata Jong Suk.

Seulmi memeluk Jong Suk selama 20 saat sebelum merungkaikannya. Dia menyambut beg kertas itu.

"Gomawopta, Leesuk oppa~" ucap Seulmi dengan senyuman gembira.

Jong Suk menggosok kepala Seulmi.

"Anything for my gorgeous little princess." balas Jong Suk.

Seulmi menaiki tangga menuju ke biliknya. Beg kertas diletakkan di atas meja belajar. Dia membaringkan tubuhnya semula dan membuka telefon bimbit untuk meng'online' facebook, instagram dan twitter. Dia ketawa kecil apabila melihat kebanyakannya sudah bangun awal pagi dan memuat naik gambar almari mereka yang terbuka luas dengan caption "Baju apa eh nak dipakai untuk school heartthrob's birthday nanti?"

Seulmi menggelengkan kepalanya berkali-kali apabila membaca newsfeednya yang penuh dengan keluhan orang ramai hendak pakai baju apa bagi menghadiri majlisnya.

"Pakaian kasual yang biasa-biasa sahaja sudahlah. Temanya pun 'Garden Tea Party'. Takkanlah nak pakai baju dress macam nak pergi clubbing pula." omel Seulmi.

Dia meninggalkan komen terima kasih kepada orang yang mengucapkan hari lahirnya di timeline dia. Semua pesanan ringkas yang dia dapat, dibalas dengan sebaik mungkin.

Dia khusyuk membalas satu persatu mesej dan post di twitter, facebook, instagram dan juga pesanan ringkas yang dihantar pada telefon bimbitnya tanpa menyedari masa berlalu dengan pantas.

"Saeng! Keluarlah, takkan nak terperap dalam bilik je kut? Dah pukul 9! Meh, tengok decoration dekat luar!" Kedengaran suara Jong Suk memanggilnya diselangi dengan ketukan bertalu-talu pada pintu.

"Nae, oppa! Chakkaman!" balas Seulmi sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas bantal lalu segera keluar dari bilik.

Dia mengekori oppanya ke halaman rumahnya. Kelihatan meja dan kerusi berwarna putih tersusun kemas. Di setiap meja pula terdapat jambangan campuran bunga carnation berwarna putih dan merah jambu. Di tengah-tengah susunan meja, terdapat meja berlapikkan light pink yang sudah tentunya dikhaskan untuk keluarganya.

Dua meja panjang di hujung dikhaskan untuk meletakkan makanan itu pula berwarna merah jambu juga. Kelopak bunga ros berwarna merah jambu bertaburan di atas rumput.

Walaupun semuanya berwarna putih dan merah jambu, ia bukan bermakna Lee Seulmi seorang yang gedik. Ianya terjadi kerana bunga kegemarannya bunga carnation, bunga yang senang didapati berwarna merah jambu.

"So, macam mana?"

Seulmi menoleh. Jong Suk berdiri di belakangnya dengan tangan diseluk ke dalam poket.

Love Game (BTS J-hope/Hoseok) [COMPLETED]Where stories live. Discover now