˚ ༘♡ 𝐀𝐑𝐑𝐄𝐙 𝐑𝐀𝐍𝐄𝐀 | 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 ༊*·˚

4.1K 339 67
                                    

═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════

"PANG!"

Satu bunyi kuat jelas kedengaran menerjah ke dalam gegendang telinga seisi penghuni markas rahsia itu. Daun pintu kayu yang kini sudah pecah terkuak luas menyerlahkan isinya. Serta-merta, bilik yang riuh rendah tadi menjadi senyap sunyi.

Ketegangan di atmosfera mulai terasa apabila gerangan seseorang mula menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Semua pandangan tertumpu sepenuhnya ke arahnya. Tanpa sedar, serentak semua orang di situ menelan salivanya payah. Kepala secara automatik tertunduk merenung lantai.

Tak mahu bertentangan mata dengan pandangan maut lagikan membunuh dari mata tajam bagaikan helang si jejaka. Derapan langkah kaki panjangnya membuatkan semua orang menapak ke tepi. Membuka laluan kepadanya.

Jeda. Langkahnya terhenti dihadapan meja snooker yang berselerak menghalang laluannya. Tanpa amaran, tangan kekarnya memegang bucu meja lalu menolak kuat ke tepi sehingga terbalik mengenai beberapa orang yang berdekatannya.

Prang!

Hanya bunyi meja pecah itu sahaja yang jelas kedengaran memenuhi segenap ruangan di situ. Yang lain menahan suara yang terasa tersekat di kerongkong.

"Kyle..."

Suara garau si jejaka bergema penuh tegas memanggil sebaris nama itu. Anak matanya merenung tajam bagaikan si pemangsa mencari mangsanya pada semua yang berada di situ.

"Hyde... long time no see you man."

Tak lama selepas itu, muncul seorang lelaki menapak ke hadapan dengan penuh berhati-hati. Senyuman palsu terpamer di wajahnya. Butir manik peluh mula merenik di dahinya.

Dari gerak tubuhnya, si jejaka sudah tahu lelaki bernama Kyle itu sekadar cuba berlagak tenang dihadapannya.

Quite sly, isn't he?
Idiot.

"Long time no see you too, fella. How's life?"

Ujar si jejaka bernada biasa tak mahu menimbulkan syak apa apa. Sengaja mahu menyertai sebuah permainan yang dicipta Kyle.

Game on. Two can play the games.

Terbit rasa lega di hati Kyle sebaik mendengar balasan tersebut. Terasa senang sikit hatinya. Nampaknya tembelangnya masih belum pecah.

"Ah so far so good. How about we chill out? Drinks? Chill, Hyden."

Kyle mula bertindak berani dengan meletakkan tangannya pada bahu bidang si jejaka yang bernama Hyden itu. Kai tersenyum lebar menampakkan sebatang gigi palsu emasnya yang baru dibuat khas semalam.

Hyden memandang sepi sepasang tangan yang mendarat diatas bahunya. Pantas sahaja, dia menolak kasar tangan itu dengan sengaja. Bibirnya naik mengukir senyuman kelat.

CS | HER BADBOYWhere stories live. Discover now