Chapter 4

19 4 2
                                    

"Awak dapat gelang ni dari mana?"
Tanya Yoojung memandang wajah Seungmin."Hemm.." Seungmin cuba mengingat dari mana dia mendapati gelang berwarna merah hitam itu.

Flashback..

Reality World.
Fancy Couple Bracelet and Necklace.

Seungmin sedang berjalan di satu lorong di kedai perhiasan itu yang dipenuhi gelang dan rantai di situ.Tiba-tiba mata dia tertarik dengan seutas gelang berwarna merah hitam yang tidak mempunyai pasangan.Seungmin melihat setiap barang perhiasan di situ mempunyai pasangan tetapi tidak gelang yang dilihat Seungmin."Hemm..pelik.." Kata Seungmin menilik gelang itu."Kamu pelik?" Muncul Joongi mengejut pemilik kedai itu pada Seungmin.

"Kamjagiya!" Seungmin terkejut dengan muncul nya Joongi secara mengejut itu."Maafkan ahjusshi kerana terkejutkan kamu.Tapi, kamu kena tahu yang gelang ni sebenarnya datang dari dunia lain.Isteri saya yang telah memberikan pada saya.Saya terpaksa berpisah dengan isteri saya kerana kami berbeza dunia.Akhir kata, dia suruh saya bagi gelang ini pada sesiapa yang melihatnya.Kerana gelang ini namanya 'True Love'. Apabila manusia biasa seperti kamu memakai gelang ini, manusia lain juga akan dapat melihat gelang ini juga.Kamu dipilih untuk memiliki gelang ini, anak muda." Kata Joongi sambil menyerahkan gelang berwarna merah hitam itu pada Seungmin.Seungmin terkaku seketika mendengar semua perkataan yang keluar dari mulut Joongi.'Hah? Apa yang ahjusshi ni cakap? Aku langsung tak faham? Apa? Dunia lain? Gelang yang tak dapat dilihat? So nonsense!' Bicara hati Seungmin.Seungmin agak ragu-ragu mahu mengambil gelang itu dari tangan Joongi."Ambil lah.." Joongi mengajukan gelang itu pada Seungmin."Aaa..gumawo ahjusshi." Kini gelang itu sudah bertukar ke tangan Seungmin."Jagalah baik-baik gelang itu ya." Pesan Joongi pada Seungmin dan pergi meninggalkan Seungmin yang difikiran nya penuh dengan seribu persoalan.

End flashback..

"Dunia lain? Adakah isteri ahjusshi Joongi datang dari dunia magic? Ataupun ahjumma Chaewon lah isteri dari ahjusshi Joongi? Ahjumma Chaewon pernah bagitahu yang dia pernah ada suami sebelum ini.Mungkin betul lah semua sangkaan aku." Kata Yoojung.Seungmin tidak faham situasi yang sedang dia hadapi sekarang ini.'Haihh..lagilah aku tak faham apa-apa yang Yoojung cakap.Semua ni memang pelik.Baik, Aku pedulikan semua ni dan masuk kelas.' Monolog Seungmin dan mahu pergi dari situ."Seungmin, boleh awak bagitahu saya nama kedai dan mana terletaknya kedai yang awak dapat gelang ni?" Soal Yoojung sambil mencapai tangan Seungmin."Saya tak faham apa-apa yang awak cakap.Saya nak masuk kelas." Seungmin melepaskan tangan Yoojung dari tangannya dan mahu pergi, tetapi Yoojung memeluk Seungmin dari belakang dan berkata,

"Jebal Seungmin..saya mahukan kepastian.Saya rasa, hati saya sudah jadi milik awak." Yoojung berkata sambil memegang wajah Seungmin.Tidak tahu mengapa Yoojung mula menyayangi Seungmin.'Adakah sebab gelang 'True Love'? Desis hati Yoojung.Begitu juga Seungmin.Sejak pertama kali bertemu dengan Yoojung, dia merasakan Yoojung bukan yeoja biasa dan mula falling in love dengan Yoojung.Tetapi hatinya juga ada merasakan sedikit keraguan tentang perasaan nya terhadap Yoojung."Okay..nama kedai itu Fancy Couple Bracelet and Necklace terletak di pekan Cheongdam.So, sekarang ni saya nak masuk kelas." Sekali lagi Seungmin mahu pergi dan hatinya merasa goyah."Harini awak tak perlu masu kelas dan awak kena ikut saya." Yoojung menarik tangan Seungmin dan memegang tangan Seungmin dengan erat."Hey..saya tak boleh ponteng kelas sesuka hati.." Kata Seungmin yang cuba mahu melepaskan pegangan erat dari Yoojung."Shh.." Kata Yoojung sambil menutup mata."Pegang tangan saya kuat-kuat." Arah Yoojung.Seungmin hanya mengalah dan ikut arahan Yoojung.'Bawa ke Fancy Couple Bracelet and Necklace di pekan Cheongdam.' Lafaz Yoojung dalam hati dan menggunakan kuasa magic nya untuk pergi ke destinasi yang mahu dituju.

Bersambung.

♥️

Thanks for reading 🤧 Jangan lupa tekan vote ya! TQSM 😊💕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thanks for reading 🤧 Jangan lupa tekan vote ya! TQSM 😊💕

Magical World..I Miss You ✓Where stories live. Discover now