◇ P1 ◇

73 12 44
                                    


>>•••<<

◆Camera◆
•P1•

>>•••<<

DURRRR

Hujan lebat di luar menemani waktu malam seorang remaja lelaki bersurai blonde yang sekarang masih tetap berjaga hanya untuk menyiapkan assignmentnya walaupun sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

"Haishhh asal aku rasa malam ni macam seram semacam ekk" monolog remaja tadi dengan tangan masih tetap menari atas keyboard laptopnya.

DURRRR

"Ahhh kamchagiyaa haishhhh terkejut aku lah guruh ni" rungut remaja lelaki tu sambil mengelus dadanya dan menghembus nafasnya kasar sambil terus menyiapkan assignmentnya.

Sesekali ia memandang jam tangannya yang angkanya makin lama makin meningkat tanda beberapa jam lagi matahari akan naik menunjukkan diri.

Tepat pukul 3 pagi, assignmentnya yang perlu dihantar selewat-lewatnya pukul 8 pagi esok akhirnya sudah siap dan remaja lelaki ni tadi terus regangkan otot badan dia yang terasa macam nak patah.

"Siap sudah... Ngantok mau tidurrrrr"

Selesai kemas segala barang haram jadah atas meja dia, dia terus lari and landing atas katil macam nak terjun kolam.

Remaja lelaki tadi terus tarik selimutnya dan melelapkan diri.

>>•••<<

Langkah kaki yang laju berlari dari sesuatu yang mengejarnya. Sesekali dipandangnya kebelakang untuk melihat adakah sesuatu yang mengejarnya tadi masih tetap terus mengejarnya atau sudah hilang kerana ketinggalan jauh. Namun sesuatu yang mengejarnya tadi masih tetap ada di belakangnya.

Sampai di sebuah hujung jalan, langkah lelaki ini berhenti secara tiba-tiba kerana di depannya sudah tiada jalan melainkan sesuatu yang kosong putih bersih.

Nafasnya masih tidak teratur dan dia melihat kebelakang, sesuatu yang mengejarnya tadi sudah tiada melainkan situasi belakangnya juga sudah berubah sama seperti situasi di depannya.

Dia kini terkurung disebuah tempat yang serba putih.

CKLEK

Suatu bunyi yang mengejutkan membuat lelaki ini terus cuba mencari sumber suara.

Dia tidak dapat melihat apa-apa pun selain daripada putihnya tempat ini.

Camera || •VeriVery • Victon•Where stories live. Discover now