04

35 9 6
                                    

Sorry cause banyak skip 😭

----

Sebulan berlalu.

" Ian. Mummy nak cakap sikit. " Adrian menoleh ke arah Tengku Dayana yang memanggilnya.

" Nak cakap apa mummy ? " Soal Adrian sebaik sahaja langkahnya tiba di hadapan Tengku Dayana dan Tengku Amir.

" Ian duduklah dulu. " Pujuk Tengku Dayana. Takut sahaja anak bongsunya itu akan melenting. Adrian melabuhkan punggung bersebelahan dengan Tengku Dayana.

" Nak cakap apa ni ? Macam serius je. " Tengku Dayana dan Tengku Amir saling berpandangan sebelum Tengku Amir memberi isyarat supaya Tengku Dayana memulakannya.

" Mummy nak Ian kahwin. " Dahi Adrian mula berkerut.

" Kenapa tiba-tiba je ? " Soal Adrian hairan. Sebelum ini , belum pernah lagi Tengku Dayana mengkaitkan tentang hal kahwin.

" Nanti Ian akan tahu sendiri. Sekarang ni , mummy ada dua calon. Disebabkan mummy tahu Ian tak akan suka calon pertama. Jadi mummy nak Ian kahwin dengan calon kedua. Boleh kan ? " Adrian berfikir sejenak. Sekurang-kurangnya jika dia berkahwin , tak adalah dia merasa sunyi. Ye tak ?

" Okay. " Jawab Adrian ringkas. Kalau ditolak pasti akan dipaksa juga kan ? Baik ikut je, tak payah buang buang tenaga.

" Lagi satu , Daddy nak Ian mula kerja esok atau lusa. Tak kisah Ian nak kerja dekat mana sekali pun. Sama ada nak kerja dekat syarikat Daddy atau Ian nak cari syarikat lain. Daddy tak kisah. Janji kerja. " Adrian mencebik. Ini yang dia tidak mahu! Huwaaa!

" Mummy... " Panggil Adrian meleret. Tengku Dayana yang tahu akan tujuan anaknya itu hanya mengangkat bahu sebelum mengangkat kaki meninggalkan Tengku Amir dan Adrian di situ. Biarlah anak beranak tu berbincang sendiri. Kita nak masak.

" Kali ni no excuse. Ian tetap kena kerja. Daddy naik dulu. " Tengku Amir juga turut bangun dari duduk dan naik ke tingkat dua. Kini tinggallah Adrian disitu sendirian melayan perasaan. Ceit ayat.

----

" Lyn ! Mama panggil ! " Laung Dania dari tingkat bawah. Entah dengar entah tidak si Adelyn tu. Beberapa minit berlalu, namun masih tiada tanda tanda Adelyn ingin turun. Akhirnya Dania mendail nombor telefon Adelyn. Kan senang.

" Hello. Mama panggil kau turun. Ada benda nak cakap katanya. " Usai berkata , Dania terus sahaja memutuskan talian.

Dania melangkah semula ke sofa dan melabuhkan punggungnya. Selang beberapa minit , muncullah sosok tubuh Adelyn. Dia juga turut melabuhkan punggung di sofa.

" Mama nak kahwinkan Lyn dengan anak kawan mama. " Ujar Puan Sri Abella Ha , tak payah nak selok belok lagi.

" Ouh. Okay." Adelyn bangkit dari duduk dan melangkah. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

" Wait. Kahwin ? " Adelyn menoleh untuk memandang wajah mamanya. Puan Sri Abella mengangguk dengan senyuman.

" What !? Kahwin !? Seriusly mama ? Mama pun tahu Lyn tak nak kahwin kan ? " Adelyn kembali melangkah ke arah mamanya.

" Tahu. Tapi ni keputusan papa. Kalau Lyn nak bantah , pergi bagi tahu papa. " Adelyn menarik nafas dalam. Ah ! Kalau Tan Sri Albert yang mengatur , memang tiada siapa yang boleh membantah !

Dengan muka yang cemberut , Adelyn melangkah naik semula ke bilik. Dia tak nak tak nak tak nak!

Di dalam bilik , Adelyn menghempaskan tubuhnya di atas katil single. Kenapa ?

Sebab dia tak suka berkongsi katil. Bayangkan , kalau katil dia saiz queen atau king. Sudah semestinya Dania akan tidur di bilik ini sekali. Kan ?

