03

24 9 0
                                    

" Lyn. Lambat kamu balik. " Tegur Puan Sri Abella. Adelyn menggaru kening yang tidak gatal. Takkan dia hendak beritahu ada orang langar dia , dan makanannya tertumpah pada baju ? Mahunya disaman budak lelaki tadi. Bukan dia tidak kenal dengan perangai mamanya yang over protective.

" Tadi jalan jamed. Itu yang lambat. " Alih Adelyn. Puan Sri Abella hanya mengangguk kecil. Adelyn meminta diri untuk naik ke bilik. Dia mengatur langkah menuju tangga yang berada di sudut kanan ruang ini.

Baru sahaja beberapa anak tangga dinaiki , dia terpandang sosok tubuh adik angkatnya.

" Nia !! " Laung Adelyn dan berlari mendapatkan Dania. Lama betul Dania tidak melawat keluarga angkatnya.

" Astaghfirullah. Kau ni kan ! Suka sangat terkejutkan Aku. " Marah Dania. Lengan Adelyn ditampar manja. Atototo.

" Alah bukan selalu. Engkau tu pun bukan selalu sangat datang melawat sini. Nak harap setahun sekali pun belum tentu. " Gurau Adelyn. Mereka memang akan berbual kasar sebegini. Kenapa ? Sebab kalau nak ber-akak ber-nama bagai , mesti akan rasa janggal. Dania mencebik.

" Dahla. Jom naik. Aku ada gosip ni. Muahahahah. " Adelyn menggeleng kecil. Itu sajalah kerja si Dania ni. Gosip gosip gosip ! Bila nak bertaubat pun tak tahu.

----

Ting ! Tong !

" Mummy !! Ada orang datang ! " Laung Adrian yang sedang menuruni anak tangga.

" Tolong lah tengok kan. Itu pun nak bahitahu mummy ke ? " Balas Tengku Dayana di dapur. Ada tetamu bukannya pergi buka kan pintu.

Adrian melangkah laju ke arah pintu utama sebelum pintu itu dibuka luas. Seorang gadis manis tinggi lampai tersenyum. Adrian terkedu.

" Hai Ian- "

" Jangan panggil aku Ian. Kau tak layak nak panggil aku dengan nama tu. " Tegas sahaja suara yang dilontarkan oleh Adrian. Benci dia melihat wajah gadis di hadapannya ini

" Eh , Ian. Kenapa tak ajak dia masuk ? " Tegur Tengku Dayana. Kakinya melangkah mendekati Adrian yang berada di muka pintu utama.

" Eh , Liya. Masuklah. Kenapa tak bagitahu kalau nak datang ? " Sapa Tengku Dayana mesra. Adrian masih lagi dengan muka ketatnya. Malas ingin berlama disitu , dia terus berlalu naik ke biliknya. Tengku Dayana hanya menghantar kelibat anak teruna nya. Faham benar dia mengapa anaknya bersikap sebegitu.

" AARRGHH!! " Jerit Adrian di dalam hati. Rambutnya dikusutkan. Matanya memerah akibat menahan marah. Kejadian tiga tahun lepas mula berlayar di ruang memori.

" Kak. Jomlah kita balik. Ian tak sedap hati lah. Kita balik ye ? " Pujuk Adrian. Hatinya terasa gelisah. Kenapa pun dia tidak tahu. Yang dia tahu sekarang , dia harus pulang ke rumah !

" Isy ! yelah yelah. Jom. " Nadrah akhirnya mengalah jua. Mereka berdua berjalan keluar daripada cafe itu. Keduanya menoleh ke kanan kemudiannya ke kiri dan ke kanan semula. Memastikan keselamatan ketika mereka melintas. Setelah pasti bahawa keadaan selamat , Adrian berjalan laju ke hadapan.

PIN !!
BUK !!

Bunyi hon serta bunyi pelanggaran menyapa gegendang. Badannya ditolak kasar ke hadapan. Melihat darah yang mula mennyebar di atas jalan raya membuat hatinya semakin resah.

Dia menoleh ke arah belakang dan melihat Nadrah yang teebaring lemah di atas jalan raya dengan darah yang memenuhi wajahnya.

" Kakak ! " Laung Adrian. Dia melangkah semula ke arah Nadrah. Di bawa tubuh kakaknya itu ke pangkuannya. Pemilik kereta yang melanggar Nadrah tadi segera mengeluarkan telefon dan mendail nombor kecemasan.

