Chapter 9

1.7K 153 2
                                    

Seulmi datang ke rumah J-hope 2 jam lebih awal dari masa majlis bermula apabila pagi tadi dia mendapat pesanan ringkas daripada J-hope supaya datang awal 2 jam. Dengan jantung yang berdebar, dia menekan loceng.

Tidak lama kemudian, omma J-hope, Puan Jung membuka pintu. Dia agak terkejut apabila melihat Seulmi.

Seulmi dan Puan Jung berpandangan selama beberapa minit.

"Ehm.. Ommonim?" tegur Seulmi perlahan.

Puan Jung tersedar. Dia terus memeluk Seulmi membuatkan Seulmi terkejut.

"Leemi! Omma rindu Leemi sangat! Mana Leemi pergi selama ni? Kenapa tak jenguk omma? Omma risaukan Leemi tau tak?!" soal Puan Jung bertubi-tubi.

Seulmi membalas pelukan Puan Jung.

"Leemi ingatkan ommonim tak nak tengok muka Leemi selepas kemalangan itu berlaku." ujar Seulmi.

"Mana ada. Hakikatnya, omma nak Leemi ada. Supaya kita berdua boleh sama-sama jenguk J-hope. You're still my daughter-in-law after all." balas Puan Jung sambil meleraikan pelukan.

"Mianhaeyo, omma. Leemi mungkin bukan lagi." kata Seulmi sambil menunduk.

"Tapi Leemi masih sayangkan J-hope kan? Buktinya, Leemi masih pakai cincin pertunangan kalian berdua." soal Puan Jung sambil menunjuk sebentuk cincin silver yang mempunyai sebutir berlian kecil tersarung di jari manis Seulmi.

Seulmi tersenyum nipis.

"Omma, mana J-hope? Dia yang suruh Leemi datang awal pagi tadi." soal Seulmi cuba mengubah topik.

"Dia ada dekat atas. Tidur lagi agaknya. Leemi kejutkanlah dia. Baju Leemi tu Leemi letaklah di bilik tetamu sebelah bilik J-hope. Sekejap, Leemi masih contact dia ke?" balas Puan Jung.

Seulmi menganggukkan kepala. Dia mengatur langkah ke bilik tetamu dan meletakkan beg berisi pakaiannya untuk majlis J-hope di atas katil. Kemudian, dia masuk ke dalam bilik J-hope. Seperti yang dikata oleh Puan Jung, dia masih tidur dengan lena di atas katil.

Seulmi memberanikan diri menghampiri J-hope. Dia agak kaget apabila melihat wajah J-hope yang tersenyum dalam tidurnya.

"Seulmi.." panggil J-hope perlahan.

Seulmi tersentak. Dia menyangka J-hope sudah bangun tapi tidak pula. Masih nyenyak tidur. Seulmi menunggu perkataan yang akan diucapkan seterusnya oleh J-hope.

"Saranghae." ucap J-hope sambil tersenyum-senyum.

Mata Seulmi membulat. Dia cepat-cepat menggoncang tubuh J-hope dengan agak kasar tanpa henti. Setelah beberapa minit kemudian, barulah J-hope terbangun. Seulmi menghentikan goncangannya apabila melihat J-hope menggeliat.

"Oh, Seulmi. Awak dah sampai rupanya." sapa J-hope sambil duduk.

"Pada hari lahir awak, boleh pula awak tidur nyenyak. Bukannya nak tolong ke apa." bebel Seulmi.

"Mianhae. J-hope penat sangat lepas siapkan speech." balas J-hope.

"Speech apa?" soal Seulmi sambil menjongket kening.

J-hope tersengih.

"Adalah. J-hope harap Seulmi boleh tunggu." balas J-hope.

Seulmi menganggukkan kepala.

"Sekarang, pergi mandi, bersiap dan berlatih lah speech J-hope tu. Seulmi nak tolong omma J-hope." arah Seulmi. Dia meninggalkan J-hope yang masih terpisat-pisat.

Love Game (BTS J-hope/Hoseok) [COMPLETED]Where stories live. Discover now