“If you wake up in your bed, alone in the dark.
I'm sorry, gotta leave before you love me.”
⋆。゚☁︎。⋆。 ゚☾ ゚。⋆BUK!
Bunyi sekujur tubuh tegap setinggi enam kaki berjantina lelaki di hadapan Adhena itu kini terjatuh terkulai lemah di lantai klinik tempat kerjanya tanpa amaran. Membulat bebola matanya memandang kejadian itu berlaku sekelip mata.
“Encik! Encik! Encik boleh dengar suara saya tak?”
Adhena bingkas menundukkan badannya ke bawah lantai sebelum bertinggung di sebelah tubuh itu cuba memeriksa keadaan tubuh badan itu sekilas. Dingin.
Kulit sawo matang milik Arrez itu terasa dingin sekali pada sentuhan Adhena yang terasa kekok memegang lelaki asing ini. Lelaki pertama yang bakal dirawatnya sejak menjadi pembantu perubatan di klinik ini
Bibir jejaka itu juga mula kelihatan pucat. Adhena melirik pula pada dahi dan leher Arrez yang semakin berpeluh hebat. Bukan kerana panas. Tetapi kerana tubuh Arrez kini mulai kehilangan darah yang banyak.
Tanpa berlengah, Adhena menekan tempat luka tikaman di bahagian abdomen badan Arrez bagi mengenakan tekanan untuk menghentikan pendarahan. Darah masih tidak berhenti keluar. Menandakan luka itu perlu dijahit secepat mungkin.
“Stop touching me. ”
Secara tiba-tiba, Arrez tersedar lalu menolak tubuh Adhena yang terlalu dekat dengan tubuhnya itu menjauh darinya. Secara langsung, tangan Adhena yang menekan luka Arrez itu tersasar jauh dari posisinya tadi.
Berkerut wajah Arrez merenung dalam pada wajah gadis kecil di hadapannya itu sebaik saja tersedar. Kepalanya digelengkan ke kiri dan ke kanan cuma menghilangkan rasa pening yang mula bertempat dalam kepalanya. Barangkali tekanan darahnya mulai menurun secara mendadak.
Riak muka tidak percaya jelas terpamer pada seraut wajah Adhena melihat Arrez yang menolaknya hanya kerana menyangka dia mahu mengambil kesempatan. Niat dia mahu menolong, tetapi ini balasannya?
The audacity? Excuse me?
“Are you trying to kill me, doctor?” Penuh sinis nada Arrez lontarkan kepada Adhena. Membuatkan gadis itu membalasnya dengan dengusan kasar sebagai balasan.
“Quite the opposite apparently. Saya nak tolong awak, Encik Arrez! Come on, let's try get you up now. You need a few stiches.” Gesa Adhena, dia pantas bangun dari posisinya. Kenapa malang sangat dia hari ini mendapat pesakit seperti Arrez?
“What, am I going to die?” Sekali lagi nada yang cukup menyakitkan hati Adhena itu menerjah ke dalam koklea pendengarannya kini.
Arrez sedaya upaya bangun dengan sendirinya. Sebelah tangannya menekan luka tikamannya mahu menghentikan pendarahan untuk sementara.
“I won't let you die, Encik Arrez. Do you trust me?”
Adhena membantu Arrez berjalan ke dalam bilik pembedahan kecil yang siap tersedia untuk digunakan pada bila bila masa. Terutamanya sekali apabila keadaan begini terjadi di lain hari.
“I don't.” Arrez menjawab dua patah perkataan itu bersama nada sinis. Tubuhnya digagahkan bangun tanpa bantuan Adhena. Terhuyung hayang Arrez kini berjalan menuju ke pintu keluar.
“Encik Arrez!” Adhena serta-merta menghalang laluan si jejaka yang keras kepala. Apa susah sangat lelaki ini mahu menerima bantuan daripada dirinya?

ANDA SEDANG MEMBACA
CS | HER BADBOY
Romance𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «4𝒕𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» ᶜᵒᵐⁱⁿᵍ ˢᵒᵒⁿ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐑𝐄𝐙 𝐇𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐱 𝐀𝐃𝐇𝐄𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐍𝐄𝐀˚ ༘♡ ·˚ " 𝑯𝒆'𝒔 𝒃𝒂𝒅 𝒇𝒐𝒓 𝒉𝒆𝒓, 𝒚𝒆𝒕 𝒉𝒆 𝒘𝒂𝒏𝒕𝒔 𝒉𝒆𝒓 𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒃𝒂𝒅𝒍𝒚 𝒕𝒐 𝒉𝒊𝒎𝒔𝒆𝒍𝒇." ✰ bad...