"Xu Minghao?"
Minghao mengangkat kepala saat namanya dipanggil. Dia bangun dari duduknya dan mengikuti langkah Setiausaha Kim ke sebuah tempat.
Hari ini merupakan hari pertamanya di Pledis. Terpilih sebagai salah seorang ahli boy group merupakan satu impian besar buat dirinya. Dia cuba menonjolkan diri di pelbagai tempat namun hanya dua syarikat yang memanggilnya. Salah satunya adalah Pledis.
Hatinya acap kali juga ragu-ragu dengan pilihan yang harus dibuat, namun akhirnya dia memilih Pledis.
Entah mengapa di fikirannya Pledis mempunyai sesuatu yang syarikat lagu satu tiada. Tapi, apakah itu?
Kakinya berhenti menapak saat melihat Setiausaha Kim berhenti di sebuah bilik. Wanita itu menoleh ke arah Minghao lalu tersenyum lebar.
"Baiklah, Encik Minghao. Ini adalah tempat latihan kamu bersama dengan yang lain. Silalah berkenalan dengan mereka. Mereka semua baik-baik sahaja. Jadi, selamat datang!"
Seusai berkata sebegitu, Setiausaha Kim meninggalkannya sendirian di hadapan bilik tersebut.
Minghao sebenarnya gementar. Membiasakan diri di tempat baru bukan satu perkara yang mudah. Tambahan pula dia adalah orang luar. Dia harus menghadapi semua ini untuk melawan takutnya.
Minghao mengambil nafas dalam.
"Xu Minghao, you can do it!" Kakinya melangkah masuk namun kepalanya masih tidak diangkat.
Dia mendengar suasana mula sunyi dan derap kaki melangkah ke arahnya. Ramai, itu yang dia dapat pastikan. Setiausaha Kim ada bagitau dia bahawa kumpulan ini melebihi sepuluh orang. His introvert ass cannot take, but he want to give a try.
Minghao semakin gugup saat merasakan derap kaki perlahan menghilang dan semua mata memandangnya. Tanpa membuang masa, dia memperkenalkan diri tanpa mengangkat kepala.
"Annyeonghaseyo, Xu Ming-" Kata-katanya terhenti saat dia mengangkat kepala. Dia tergamam. Sangat tergamam.
"Hello?" Minghao tersentak saat jari seseorang memetik di hadapanya. Dia memandang jejaka yang memandangnya kebingungan itu.
"Oh, sorry. Xu Minghao imnida. 97 liner dan berasal dari China," ucap Minghao seraya menunduk ke arah orang-orang di hadapan mereka.
Suasana senyap seketika sebelum seseorang membalas ucapannya.
"Hi, Minghao! Aku Kwon Soonyoung, boleh panggil Hoshi. 96 liner. Salam kenal!"
"Hao! Pergi, selamatkan diri. Cari kapal berdekatan dan larikan diri kau!"
"T -Tapi... kau, hyung?"
"Whatever happens, please keep living ya, Minghao."
Minghao terkebil-kebil saat mindanya teringat kembali memori bersama jejaka di hadapannya. Jejaka yang mengubah kehidupannya bersama 360 darjah.
"Hi Hao, aku Joshua Hong, 95 liner. Can call me Joshua."
YOU ARE READING
Twelve Lifes, One Love •X.MH•
Fanfiction[ON HOLD] Melalui 12 kehidupan yang berbeza membuatkan dia mempunyai pelbagai pengalaman yang menarik . Pastinya , dia bertemu dengan orang berlainan di setiap kehidupan nya . Xu Minghao , jejaka ini mengembara waktu dalam 12 kehidupan . Dia mempela...