◇ P10 ◇

26 6 2
                                    


>>•••<<

◆Camera◆
•P10•

>>•••<<

Pada waktu malam, entah kenapa Hoyoung berasa mengantuk yang teramat. Biasanya dia akan tidur pada pukul 1 atau 2 pagi tapi sekarang jam baru menunjukkan pukul 10 malam tetapi dia sudah berasa mengantuk yang terlalu berat jadi dia putuskan untuk terus tidur saja. Lagipun dia tiada assignment yang perlu disiapkan dengan segera dan kebetulan pula dia sudah start cuti seminggu sebelum exam.

Kebiasaan Hoyoung, kalau deadline assignment yang perlu dihantar lama lagi ataupun dia tiada assignment, dia akan layan soccer atau movie. Tapi malam ini dia terpaksa layankan mengantuknya.

Hoyoung terus tutup lampu bilik dan buka lampu tidur dan terus baringkan diri dengan tidur posisi yang selesa.

>>•••<<

Minchan baru balik dari kedai terus jatuhkan diri atas sofa di ruang tamu selepas sampai rumah. Entahlah, hari ni rasa penat sangat.

"Minchan? Awal balik? Baru keluar 15 minit dah balik? Barang yang eomma suruh beli tadi dah beli?" tanya eomma Minchan yang baru keluar dari bilik dan nampak anak tunggalnya yang sedang cuba lelapkan diri di sofa.

Minchan angkat kepala untuk pandang eomma nya sekejap sebelum dia lelapkan kembali.

"Dah.. Ada dekat dapur.. Minchan penatlah ma malam ni" ujar Minchan yang sudah separuh sedar.

"Alahaiii siannya anak eomma sorang ni, dah pergi masuk bilik sana tidur.. Tak elok tidur dekat luar.. Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur" ujar eomma Minchan terus masuk dapur.

Minchan dengan separuh sedar pun terpaksa bangun untuk pergi masuk biliknya dengan keadaan yang memang tahap malas sudah kritikal.

"Ahhh malasnya nak basuh kaki" ujar Minchan yang sudah sampai bilik dan terus landing atas katil dan terus terlelap.

>>•••<<

Tok

Tok

Tok

"Heoni, eomma masuk yea" ujar eomma Dongheon dari luar bilik.

"Masuk je" balas Dongheon.

Eomma Dongheon masuk dan melihat anak nombor tiganya masih menyiapkan assignment.

"Banyak lagi ke assignment tu?" tanya eomma Dongheon sambil letakkan segelas air coklat dan beberapa biskut untuk Dongheon di atas meja belajar Dongheon.

"Takdalah banyak sangat tapi nanti kena siapkan beberapa lukisan.. Tapi deadline untuk lukisan tu lama lagi.. Kenapa eomma?" tanya Dongheon walaupun jarinya tetap menari atas keyboard laptop miliknya.

"Takdalah, eomma risau kalau kamu terlalu struggle sangat buat kerja sampai tak ingat nak tidur.."

"Takpalah eomma, Heoni dah biasa.. Nanti dah siap ni Heoni tidur.. Eomma jangan risaulah ehh lagipunkan Heoni cuti seminggu"

"Janji ehhh tidur"

"Hahaha yea eomma, Heonie janji, Heoni tidur lepas dah siap ok.. Eomma jangan risaulah" ujar Dongheon baru pandang wajah eomma nya yang memang kelihatan risau.

"Ok.. Eomma keluar dulu, jangan tak tidur ehh.. Kalau eomma tau kamu tidur pukul 4/5 pagi, siap kamu" balas eomma Dongheon terus keluar dari bilik anaknya.

Dongheon tergelak kecil dengan ucapan eomma nya dan terus sambung siapkan kerjanya.

Tepat pukul 10.30 baru assignment dia siap dan Dongheon sudah mula rasa mengantuk.

Camera || •VeriVery • Victon•Where stories live. Discover now