Bantal ais krim ditarik masuk ke dalam pelukan. Erat. Seolah-olah dapat melepaskan geramnya.

Bunyi kuakkan pintu membuatnya menoleh. Dania.

Katil terasa memberat menandakan ada seseorang duduk dibirai katil.

" Nak apa. " Dingin sahaja suara yang dikeluarkan Adelyn. Dania tersenyum. Rasa kelakar pula.

" Urm. Mama suruh aku pujuk kau sebenarnya. Tapi aku malas lah nak pujuk. Jadi aku sebagai adik mithali , akan paksa kau supaya setuju dengan kepurusan papa. " Adelyn memutarkan bebola mata.

" Siapa kata aku tak setuju ? Kalau aku tak setuju sekali pun. Mesti papa akan paksa juga. " Kata Adelyn menyampah.

" Tahu tak apa. " Tidak menunggu lama , Dania segera keluar dari bilik tidur Adelyn. Setelah tinggal Adelyn sendiri di dalam biliknya , dia membetulkan posisi baringnya lalu mencapai telefon. Nombor Daisy didail. Nak mengadu lah tu.

----

Pintu dibuka dari dalam sebaik sahaja kedengaran bunyi ketukan.

" Jom ikut mummy pergi jumpa keluarga bakal isteri Ian. " Ajak Tengku Dayana. Adrian mengeluh dalam diam. Dia mengangguk sebeblum pintu ditutup kembali. Dia segera masuk ke dalam bilik persalinan dan bersiap.

Usai bersiap , dia turun ke tingkat bawah dan melihat Tengku Dayana serta Tengku Amir sudah berada dibawah. Tanpa banyak bunyi , dia juga turut masuk ke dalam kereta keluarnya.

Perjalanan ke rumah Adelyn mengambil masa sekitar lima belas minit. Sesampainya mereka di rumah Adelyn , Puan Sri Abella sudah sedia menunggu di perkarangan rumah.

Adrian , Tengku Dayana , Tengku Amir keluar dari kereta dan bergerak menuju Puan Sri Abella yang berada berdekatan dengan pintu utama.

" Ella. Lama betul tak jumpa kau. Macam mana sekarang ? Sihat ? " Sapa Tengku Dayana ramah. Mereka bersalaman lalu berlaga pipi. Entah berapa kali pun tak tahu.

" Alhamdulillah , sihat je. Kau pulak ? Aku tengok berser-seri dah engkau sekarang. Macam kau pulak yang jadi pengantin baru. " Tengku Dayana dan Puan Sri Albert mula berbual kosong kadang ketawa , kadang bertepuk tampar.

Tiga lelaki yang lain pula hanya menggeleng melihat dua wanita itu. Borak tak ingat dunia.

" Eh , marilah masuk. Kita lunch sekali lepastu boleh kita bincang pasal diorang. " Ajak Puan Sri Abella.

Mereka berbual sesama sendiri di ruang tamu. Adrian pula hanya menjadi pemerhati.

Prang!

Bunyi kaca menyentakkan mereka semua. Pandangan saling menyatu sebelum mereka bergegas ke arah punca bunyi. Terkejut bukan kepalang mereka apabila melihat kaca yang berterabur di atas lantai dan Adelyn yang sudah terduduk memeluk lutut itu.

Laju sahaja Puan Sri Abella mendapatkan anak tunggalnya. Cuba untuk memberi ketenangan buat Adelyn.

" Shhh... Lyn , everything is okay. No need to worry honey. " Pujuk Puan Sri Abella. Kepala Adelyn yang ditutupi kain shawl itu diusap lembut. Adelyn yang berada di dalam pelukan itu sudah mengeluarkan bunyi esakan. Tan Sri Albert serta tetamu hanya memandang sayu.

Adelyn mempunyai trauma apabila mendengar bunyi kaca pecah. Itu kerana sewaktu dia masih kecil , satu nyawa orang yang paling dia sayang diragut dengan bunyi kaca. Senang cakap, dibunuh menggunakan kaca.

" Ina ! Tolong kemaskan kaca ni. " Laung Puan Sri Abella. Dia membawa Adelyn naik ke bilik tidurnya.

----







Here you go !
Thanks for vote!

01 || Cinta Buat Adelyn [OG]Where stories live. Discover now