"ha ada apa?" Tanya Jeno sebaik sahaja berjumpa dengan Garam.
"Kau marah aku ke?" Garam memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Tak lah. Aku busy je" jawab Jeno ringkas dan Garam mengangguk.
"Ada apa apa lagi?kalau tak de aku nak kena pergi ni" kata Jeno dengan nada dingin.
"Emm .. jom pergi jalan jalan nak tak?" Tanya Garam.
"Tak boleh la..aku nak keluar memburu dengan Haechan" tolak Jeno.
"Ohh .. okay " Garam menundukkan kepalanya.
Jeno rasa bersalah menolak ajakan Garam jadi dia mengajak Garam untuk pergi memburu bersama-samanya .
"Apa kata kau ikut kitorang pergi memburu tapir ?" Ajak Jeno.
"Tt-tapir? Tak payah la haha" Garam ketawa kekok.
"Halahh tapir tu bukan makan orang pun .. tayah risaulah"Jeno cuba memujuk.
"Lagipun kau mesti rindu aku kan ..dah 2 hari tak jumpa , asyik spend time kat taman je..apa kata kita pergi memburu" sambungnya lagi.
"Buru tapir best kot" kata Jeno lagi.
"Yy-ye la" Garam dengan berat hati bersetuju untuk memburu bersama Jeno.
"Macam tu la!okay aku bagitahu mama dulu pastu kita pergi" Jeno menepuk bahu Garam lalu pergi meninggalkannya.
*** (Kt hutan)
"Dah sampaii!!!"jerit Haechan riang.
" Fuhh tak sabar nak tembak tapir"sambung Jeno dan Garam hanya memerhati kedua manusia di depannya dengan pandangan yang tidak menyenangkan.
"Lahh..kau kenapa tengok aku macam tu?aku kacak sangat ke?uishh" Tanya Haechan yang sedar akan tatapan Garam kepadanya.
"Perlu ke tembak tapir? Haiwan lain tak de eh?" Kata Garam.
" Tapir la best " jawab Jeno ringkas.
"Dah la korang pergi la , aku tunggu kat sini . Sakit perut" Garam memberi alasan.
"Dah tu apsal ikut" kata Haechan.
"Jeno paksa" Garam menjeling tajam ke arah Jeno.
"Excuse me?!aku pujuk je .. dah kau yang setuju aku bawak la" Jeno membela dirinya.
"Dah la jom!buang masa je korang ni" kata Haechan lalu bergerak ke dalam hutan terlebih dahulu.
***
Sudah hampir satu jam Garam menunggu di kereta . Sedang Garam leka melihat pemandangan hutan di hadapannya itu, dia didatangi Fairy Winter yang entah muncul dari mana secara tiba tiba.
"Eh? Fai..ry Winter?" Tanya Garam.
"Ya tapir, ini aku" jawab Fairy Winter dengan senyuman.
"Apakah kau masih mengenali aku?"tanya Garam lagi.
"Sudah pasti aku mengenalimu , kau ialah tapir yang disumpah oleh kakakku menjadi manusia kerana jatuh cinta dengan Jisung si elasmosaurus itu" kata Fairy Winter.
"Kenapa kau datang bertemu denganku Fairy?aku sudah tidak mencintai Jisung lagi Fairy .." Beritahu Garam.
"Ya , aku tahu itu. Kerana itulah aku mencarimu semula,aku ingin meminta maaf bagi pihak kakakku kerana telah menyumpahmu" terang Fairy Winter.
"Lagipun,Jisung sudah diambil manusia .. jadi engkau pasti tidak akan bertemu dengannya lagi. Tujuan utamuku mencari kamu ialah aku ingin mematahkan sumpahan kakakku. Dengan jampi ini , hiduplah kau sebagai tapir semula dan berbahagialah " sambung Fairy Winter.
Tanpa sempat Garam berkata apa apa .. Fairy Winter telah pun mematahkan sumpahan yang terkena pada Garam.
" Geoul sogui naneun nega anilkka...
Ilgeureojyeobeorin..
hwanyeongin geolkka~
(Hey, ma-ma-ma, ma-ma-ma, ma-ma-mamba)
Dasi neowa yeongyeoldoel su itdamyeon...
(Hey, ma-ma-ma, ma-ma-ma, ma-ma-mamba)
Neoreul mannago sipeo ~
ije..
Modeun geol samkyeobeoril Black Tapir! Fuhh" winter pun mengetuk kepala Garam menggunakan tongkat saktinya dan Garam pun bertukar menjadi tapir serta merta.
"TIDAKKK"jerit hati tapir Garam.
"Kau tidak perlu berterima kasih kepadaku , tugasku sudah selesai..aku pergi dulu wahai tapir . Bye byee" kata Fairy Winter lalu pergi meninggalkan Garam.
"Tidak tidak tidak!! kenapa!kenapa aku menjadi tapir semula!" Garam menangis.
"WE HAECHAN KAU NAMPAK TAK TU!?" Jerit Jeno dari jauh dan Garam pun mulai panik lalu melarikan dirinya.
"NAMPAK NAMPAK! Ni aku punya eh" kata Haechan lalu menarget Garam menggunakan senapangnya.
"Tapir locked" sambungnya lagi . Haechan terus melepaskan beberapa das tembakan namun tidak mengenai sasarannya.
"JANGAN HAECHAN!!!TOLONG LAH BERHENTI!AKU MOHON SANGAT SANGAT" Garam mengelak peluru-peluru yang datang kepadanya.
"Ish kau ni nanti kena kereta aku macam mana..biar aku je la tembak" kata Jeno .. Jeno pun maju kehadapan untuk menembak Garam.
"JANGAN JENO!!NI AKU! GARAM !" jerit Garam namun dia hanya kedengaran seperti tapir yang sedang menjerit kerana Garam memang tapir .
Jeno menutup sebelah matanya dan menaikkan sedikit senapangnya.
3
2
1
Jeno pun melepaskan dua das tembakan dan ianya tepat mengenai kepala tapir dan tengkuk tapir.
"Wahhhhh" Haechan menatap Jeno dengan kagum.
"See .. aku memang pro bab bab ni" Jeno tersenyum bangga.
Dan pada hari itu , matilah Garam di tangan Jeno dengan dua das tembakan. Garam menitiskan air matanya.. dia bahkan tidak sempat mengucapkan perkataan ' i love you ' seperti dalam drama kepada Jeno . Dia terlebih dahulu menyusul tapir lain yang mungkin telah mati dengan cara yang sama. (Cg bmku menangis mlihat ayt ini)
Setelah itu , Haechan dan Jeno memakai sarung tangan lalu mengangkat Garam dan menyumbatnya ke dalam plastik . Selepas ini mereka akan ke pasar untuk menjualnya.
~TAMAT~
Yeayyyy happy ending , thank you sebab baca cerita comel ni!!! Don't forget to vote n comment tau mwahh . Bubyeee!
YOU ARE READING
shooter || Lee Jeno (Complete)
Fanfictionit's all started with a curse . Seekor tapir yang disumpah menjadi manusia kerana mencintai haiwan yang tidak sejenis dengannya . Setelah menjadi manusia , dia jatuh cinta pula dengan pemburu tapir . Bagaimanakah manusia jadian ini akan menjalani ke...