Tok! Tok!
Minghao mengangkat kepala saat mendengar pintu biliknya diketuk. Dia kemudiannya menatap ke arah Soonyoung yang menjenguk kepalanya ke dalam bilik Minghao.
"Oh hyung! Kenapa?" soal Minghao kepelikan. Iyelah, Soonyoung bukan satu aras apartment dengan dia. Rajin pula naik ke atas semata nak berjumpa dengannya.
Soonyoung menggaru kepala bingung. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia nak berjumpa dengan Minghao.
"Tu... takde teman. Yang lain semua keluar masa aku tidur, lepastu diorang kata kau je tinggal dengan sini. Jadi, aku datanglah. Menganggu ke?" jelas Soonyoung beserta soalan. Takut dia menganggu Minghao yang nak rehat.
Sudah seminggu semenjak Minghao menyertai mereka, dan sepanjang seminggu itu, tiada apa yang pelik berlaku. Cuma, Minghao rindu kenangan lamanya saat melihat tingkah laku rakannya. Serupa dengan orang yang pernah dia kenali.
Minghao tersenyum lalu menggeleng.
"Takdelah hyung. Tak menganggu pun. Aku pun takde buat apa-apa sekarang. Masuklah," panggil Minghao mesra.
Minghao bangun dari pembaringannya dan bergeser sedikit nemberi ruang kepada Soonyoung untuk duduk di katilnya.
"Hyung duduklah dulu, aku nak ambil air kejap dekat dapur," ujar Minghao dan mendapat anggukan dari Soonyoung.
Sebenarnya Minghao tahu, meninggalkan Soonyoung di biliknya seorang diri sangat bahaya. Tambahan lagi, biliknya dipenuhi dengan barang-barang lama dari kehidupan lalunya yang diletak di satu almari kaca.
Bukan apa, katalah Minghao jahat, namun dia juga ingin Soonyoung tahu apa yang dia lalui bersama dirinya sewaktu ketika dahulu.
Naluri Minghao kuat mengatakan yang Soonyoung akan menjumpai 'barang' yang diterima olehnya ketika bersama di kehidupan lalunya. Dia melambat-lambatkan diri meneguk air dan setelah selesai, dia pun kembali ke biliknya.
"Hyung?" panggil Minghao saat dirinya melihat Soonyoung yang berdiri di hadapan meja soleknya.
Soonyoung menoleh saat mendengar Minghao memanggil dirinya.
"Minghao, apani? Lawanya..." Soonyoung mengangkat rantai yang dijumpai olehnya di laci meja solek Minghao.
Minghao menatap rantai itu lama lalu kembali menatap wajah Soonyoung yang kebingungan.
Rantai itu, rantai yang diberikan oleh seseorang kepadanya ketika hari lahir Minghao ke-28.
"First mate, Minghao?" Gumaman perlahan Soonyoung menarik perhatian Minghao. Dia memandang Soonyoung terkejut kerana satu sebab.
Ukiran yang ada di rantai dia hanya orang yang memberinya mengetahuinya. Dia tahu pun sebab orang tersebut bagitau dia ketik dia tanya tentang maksud tulisan dan ukiran tersebut.
YOU ARE READING
Twelve Lifes, One Love •X.MH•
Фанфик[ON HOLD] Melalui 12 kehidupan yang berbeza membuatkan dia mempunyai pelbagai pengalaman yang menarik . Pastinya , dia bertemu dengan orang berlainan di setiap kehidupan nya . Xu Minghao , jejaka ini mengembara waktu dalam 12 kehidupan . Dia mempela...