Penulis: Augustinetkd
Semasa Jerman menjajah Poland, mereka melakukan pelbagai penindasan kepada warga Poland terutama kepada mereka yang berketurunan Yahudi. Warga Yahudi dikumpulkan dari kediaman mereka ke kawasan petempatan yang sangat kecil dan dikelilingi oleh tembok yang dikenali sebagai Ghetto sebelum dipindahkan ke kem konserstrasi untuk dibunuh.
Kehidupan warga Poland non Yahudi diluar Ghetto juga tidak jauh berbeza. Keganasan polis dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan menjadi masalah utama kepada warga Poland. Selain itu Jerman juga turut bertindak membunuh 100 ribu orang yang disyaki dapat mengancam penguasaan mereka di Poland dari tahun 1939-1945. Ini termasuklah cendiakiawan, aktivis politik dan guru. Kehidupan penduduk di kampung juga turut bermasalah, dimana mereka harus membekalkan warga poland yang berusia 14 tahun untuk kerja paksa di kilang pembuatan Jerman dan jika gagal maka kampung mereka akan dibakar.
Akibat penganiayaan dan penindasan ini, warga Poland mula membentuk gerakan polis rahsia yang ditubuhkan pada 1 November 1939. Gerakan ini kemudian dikenali sebagai Polish underground state yang bergerak melalui angkatan bersenjata iaitu Polish home army yang melalukan aktiviti sabotaj, kempen anti-Nazi dan menangkap dan membicarakan pegawai-pegawai Poland yang menjadi tali barut Nazi serta turut membunuh pegawai-pegawai Nazi. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa takut dalam kalangan pegawai Nazi dikawasan yang mereka jaja
h.
Singkat cerita pada tahun 1944 dimana Nazi Jerman berada di ambang kekalahan mereka. Kesatuan Soviet telah mula melakukan serangan balas kepada mereka setelah kegagalan menakluki Stalingrad dalam operasi Barborossa yang sangat menghabiskan jumlah pasukan dan sumber daya untuk kempen di Soviet. Amerika pula sudah mula mendarat di Normandy dan membebaskan kawasan Eropah Barat membuat Jerman semakin terdesak kerana harus melawan dua front sekaligus.
Melihat tentera Merah yang semakin dekat dengan bandar Warsaw iaitu ibu kota Poland, Polish home army mula melakukan gerakan penentangan untuk membebaskan Warsaw sebelum tentera Merah datanng dan membebaskan bandar Warsaw dan negara Poland sekaligus menubuhkan negara boneka komunis. Oleh itu Home army harus segera mengalahkan Nazi, membebaskan Warsaw dan mendirikan semula kerajaan Poland yang berada dalam pembuangan di England.
YOU ARE READING
Kebangkitan Warsaw 1944 dan Sejarah gerakan penentangan di Poland semasa PD 2
Short StoryKebangkitan Warsaw merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi warga Poland kerana ia merupakan salah satu peristiwa dimana mereka bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Nazi Jerman dan Kesatuan Soviet yang menjajah negara mere...