" Kak Nad ! Buka mata Kak... jangan buat Ian macam ni kak. Ian tak nak hilang akak ! Kak , tolong... buka mata... " Rayu Adrian walau dia tahu Nadrah tidak bisa membalas. Air matanya kian membasahi pipi. Dadanya mencengkam kuat. Takut dia untuk kehilangan insan ini.

Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi siren ambulans. Nadrah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Ketika di hospital , Adrian langsung tidak bisa duduk. Sekejap ke kanan , sekejap ke kiri. Puas Tengku Dayana menyuruhnya supaya bertenang , namun dia tidak bisa !

Bunyi kuakkan pintu membuatkan Adrian meluru ke arah doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan itu.

" Keluarga pesakit ? " Soal wanita yang memakai jubah putih itu.

" Saya adik dia. Macam mana keadaan kakak saya ? Dia selamatkan ? " Soal Adrian. Tengku Dayana hanya mempu menggeleng kepala melihat sikap anak bongsunya itu.

" Keadaan dia semakin stabil. Cuma dia mungkin tidak sedarkan diri buat sementara. Senang cakap , dia koma. Jangka untuk dia sedarkan diri itu tergantung pada semangatnya untuk bangun semula. Sekejap lagi pesakit akan diletakkan di wad biasa. Boleh lah kamu semua melawat dia. " Terang Doktor wanita itu sebelum meminta diri.

Setelah kejadian itu , Nadrah tidak sedarkan diri selama dua bulan. Adrian pula sudah menjadi seperti orang gila yang tiada arah tujuan.

Pintu di buka dari luar menyedarkan Adrian dari lamunannya. Nadrah melangkah masuk dengan senyuman manis.

" Ian... Ian masih marahkan Liya lagi ke ? " Soal Nadrah berhati-hati. Adrian tergelak kecil.

" Tipulah kalau Ian tak marah. Ian dah cuba untuk tak marah dekat Liya. Tapi tak boleh Kak. Setiap kali Ian tengok muka dia , mesti Ian akan teringat kejadian tu. " Balas Adrian. Nadrah tersenyum kecil.

----

Hari ini. Hari yang dinantikan Nadrah. Hari bahagianya. Namun tidak bagi Adrian. Dia masih lagi susah untuk menerima semuanya. Masa terasa cepat berlalu. Teringat lagi dia tika mereka kecil , merancang untuk lari dari rumah akibat dimarahi oleh Tengku Dayana. Adrian tersenyum sendiri apabila teringat peristiwa itu. Ah ! Sungguh dia rindukan waktu kecilnya.

" Bismillah. Boleh saya mulakan ? " Suara tok kadi bergema di dalam masjid dek kerana menggunakan mikrofon.

" Boleh. " Jawab Hazim ringkas. Rasa gemuruh cuba di campak jauh. Tanggannya kini berada di dalam genggaman tok kadi.

" Hazim Fahmi bin Muhd Rizal. "

" Ya saya. "

" Aku nikahkan dikau dengan Nadrah Atiqa dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit dibayar tunai. " Hazim menarik nafas dalam. Jangan tersasul !

" Aku terima nikahnya Tengku Nadrah Atiqa binti Muhd Rizal dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit dibayar tunai. " Nadrah mengangkat kepala apabila mendengar ucapan Hazim sebentar tadi. Biar betul bakal cik suami ni. Tok kadi yang berada di hadapan Hazim tergelak. Hazim ni nak jadikan Nadrah isteri ke adik ?

" Okay. Ulang semula. " Ucap tok kadi dengan sisa tawa.

" Hazim Fahmi bin Muhd Rizal. "

" Ya saya. "

" Aku nikahkan dikau dengan Nadrah Atiqa Raudah dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit dibayar tunai. "

" Aku terima nikahnya Tengku Nadrah Atiqa binti Tengku Amir Afzan dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit dibayar tunai. " Alhamdulillah. Kini Nadrah sudah sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Hazim Fahmi. Doa dipanjatkan. Memohon kepadaNya supaya ikatan mereka kekal sehingga ke jannah. Aamiin

Bersambung.

----











Enjoy !
Vote n comment🙆🏻‍♀️
Thankss

01 || Cinta Buat Adelyn [OG]Where stories live. Discover now