2

10 2 2
                                    

7 tahun kemudian,

"Ok kelas!"

"شكرا جزيلا يا معلمة، نحبك يا معلمة فارح !!"

Bergema suara pelajar-pelajar kelas 5 Fateh mengucapkan terima kasih kepada ustazah mereka.

"يا الله، احبكم جميعا"

Balas Farah sambil menganggukkan kepalanya. usai keluar dari kelas, langkahnya kemas menuju ke arah bilik guru yang tidak jauh dari blok tempatnya mengajar. Setelah kerusinya diduduki, air mineral dicapai lalu diteguk menghilangkan rasa haus bertaranum . Hari ini dia mengajar pelajar-pelajarnya cara-cara mengalunkan lagu jawab dan jawabul-jawab semasa kelas kemahiran Al-quran tadi. Lupa pula dia nak bawak air ke kelas, habis kering tekaknya.

Farah merenung jadualnya. Selepas ini dia ada kelas pula dengan tingkatan 3 Khawarizmi.  Haih sedar tak sedar dah nak dekat setahun dia mengajar subjek KKQ di sini selepas mengambil jurusan Qiraat di USIM.

"Farah!"

Farah menjeling Jannah yang tersengih-sengih di tepi mejanya. Hampir saja dia melatah tadi, ishh nak kene dia ni. Lengan Jannah dipukul perlahan.

"Kau takde kelas ke?" Kata sambil Jannah sambil mengelak pukulan sahabatnya itu. Mejanya yang hanya bersebelahan dengan Farah dihampiri lalu kerusinya ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan di situ.

"Lagi 1 jam" pendek saja balasannya. Jam tangan di pergelangan kiri dikerling sekilas.

"Eh ya Farah aku hampir lupa, Tuan haji nak jumpa kau lepas waktu sekolah. " Sambung Jannah lagi. Di tangannya sudah ada sebatang pen merah bersedia untuk menanda buku.

"ok baik, terima kasih Jannah."

"Sama -sama"

"Ada hal mustahak kah?" Tanya Farah pada dirinya. Jarang Haji Murad menghantar pesanan untuk berjumpa dirinya. Biasanya beliau turun sendiri ke bilik guru dan menjemputnya datang ke pejabat.

Pintu pejabat yang menempatkan pengurus Tahfiz al-Hikmah diketuk selepas waktu persekolahan tamat. Mendengar sahaja suara mempersilakannya masuk, tombol pintu kayu yang bewarna dark oat dipulas. Kelihatan Encik Jalal, selaku setiausaha Haji Muradi sedang menghidangkan dua cangkir air teh hijau yang masih panas.

"Farah, mari duduk sini" pelawa Haji Muradi untuk duduk di sofa hadapannya. Farah mengangguk kecil lalu kemas kakinya diatur menuju ke sofa untuk duduk. "Assalamualaikum walid. Walid sihat?" tanyanya berbasa-basi.

"Waalaikumussalam Farah. Walid sihat alhamdulillah. Farah?" Kata Haji Muradi sambil mengisyaratkan supaya Encik Jalal meninggalkan mereka bercakap berdua. Encik Jalal mengangguk  lalu segera pergi namun sempat dia melemparkan senyuman ke arah Farah yang menggamitnya melalui senyuman juga.

"Sihat juga" balas Farah. Cawan yang dihulurkan Haji Muradi diambil lalu dicicip sedikit airnya. Ahh legaa. Dulu dia tak suka air hijau ni. Tapi selepas selalu minum bila bertemu Haji Muradi , minuman itu kini menjadi kegemarannya pula.

"Walid, kenapa walid nak jumpa Farah?" Haji Muradi yang menghela nafas panjang dilihat sebelum membuka mulut.

"Farah nak dengar satu cerita tak?" Ufaira mengangguk. Matanya sedikit membesar menunjukkan dia memang berminat.

Hijab CintaWhere stories live. Discover now