3

22 1 1
                                    

Farah berlari-lari anak menuju ke ward peribadi yang menempatkan ayah mertuanya tanpa menghiraukan pandangan pelik orang di sekelilingnya. Bunyi bising yang terhasil dari kasut jenis loafer 2 inci yang dipakainya juga tidak diendahkan. Dia betul-betul mahu berjumpa walidnya!

"Walid!" panggil Farah dengan esak tangisnya setelah pintu besar putih itu dikuak sedikit kasar. Terus sahaja dia meluru mendapatkan Haji Muradi yang kelihatan sedang duduk berlunjur di katilnya tanpa wayar berselirat yang menyemakkan pemandangannya sebelum ini. Badan ayah mertuanya yang sudah tua itu didakap setelah tangan berkedut itu dicium lembut. 

Haji Muradi ketawa kecil melihat perilaku Farah yang menangis semahu-mahunya di bahunya. Belakang tubuh Farah ditepuk-tepuk lembut bagai menenangkan anak kecil. Alhamdulillah, zikir Farah tanpa henti di dalam hatinya walaupun mukanya sudah basah dibanjiri air mata. Mata lembut milik Farah ditatap sebelum bibirnya mengucapkan sesuatu selepas pelukan mereka terurai.

"Terima kasih jaga Walid ya..." tangannya naik pula mengusap lembut kepala Farah yang dilitupi tudung itu.

"Walid.. jangan tinggalkan Farah tau..

-Farah.. Farah sayang walid.." terhinjut-hinjut bahunya menahan esak tangisnya sendiri. Pedih benar hatinya tika ini. Dia belum bersedia kehilangan seorang lelaki yang dianggap sebagai bapa , yang menjaganya tika tiada siapa yang peduli, yang menyayanginya sebagai anak walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri.

"Walid lapar tak,Farah ada bawakkan sup ayam untuk walid" katanya sambil membuka bekal nasi dan sup yang dibawanya dari rumah. Haji Muradi mengangguk sambil bersinar mukanya melihat sup ayam kegemarannya itu. Sup cendawan yang dibelikan Fawwaz petang tadi tidak begitu menarik minatnya. Mujur menantunya itu membawakan bekal lain. oh ya, Farah tahu ke Fawwaz sudah pulang? fikirnya didalam hati. Ingin disuarakan tetapi tidak mengapalah, nanti sahaja.

Selepas mengucapkan Bismillah, Farah menyuakan sudu yang berisi nasi yang sudah digaul bersama sup ayam itu ke mulut Haji Muradi. Berhati-hati sungguh tingkahnya supaya sudu besi itu tidak menyakiti bibir walidnya. Sedap? lembut sahaja Farah bertanya

"Alhamdulillah" Haji Muradi mengangguk suka. Senang hatinya apabila Farah mengutip nasi yang terjatuh ke janggut panjangnya yang sudah memutih itu. Aku tidak salah memilih calon isteri untuk anakku Fawwaz.

Setelah selesai, bibir Haji Muradi dilap pula dengan tisu. Gembira betul dia apabila bekal yang dibawakan itu habis dimakan ayah mertuanya. "kita makan ubat pula ya" 4 kapsul ubat dihulurkan bersama air masak kemudian setelah selesai cawan itu diambil pula untuk dibasuh.

"Walid rehat dulu ya" kata Haji Muradi sambil mengambil surat khabar dan cermin mata di meja sisinya.

Farah mengangguk sambil mengisyaratkan bahawa dia ingin membasuh bekas-bekas yang dibawanya. kalau dibiarkan, nanti bersemut. lagipula takut berbau nanti. maklumlah Farah ni pembersih orangnya. Sedang dia membasuh mangkuk bekalnya di dalam tandas ward, Farah terdengar suara lelaki yang tidak dikenalinya di sebalik pintu tandas. Mungkin kenalan walid, bisiknya sendirian. usai siap, tangannya yang basah dilap menggunakan tuala kecil di sisi singki.

--------

Fawwaz menjungkitkan kening tebalnya apabila bau sup ayam menerobos memasuki hidungnya apabila pintu ward ayahnya ini dibuka. Aih, malam-malam makan sup ayam ke walid aku ni?

"Assalamualaikum Walid" ucap Fawwaz sambil meletakkan buah-buahan segar yang dibeli di pasar raya di atas meja. Kemudian, tangan ayahnya dicium penuh hormat. Old is gold kan, walidnya itu masih setia membaca berita menggunakan surat khabar berbanding  telefon.

"Ha Fawwaz" ucap Haji Muradi sambil menurunkan surat khabar yang dibacanya. Anak terunanya yang segak berkopiah dan berkurta maroon gelap bersama kain pelikat dipandang senang. 

Hijab CintaWhere stories live. Discover now